(kredit to:- sumber)
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
A. Samad Said (sumber)
Saya bukanlah PENGGEMAR syair, namun setelah beberapa kali syair ini di dengari dari corong radio siaran IKIM.fm. Hati saya mula tersentuh dalam setiap bait-baitnya. Mengingatkan diri kemanakah TUJUAN sebenar hidup ini. Kemanakah akan kita pulang suatu hari nanti~
Suatu garapan ilham qudus...menyentak hati manusia yang sering hanyut dalam kefatamorganaan dunia. Maka sidang pembaca...buat julung-julung kalinya saya memaparkan di Tinta Al Murabbi, sebuah syair dari karyawan terkemuka~ mari sama-sama kita HAYATINYA~ =)
4 comments:
syair yg meruntun jiwa..truskn mnulis.. (^_^)
hazwan.. bukan dia tulis pun.. tu karya A. Samad Said... ^_*
dia tulis yg kt bwh tu jek.. anyway..tetap hebat!!
Suatu garapan ilham qudus...menyentak hati manusia yang sering hanyut dalam kefatamorganaan dunia.
haZwan:- thanx bro~ nk gi bp HB ni?
syahida:- ye2..cek xgheti nk tulis ayat puitis2 nih..sket2 bleh la~ =P
haha~ gelak di petang hari..
sikit pun jaadilahh..dr takde lgsung.
erm..pe kata, hg tulis satu suair ke.puisi ke.pantun ke.post dlm blog..
waahhhh..msti agy best nih~
(muka berharap ni... sila tunaikan ^_* )
Post a Comment