Thursday, February 25, 2010

Maulidur Rasul 2010


" Haaa? Nabiku Sayang...Nabiku Hentam, syeikh Zaki ni...bila dah bagi tajuk memang pelik-pelik jadinya." Itulah persepsi pertama saya apabila diajukan jemputan untuk menjadi ahli panel bagi mengisi ruangan forum ini.

" Hehe...biasalah abe...tajuk biar pelik supaya senang tarik penonton. On ke tak?" Ujar saudara Zaki sambil tersenyum kambing.

" Insya Allah...ana cuba yang terbaik. Setakat ini, tiada aral yang melintang." Saya memberikan persetujuan.

Itulah Biro Agama Dan Moral (BADAM), dahulunya lebih dikenali dengan MPPI. Sentiasa aktif dalam menghidupkan suasana Biah Soleh di IPG kampus Dato' Razali Ismail ini. Pimpinan yang silih berganti itu sentiasa berkobar api juangnya untuk terus berusaha bagi memastikan syiar Islam subur dan megah di bumi ini. Saya difahamkan sempena Maulidur Rasul ini, banyak program telah direncanakan selama lebih kurang seminggu. Semoga Allah s.w.t mempermudahkan serta memberikan kekuatan kepada kalian untuk melaksanakan apa yang telah dirancang.

Sollu 'Alan Nabiy...

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Berkesempatan mengikuti forum yang diadakan, pada saya, isi forum yang disampaikan sangat menarik. Ramai yang memberi komen positif. Ada yang menyebut ahli panel bijak memberi analogi yang sememangnya menjadi kehebatan ahli panel pada malam itu..hehe..Tahniah diucapkan dan semoga istiqamah dalam perjuangan.Amin.

Tinta Al-Murabbi said...

walaikumsalam~

Segala puji hanya bagiNYA..SY sekadar wasilah yg menyampaikn ilmunya~ AllahuAkbar~