Saturday, May 22, 2010

Disebalik Kaca Mata Angah…

“Abah… jomlah amik spek mata angah!” ujar saya kepada Abah. Ketika itu dia sedang sibuk di meja pejabatnya yang berpengkalan di rumah.


“Kejaplah…hari tu kan kita dah bayar deposit RM90. Ada baki lagi RM10, tapi pada Abah ada RM7 je…tak cukup lagi RM3 ni..” balas Abah kepada saya yang ketika itu baru berumur 13 tahun.


“Erk? Yeke Abah ni? Takkan Abah takde duit? Ala...RM3 je lagi..” rungut saya.


“Betul…meh la kita cari sama-sama kat sini..mesti ada duit-duit syiling yang bersepah” kata Abah sambil menolak lembut bahu saya untuk mencari bersama-samanya.


Saya mengalah dan turut serta bersama Abah mencari kepingan-kepingan duit syiling di sekeliling pejabat Abah yang agak berselerak itu. Habis segala ceruk dijelajahi, segala celah diterokai demi mencari syiling-syiling yang selama ini tidak diendahkan pun jika hilangnya entah ke mana. Berjuraian juga peluh mencarinya. Laci meja, almari fail, dibawah kusyen…semuanya telah kami ungkai. Akhirnya setelah penat…saya berhenti sebentar melepaskan lelah…


“Bah…angah dah dapat RM1.50..cukup tak lagi?” saya bertanya.


“Ha..cukup dah tu..Abah dah ada RM2 ni..” Abah tersenyum sambil mengusap-usap kepala saya.


Sesampainya di kedai optik Setiawangsa, Abah dengan selambanya mengeluarkan note RM10 berwarna merah kepada tuan punya kedai untuk melangsaikan baki RM10. Saya tercengang…


Sebaik sahaja melabuhkan punggung di dalam kereta, saya sekali lagi merungut...


“Abah ni…tadi kata takde duit? RM10 tadi tu?” ujar saya sambil memuncungkan bibir tanda merajuk.


Abah tersenyum…


“Susah tak nak dapat lagi RM3 tadi tu?” soalnya kembali, soalan saya tadi dibiarkan menyepi.


“Penat…nak kena cari bawah kusyen, laci…habis berpeluh-peluh angah, macam baru lepas main bola pula.” Jawab saya. Ada rasa sedikit bengang dengan Abah.


“Nah…” Abah memberikan semua duit syiling yang telah kami kumpul bersama-sama tadi. “Abah nak anak Abah tahu menghargai harta yang dia ada, cuba kamu beritahu Abah, masuk spek yang ini, dah berapa kali kita beli spek baru?” ujar Abah lagi.


Saya diam membisu…benar…jika dikumpulkan kesemuanya, sudah 3 cermin mata yang patah dek kerana buasnya saya hidup di asrama.


“ Kalau kamu tahu, macam mana susahnya nak dapat duit…mesti kamu akan jaga spek tu betul-betul. Membazir je, setiap bulan nak kena tukar spek baru..” nasihat Abah kali ini benar-benar meresap ke sanubari saya.


Sungguh…sehingga ke hari ini peristiwa tersebut masih segar di minda saya. Meskipun sudah hampir 9 tahun lepas ianya berlaku. Natijahnya, saya sedaya upaya untuk berhati-hati setiap kali membelanjakan wang. Memikirkan dimanakah keperluan barangan yang hendak dibeli dan adakah ianya berpatutan untuk dibeli.


Arwah abah sudah pergi meninggalkan kami hampir 3 tahun. Beliau lahir dalam keluarga kampung yang tidaklah terlalu dhoif. Namun cukup makan pakainya. Abah begitu ‘survival’ untuk memperjuangkan rezeki dari sumber yang halal untuk kami sekeluarga. Tambahan pula, kehidupan di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur ini memerlukan lebihan usaha untuk mendapat pendapatan yang mencukupi. Abah bukan kedekut…tetapi Abah tak mahu anak-anaknya hidup terlalu senang sehingga melupakan bahawa kesusahan itu perlu dilalui oleh setiap insan sebagai fitrah untuk kekal TAWADU’ kepada TUAN PUNYA DUNIA.


Ya…mungkin anda semua melihat saya hari ini sebagai seorang anak bandar yang hidup senang lengkap serba serbinya. Hakikatnya tidak..saya juga ada masanya kesuntukan wang, terpaksa mengikat perut...ada ruangan dalam diri yang sedang saya didik untuk menerima kesusahan. Kerana dari kesusahanlah manusia itu sedar siapa dirinya. Dan kerana itulah, saya seakan-akan tidak boleh menerima andai ada dikalangan ‘orang-orang’ KAYA yang sombong memijak bumi tanpa sedar bahawa BUMI ini MILIK SIAPA!


Abah…semalam angah mimpikan Abah…


Abah…TERIMA KASIH…



“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sewaktu kecil” Al Isra’:24


P/S: Sidang pembaca, sudi kiranya andai dapat menghadiahkan pahala seuntai bacaan Al-Fatihah kepada arwah Abah saya, Allahyarham Dzulkhefli Ismail. Al Fatihah.. (T_T)

13 comments:

محمد حذوان بن حميدان said...

mmg terharu apabila mmbaca post ini..kasih seorg ayh akn sntiase diingat oleh seorang ank2 yg benar2 mngerti nilai kasih syg itu.. (^_^)

budakUniversiti said...

Arwah abah hang sebijik macam abah. Waktu zaman kecik2, 'sabar-je-la-haku' menahan perasaan nak beli kasut baru,beg baru, baju baru...Selagi tak rosak barang yang ada, jangan harap nak beli yang baru...huh~ abah..abah..

Tapi nak katanya, cara didikan orang tua kadang kala nampak pelik di mata anak sewaktu masih muda...tapi percayalah, suatu hari, bila dah besar, kita akan senyum sorang2, rasa betapa bersyukurnya sebab mak abah dulu pernah didik aku sekian-sekian...kalau abah tak ajar aku macam tu dulu, agak2. aku pun tak jadi macam ni sekarang.[berkata aku dalam hati. cewah2. dah macam tulis karangan nih~ huhu]

p/s: ni hang zaman bila ni? ghoman hang mute' sangat kot~

Tinta Al-Murabbi said...

to hazwan:- sgt terharu kan??sy ketika menulis entri ini pun rasa sebak~ ngee~ =)

to budakuniversiti:
same ek? ad chemistry kot diorng dua org?hoho wah..dah pandai tulis psl kata hati dlm blog ni~ xpo2..jgn smpi menangis2 dah la.. =P

raya 2005..2 tahun sebelum abah meninggal~~ anak lg tggi dr abah kn?mcm2 die bg mkn kt aku~~ Terima Kasih Abah..

assyahida said...

Al-Fatihah..

semoga segala yang baik dapat dicontohi oleh semua..

p/s : boleh buat panduan mendidik anak nanti.. ^_^
gud role model!

: :cik dyana bahri: : said...

Salam ziarah,
sedih.
alfatihah.

Tinta Al-Murabbi said...

syahida & dyana:-

Al Fatihah...Coretan rasa hati seorang anak yg merindui pemergian arwah ayahnya..mencoret sebahagian kenangannya di sini..di Tinta Al Murabbi~ (^_^)

Anonymous said...

ingat tak abah punye 15 mei yg lepas..doakan alfatihah..syukur alhamdulillah, peristiwa tersebut terpahat di hati sampai bila-bila.bukan senang nak menjadi senang dan bukan susah nak menjadi susah.balik nanti,ziarah kubur abah.assalamualaikum.
-umi dan ika-

Tinta Al-Murabbi said...

Insya Allah~ blik nanti angah ziarah =)

Atikah Nur Dzulkhefli said...

abah,slalu di hati dan doa~~~

anak mak abah said...

huu~~

pandainya abah kamu didik kamu...

mesti sgt rindu~

slalula kirim d0a..

kamo0 kan anak s0leh...

Baihaqi Sensei said...

Arip.. waaaa... nk nangis.... boley wat novel da nie... kalah habiburrahman el-shirazy punya novel... apepn al-fatihah buat arwah abah kamu....


p/s: apa pulak cerita disebalik Myvi putih??? story sikit...

Anonymous said...

assalamualaikum,
saya mengenali ayah anda sewaktu dia buat busnis Tadika Ar Rahim d Seremban. Masa tu dia memandu Toyota Estima lama. saya pernah menghantar anak saya d Tadika Ar Rahim milik Arwah Dzulkhefli d Senawang.
terkejut juga dengar berita dia telah meninggal dunia..
-sakit ape ya?
-bila dia meninggal dunia?
ucapan Takziah sy kepada Anda sekeluarga. semoga Anda tabah menghadapi ujian Allah
wassalam

Tinta Al-Murabbi said...

to anonymous:-

maaf lewat bls,

Arwah abah sakit kanser, meninggal tahun 2007..terima kasih.