Friday, January 22, 2010

PRK 2010 IPG Kampus Dato' Razali Ismail

Dengan Nama Allah s.w.t

Suasana IPDRI semakin hangat dengan Pilihan Raya Kampus, saya tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan politik ini walaupun berada dalam keadaan menghadapi peperiksaan ulangan dengan status asal. Saya berkeputusan untuk berperanan sebagai pemerhati sahaja walaupun ada desakan yang meminta saya untuk turut bertanding. Namun, saya merasakan sudah tiba masanya giliran generasi baru untuk tampil memberikan nafas baru dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2010. Tambahan pula, kesibukan yang bakal dihadapi semester ini melibatkan aktiviti PRAKTIKUM, tentunya banyak memberi kesan kepada komitmen yang boleh diberi untuk melaksanakan tugasan JPP.

Islam menuntut umatnya agar memilih dan mengangkat pemimpin. Tidak hanya dalam suatu masyarakat yang luas dan menetap dalam satu wilayah. Dalam perjalanan di tengah padang pasir sekalipun, walau hanya bertiga, lantikan pemimpin diperlukan. Hal ini sesuai dengan sabda Nabi SAW:-

"Apabila kamu dalam perjalanan, walau dipadang pasir, maka hendaklah mereka memilih salah seorang sebagai pemimpin". H.R. Abu Daud. Dalam hadis yang lain sebagaimana diriwayatkan, Nabi SAW memperingatkan, ‘Barangsiapa yang memilih seseorang, sedang ia mengetahui bahwa ada orang yang lebih wajar dari yang dipilihnya, maka ia telah mengkhianati Allah, Rasul dan amanat kaum muslimin '. Rasulullah SAW juga mengisyaratkan siapa yang harus dipilih, ‘Sebagaimana keadaan kalian, demikian pula ditetapkan pemimpin atau penguasa atas kalian'.

Kalimat yang singkat dari Rasulullah ini dapat mengandung beberapa makna, pertama, seorang penguasa atau pemimpin adalah cerminan keadaan masyarakatnya. Pemimpin atau penguasa yang baik adalah yang dapat menafsir aspirasi masyarakatnya. Sedang masyarakat yang baik adalah yang berusaha mewujudkan pemimpin yang dapat menyalurkan aspirasi mereka. Kedua, tidak tergesa-gesa menyalahkan lebih awal pemimpin yang menyeleweng, durhaka atau membangkang. Sebab, pada dasarnya yang salah adalah masyarakat itu sendiri. Bukankah pemimpin atau penguasa adalah cerminan dari keadaan masyarakatnya secara umum ?

Maka, atas sebab ini, saya ingin mengutarakan seorang pemimpin, yang pada pandangan dan analisa saya adalah sangat layak untuk diundi oleh warga IPDRI sekalian, beliau adalah...



NAMA : MUHAMAD HAZWAN BIN HAMIDAN

UMUR : 19 TAHUN

UNIT : PENDIDIKAN AGAMA ISLAM, SEMESTER 1

TARIKH LAHIR : 10 MEI 1990

TEMPAT LAHIR : HOSPITAL BESAR LUMUT , PERAK

NOMBOR K.P : 900510-08-5643

PENDIDIKAN :

  • SK CHENG , MELAKA (2002)
  • SMKA SULTAN MUHAMMAD , MELAKA (2003-2004)
  • SMK KAJANG UTAMA , SELANGOR (2004-2005)
  • SM ISLAM AL-HUSNA , KELANTAN (2006-2007)
  • ARABIC LANGUAGE & CONSULTANCY (kursus bahasa arab) , KELANTAN (2008)
  • UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (asasi IRK) , NEGERI SEMBILAN (2008)
  • IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL , KUALA TERENGGANU

(2008-KINI)

JAWATAN PERNAH DISANDANG :

· PENGAWAS – SK CHENG (2002)

· PENGAWAS PUSAT SUMBER – SMKA SULTAN MUHAMMAD (2004)

· PENGAWAS – SMK KAJANG UTAMA (2004-2005)

· PEMIMPIN PELAJAR – SMI AL-HUSNA (2006)

· KETUA PEMIMPIN PELAJAR – SMI AL-HUSNA (2007)

· EXCO BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAN JPP (2009-2010)


* Boleh melawati beliau di http://khalifah105.blogspot.com/


Sunday, January 10, 2010

Jalan itu sentiasa TERANG...

Insya Allah
Munsyid : Maher Zain
(klik disini untuk lagu)

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way


Letih + Penat + Putus Asa? Silakan...Anda bukan MALAIKAT! Namun, pastikan:-
  1. Mengharap itu bukan pada MANUSIA namun pada ALLAH s.w.t.
  2. Merintih itu bukan pada MANUSIA namun pada ALLAH s.w.t.
  3. Putus asa, Letih dan Penat itu pada MANUSIA namun bukan pada ALLAH s.w.t.
  4. Sujud itu pada ALLAH s.w.t, tidak sekali-kali pada MANUSIA!
Sidang pembaca, dua elemen pertama diatas tidak mengapa jika disandarkan pada manusia. Namun, sangat merbahaya jika diletakkan secara penuh 100%, kerana hakikatnya dia juga HAMBA seperti kita. Upayanya, tekalnya, sabarnya, juga punya batasan seperti kita.

Dek kerana itu juga...MANUSIA...
  1. Jangan mudah kecil hati andai teman karib anda diam seribu bahasa apabila ditanya gelisah apakah yang menimpa hatinya
  2. Jangan cepat kecewa andai teman rapat anda mengelak dari menceritakan masalahnya kepada anda
  3. Jangan mudah menuduh melulu bahawa dia sudah tidak perlukan anda..
Mungkin, keresahan itu masih dalam rujukan pada Allah s.w.t, dalam sujudnya, dalam istikharahnya. Mungkin, kehadiran anda menambah keserabutan di jiwanya, ada baiknya, anda berundur seketika. Saat kecewa ditimpa ujian, walaubagaimana perit pun ujian itu..percayalah anda tetap akan dapat menghadapinya, bezanya? Lambat atau Cepat, mungkin sehari?dua hari?seminggu?sebulan?setahun? ATAU mungkin hanya semalaman sahaja setelah puas dirintihkan dalam sujudnya pada Allah s.w.t, segar keesokan harinya untuk menempuh perjuangan baru.

Kepada yang ditimpa ujian, perbanyakkan zikirullah dan solat malam...Itulah ubat Nabi s.a.w tatkala keresahan datang bertandang di jiwa baginda yang mulia. Ingat...

Jalan itu SENTIASA TERANG!

p/S: Entri untuk rakan-rakan yang 'terasa' kehilangan diri ini =)

: Syoooohh!!! Pergi jauh wahai kenangan...aku tidak perlukan kau lagi. CUMA pahatkan sahaja iktibar mu disini...yang lain..sila-silalah pergi (^_^) a.k.a KITA sudah tidak punya apa-apa!

: Thanx din...best lagu ni kau pasang time aku tengah TERMENUNG! hehe..

Friday, January 8, 2010

Kita Merancang, Allah s.w.t menentukan

“ Ana…pada asalnya sangat-sangat menolak untuk menerima taklifan ini, melainkan entum semua ada alasan yang sangat kukuh untuk melantik ana.” Ada getar dalam nada suara saya. Masakan tidak, jawatan itu merupakan suatu jawatan yang tidak pernah sekalipun saya memikirkan tentangnya.


Suasana sepi seketika…mungkin mereka sendiri tidak menjangkakan saya akan menolak jawatan tersebut.


“ Enta kena faham, adik-adik kita masih belum bersedia sepenuhnya untuk memegang jawatan penting ni…lagipun kita sudah berada di tahun 3 pengajian, kalau diikutkan memang semester ini ‘batch’ kita patut memegang jawatan tersebut.” kata seorang ukhti.


“ Ana sendiri pun, kalau diikutkan mana pernah bersedia sewaktu mula-mula dahulu memegang jawatan ini, tapi kita belajar sambil mengurus tanggungjawab. Kalau nak diikutkan sibuk, semua orang pun sibuk…” tambah sang pengerusi.


“ Enta bukan kerja sorang-sorang, arep…enta ada kami, kita buat kerja sama-sama, yang mana kurang kita tampung sama-sama, saudara pengerusi pun akan ‘back – up’ apa yang kurang…enta jangan risau…” muncul suara lain pula mengukuhkan hujah.


“ Boleh diterima ke ana ni? Ke hulu ke hilir pun dengan jeans lagi...gelak kuat-kuat sampai nak pecah perut…ikhtilat pun kadang-kadang tak terurus…figure macam ana ni boleh ke dijadikan contoh untuk adik-adik?” tulus saya zahirkan dari hati. Jangan biar ada fitnah yang mengatakan saya ‘lari’ sebelum berperang.


Dialog terhenti seketika..petang itu agak suram warnanya…


Saya menghela nafas panjang…lalu berkata, “Camnilah…bagi ana masa, ana nak istikharah. Apa-apa keputusan pun selepas masa itu. Entum pun doalah sama-sama supaya Allah s.w.t bagi petunjuk yang terbaik.”


MESYUARAT BERSURAI…


Nah..inilah ujian kedua yang Allah s.w.t turunkan pada saya, tidak sampai seminggu pun selesai daripada menunaikan fardhu Haji. Gundah hati ini dibuatnya, resah jiwa ini memikirkannya. Ya, saya mungkin pulang dengan fikrah yang segar, tetapi saya rasakan belum cukup segar untuk menerima taklifan sebesar itu. Kiri dan kanan terasa bebanannya. DEMI ALLAH S.W.T, andai situasi ini tidak mendesak sebegini rupa dan wujud calon-calon lain yang lebih layak daripada saya, sudah pun saya tolak jawatan tersebut mentah-mentah.


Sungguh, saya bukanlan jenis manusia yang menolak jawatan/kerja, kerana saya tahu dimana keperluan diri ini di sisi insan lain dan dimana tanggungjawab diri kepada masyarakat kini yang semakin ampuh benteng imannya. Hebat? Jauh sekali…saya hanyalah seorang hamba yang mengharapkan keredhaanNYA. Tidak pelik bukan? Jika redhaNYA itu memerlukan kita untuk popular demi memancing perhatian mad’u terhadap ISLAM, maka kita perlu bersedia untuk popular. Sebaliknya, jika redhaNYA itu memerlukan kita tunduk berkerja sebagai ‘orang biasa’ di belakang tabir gerak kerja, maka itu juga yang perlu kita laksanakan. Hakikatnya, gerak kerja dakwah ini sangat-sangat fleksibel dengan kemampuan seseorang kerana kita berkerja secara berjemaah. Masing-masing punyai bakat dan kemampuan tersendiri yang Allah s.w.t kurniakan.


Namun, kemampuan itu BUKAN minat! Sesetengah dari kita memberi alasan ‘TIDAK MAMPU’ semata-mata kerana bidang kerja yang diberikan kepadanya itu tidak diMINATI. Apabila meningkat dewasa, dan tanggungjawab semakin mendesak, maka MINAT bukan lagi faktor utama untuk kita mengelak sesuatu taklifan yang diamanahkan kepada kita, kerana perkara TAKLIFAN itu datangnya dari KEPERLUAN jemaah@masyarakat berbanding KEHENDAK diri individu dan ketika ini sifat ANANIYYAH (keAKUan) itu perlu dibuang.


Lain ceritanya dengan tawaran taklifan ini, ianya sangat-sangat signifikan dengan perkataan KREDIBILITI dan KETERAMPILAN. Sesiapa jua yang mengenali saya, pasti tidak akan terlepas dari menafsirkan diri ini sebagai lucu, ketawa, kasar dan ‘rock’. Saya bukanlah seorang ‘USTAZ’ yang sentiasa mengenakan ‘baju melayu cekak musang’ serta berkopiah untuk kemana-mana, namun saya lebih selesa mengenakan ‘baju t-shirt polo’ dipadankan bersama sehelai seluar jeans sahaja. Kepada mereka-mereka yang agak ‘extremist’ dalam menterjemahkan perkataan ‘USTAZ’ itu, maka mereka dengan senangnya akan melabelkan saya sebagai ‘ustaz tak amal SUNNAH’. Biarlah…saya tidak mahu membahaskan ia secara terperinci dalam entri ini.


Saya melangkah ke tahun 2010 ini bersama dua agenda baru, yang mana salah satu darinya telah pun berkubur. Tetapi, saya sama sekali tidak menyangka Allah s.w.t telah menggantikannya dengan suatu agenda lain yang lebih penting namun sangat berat untuk menanggungnya, perancangan manusia itu tidak akan pernah sempurna bukan? Perancangan Allah s.w.t untuk kita kadang-kadang menguji kekentalan aqal dan keseimbangan emosi untuk terus diperjuangkan.



Tarbiyyah Rabbani dan Tarbiyyah Manhaji


Apabila saya mengajukan perkara ini kepada Saudara Amin, sedikit bicaranya benar-benar menambat diri bagi menghilangkan rasa resah di hati. Katanya:-


“ Arep…Allah s.w.t nak mendidik kita ada pelbagai cara…kadang-kadang Allah s.w.t sengaja mematikan orang yang kita cintai/sayangi dengan tujuan untuk mentarbiyyah diri kita, itu dipanggil Tarbiyyah Rabbani. Enta pun, baru balik dari menjadi tetamu Allah s.w.t, boleh dikatakan itupun sebahagian daripada Tarbiyyah Rabbani.”


“ Ada juga manusia yang didik dengan Tarbiyyah Manhaji. Iaitu tarbiyyah yang disusun secara sistematik oleh pihak tertentu dengan menggunakan pelbagai method tertentu. Contoh, usrah, tamrin, dan lain-lain” hurai Amin.


“ Enta sekarang mengalami kedua-dua tarbiyyah, taklifan itu datang dalam keadaan yang enta sendiri tak sangka-sangka. Itu Tarabiyyah Rabbani yang mengkehendaki enta menaiki tangga tingkat kehidupan bagi mematangkan diri, semakin kita dewasa bermakna tanggungjawab kita juga semakin besar. Tarbiyyah Manhaji itu terletak semasa enta mempelajari ilmu kepimpinan serta latihan secara sistematik semasa inilah keTIDAKSEDIAan enta tu bertukar menjadi BERSEDIA” ‘bebelan’ ini benar-benar melekat di kepala.


Saya diam…diam…dan…diam…memikirkan rasional dalam nasihat demi nasihat yang diterima. Sungguh, bermula sejak pulang ke Malaysia, saya menjadi sedikit pendiam dek kerana banyaknya berfikir. Sehinggakan pemikiran saya itu membuatkan saya seringkali melemparkan renungan kosong a.k.a termenung. Jangan risau! Saya masih WARAS =)


Sayyidul Istighfar

“ Ya Allah s.w.t, Engkau ialah Rabb-ku, tiada ilah (yang berhak diibadahi) selain Engkau. Engkaulah yang telah menciptakanku, dan aku ilah hambaMU. Aku sentiasa berada di atas janji kepadaMU dan (meyakini) janjiMU, sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepadaMU dari keburukan amal yang aku lakukan. Aku mengakui segala nikmatMU yang Engkau berikan kepadaku, dan aku juga akui dosa-dosaku. Maka, ampunilah aku kerana tiada siapa yang bisa mengampuni dosa-dosa selain Engkau “

(Hadis Riwayat Muslim)


P/S: Saya bakal menempuh peperiksaan pertengahan bulan ni..Insya Allah..mohon di doakan kejayaan insan kerdil ini (^_^)