Saturday, April 4, 2009

Kisah Mesin Basuh =(

Usai solat asar..mata saya terkilas pandang pada hujung ceruk meja belajar saya.
“Erk..baru perasan..baju dah penuh dalam baldi, nak kena basuh ni” bisik hati saya.

Lalu, dicari-cari syiling supaya cukup RM2.00, mesin basuh di aras bawah Kolej Kediaman Blok Umar Al Farouk ini merupakan ‘Dobi’ kami jikalau tahap kemalasan mengatasi kuasa wang. Lebih gemar memberi mesin tersebut ‘kerja’ untuk menggantikan tangan-tangan manusia yang sepatutnya dilatih mengenal erti kepayahan/keperitan membasuh baju.

Kebetulan stok duit syiling saya sudah kekeringan, maka terpaksalah berusaha keras untuk mencarinya di setiap celah. Setelah mencari di seluruh pelusuk laci, almari, bawah katil, Alhamdulillah cukup jua akhirnya syiling berjumlah RM2.00. Saya terus mencapai sabun basuh jenis ‘Kao Attack’ lantas menuruni tangga dari aras 2 ke aras bawah. Saya lihat mesin tersebut sedang digunakan dengan baki masa untuk selesai sebanyak 25 minit. “Hmm..tunggu sekejaplah, sementara tu boleh tengok tv kejap”, kebetulan bilik tv berhampiri dengan mesin basuh tersebut. Saya meletakkan baldi yang penuh dengan baju tersebut bersama sabun di sisi mesin tersebut.



Tepat jam 5.35 petang, saya lihat mesin basuh itu sudah kosong, dan giliran saya pula untuk memasukkan baju-baju saya. Tapi..apa yang memusykilkan saya ialah sabun saya telah hilang! Aik?? Mana pergi sabun ni?? Mana mungkin Ia punyai kaki untuk pergi bersiar-siar?? Atau terdapat tangan manusia yang tersilap ambil?? Puas saya mengelilingi mesin tersebut lalu saya melangkahkan kaki ke mesin basuh blok-blok lain. Mungkin ada sesiapa yang ‘pinjam’ tanpa sempat memberitahu saya. Keputusannya tetap sama, Tiada! Lalu, saya naik semula ke bilik, untuk mencari kalau-kalau saya sendiri yang sebenarnya terlupa membawa ia turun. Belegar-legar di dalam bilik sambil mencari sabun tersebut membuatkan Roommate, Azrai berasa pelik lalu bertanya, “Kau cari apa rip?” “Sabun basuh aku lah..ada nampak tak?” saya menjawab. “Entah..tak perasan pun..”. Saya turun semula ke tingkat bawah, meneruskan operasi mencari sabun basuh, kali ini di sekitar bilik tv..namun tidak jua ketemui sabun itu. Masih tidak berpuas hati, lalu saya naik semula ke tingkat atas, dengan harapan mungkin tadi saya terlepas pandang kerana terlalu kelam kabut. Ai..hasilnya tetap sama. Dengan sisa keredhaan yang ada, saya pergi ke bilik jiran untuk ‘meminjam’ sabun basuh, mujur ada..lalu saya turun semula ke bawah..kali ini dengan sedikit juraian peluh di dahi.



Tatkala saya sedang memasukkan syiling ke dalam peti duit mesin basuh, baru saya sedari masih tidak cukup sebanyak 50 sen! Mungkin tercicir sewaktu saya sibuk mencari sabun tadi! Aiii..penatnya nak naik atas semula, nak tak nak..kena naik juga, kalau tidak mesin ini tidak mahu menjalankan tugasnya. Sesampainya saya di bilik, sekali lagi kerahan tenaga diperlukan untuk mencari duit syiling sebanyak 50sen. Jumpa! Di balik timbunan buku, terselit beberapa butir duit syiling, 20sen, 20sen, 10sen. Cukup 50sen. Saya tersengih seorang diri dek kerana puas. Syiling tersebut dimasukkan, dan Alhamdulillah, mesin itu beroperasi seperti biasa. Saya naik ke atas untuk mandi dan bersiap pergi ke surau, saya jangka dalam perjalanan pergi ke surau nanti saya singgah untuk menyidai baju-baju tersebut.



Kisah malang saya tidak berhenti setakat itu. Pabila saya menuruni anak tangga, hati saya terasa panas kerana melihat mesin basuh tadi masih bertakung airnya! Dengan kata lain, mesin tersebut R.O.S.A.K! Sempat membasuh tapi tidak sempat untuk di SPIN. Ketika ini, terasa darah naik ke otak lalu menimbulkan urat yang tegang tertonjol di dahi. Dengan pakaian jubah yang sedang saya pakai itu, saya terpaksa memerah baju-baju tersebut secara manual menggunakan tangan, dibilas kemudian barulah dapat di sidai. Selesai aktiviti menyidai, saya berlari anak ke surau, dengan peluh yang tersisa di dahi serta ‘muscle biseps’ yang masih tegang kerana berkerja kuat memerah baju tadi, saya mengangkat takbir, menunaikan solat bersama imam namun bergelar si Masbuq.

Lebih ‘mengujakan’ saya, esoknya, bumi IPKT di basahi hujan dengan lebatnya! Baju-baju saya yang disidai semalam, kuyup! =( Tidak guna juga berlari pulang dari kelas ke kolej kediaman kerana pintu pagar di kunci! Redha??Sudah tentu~~ Hari ini dalam sejarah..saya merasakan diri saya di uji dengan perkara remeh. Bermula dengan sabun basuh, kemudian duit syiling, disusuli mesin basuh.

Perkara sekecil ini sekalipun, jika Allah kehendaki ianya sebagai asbab ujian maka tiada daya kita sebagai hamba untuk mengelakkannya bukan? Apatah lagi untuk mengawalnya. Saya duduk termenung sebentar memikirkan hikmah disebalik peristiwa ‘remeh’ yang menuntut kelelahan dan kesabaran saya sebagai medan ujian. Kifarah kepada dosa barangkali? Manusia seringkali menyangka bahawa segala perancangannya adalah dibawah kawalannya sendiri. Menyangka bahawa pucuk pangkal adalah dari diri sendiri sahaja sehingga terlupa Allah sebagai perancang tetap kitar kehidupan setiap manusia. Apalah daya kau wahai manusia jika Allah mengkehendaki sesuatu yang lain dari kehendakmu? Amaran! Tiada apa yang dalam kawalanmu!

Mahu tahu sesuatu yang lebih dahsyat? Mari kita renung ayat ini..

“…ketahuilah Bahawa Sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu Dengan (pekerjaan) hatinya, dan Sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan” (Al-Anfal:24)

Inilah gambaran Qudrat Allah yang amat berkuasa dan amat halus serta amat misteri. Allah dapat menghalangkan di antara seseorang dengan hatinya, iaitu Allah berhak memisahkan di antara manusia dengan hatinya, Allah menguasainya, menyekat dan membalik-balikkan hati dan menanganinya mengikut sebagaimana yang dikehendakiNYA, sedangkan pemilik hati itu tidak dapat berbuat apa-apa walaupun hatinya terletak dalam rongga di antara dua lambungnnya.

Hakikat yang menyatakan bahawa manusia merupakan makhluk yang tidak mempunyai apa-apa kuasa sekali pun, biarpun ianya melibatkan hati. Tidak berdaya mengubah dan menetapkan hati sendiri melainkan Allah jua berkuasa keatasnya. Hal ini menunjukkan bahawa andai manusia itu sekuat mana sekalipun, segagah mana sekalipun, sebijak mana sekalipun, tetap dia berada dibawah kekuasaan Allah. Allah berhak menjadikan hati seseorang itu gelap dan sebaliknya. Malah, jika dikehendakiNYA, Allah berhak menjadikan hati itu seseorang berada di dalam kekufuran dan sebaliknya. Sebaiknya, kita sebagai manusia seharusnya sentiasa menggerakkan diri ke arah menghidupkan hati melalui amal ibadah yang ikhlas kepada Allah.

Mengerikan bukan? Hati…suatu organ yang semamangnya secara zahir adalah milik kita sekali pun, tetap dalam kawalan Allah! Saban hari kita ke hulu ke hilir dengan hati tersebut, namun kita daya ke atasnya. Hari ini mendodoi sayang, esok menyumpah benci, hari ini sahabat karib, esok musuh ketat, hari ini janji ini, esok janji itu, namun yang paling ditakuti hari ini AKU BERIMAN, esok AKU KAFIR! Wal’iyazubillah~

“Ya Allah, Tuhan yang berkuasa mengubah-ubahkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-MU”

P/S: Thanx ye besfren 4 ur advice 

16 comments:

Noorsyahida said...

post ni membuatkan saya terfikir sesuatu...

erm.. banyak benda yang dapat kita pelajari dari benda2 yang kecil..urusan yang remeh. kebanyakan kita memandang berat perkara berat dalam hidup membuatkan kita meremehkan urusan yang remeh...
basuh baju? memang remeh..tapi sebenarnya mendidik kita untuk rajin=), memerah dan membilas baju; didik kesabaran, iron baju ; didik kekemasan... semuanya tersirat dalam hal2 kecil.. dididik tanpa kita sedari...

"jika Allah kehendaki ianya sebagai asbab ujian maka tiada daya kita sebagai hamba untuk mengelakkannya bukan? Apatah lagi untuk mengawalnya. "

"manusia seringkali menyangka bahawa segala perancangannya adalah dibawah kawalannya sendiri. Menyangka bahawa pucuk pangkal adalah dari diri sendiri sahaja sehingga terlupa Allah sebagai perancang tetap kitar kehidupan setiap manusia. Apalah daya kau wahai manusia jika Allah mengkehendaki sesuatu yang lain dari kehendakmu?"

kita merancang, Allah merancang..namun dia sebaik2 perancang..

ya rabb, Tuhan yang membuka tutup hati insan..tetapkan dan matikan kami dalam agama-Mu...ameen

bagus!! rajin2 sokmo ye=)

Tinta Al-Murabbi said...

yup..yang kecil dan baik itu..biar diulang berkali2 agar menjadi habit..
as the conclusion..sebagai manusia..walau mcm mana rapi dan teliti sekalipun perancangan kita..pastikan ada ruang di dalam diri untuk menerima sebarang kegagalan dan kekecewaan..Allah kan maha mengetahui segala yang terbaik untuk kita?? Tp igt..jgn sesekali putus asa pd Allah!!

Unknown said...

tapi, si makcik tua ni lebih suka mesin yang membasuhnya. seriously, mum yang encourage basuh pakai mesin since kata dia 'tak payahlah sudah2 basuh baju2 awak tu everyday'..

so, me telah membasuh baju2 menggunakan mesin selama 2 kali seminggu.begitu malas si makcik tua ini.haha~

(adakah saya sedang membuat iklan bertajuk: saya malas membasuh baju menggunakan tangan)

Tinta Al-Murabbi said...

ini lebih dahsyat drpd sy ni kak banat oi! adekah anda mengumpul baju dengan dahsyatnya?hehe~

Unknown said...

hehey, sila jangan membua spekulasi.dua kali seminggu adalah figure yang baik, sementelaah baju2 kami sentiasa berbau wangi.. :)

Anonymous said...

huhu...kalamku mula berbicara..hehe..

nk komen ape ek..?
awat ko ni mls sgt..bsh bju pkai wash mashine..hehe...
tp xpe..2 tndenya bkn glongan kfur nikmat...
gunalah kmudahan slgi ade kan... =)

emmmm....
tol la..hati ni walau dlm dada sndr tp bkn milik kite,hnya Dia yg lbh layak...sifat ati 2 berbolak balik...

org yg bnar kuat ialah org yg sntiasa sabar dgn ujian Allah, klau snang sokmo...my b kite akan jd xkuat malah akan melalaikan kite blik..ujian 2 sbnarnye tgran dr Allah krn sfat Allah yg maha pnynyang utk membetulkan ksilapan hambanya...

sdarlah bhwa ujian itu sbnarnya adlah nikmat dariNya...
dan nikmat yg diberikan itu pn sbnarnya ujian dariNya utk kite...

hu2..pkai de gak slang klate sikit2 tu...buat2 pehe dehy... =)

caiyok99 arepuden...=p

Noorsyahida said...

erk..de istilah kufur nikmat tak gune mesin basuh ke?

Allah tetap mendidik kite walau hal yang kecil... =)

Anonymous said...

eem...kasian anak umi.terimalah dugaan allah. tu hanya sikit je. mudah-mudAhan bertambah kesabaran menghadapi dugaan walaupun kecik. setiap apa yang berlaku adalah dengan kehendaknya. Allah maha mengetahui dan bijaksana

Tinta Al-Murabbi said...

Terima kasih umi!! =) insya Allah..anak UMI sentiasa kuat menghadapi tribulasi kehidupan seorang hamba Allah..Thanx UMI!kim salam pd tok mak n tok abah ye~

Izzuddin Akmal said...

sian kat kwn aku sorang nie~
same2lah kite membasuh menggunakan tangan ye pasni..haha~

Tinta Al-Murabbi said...

erk..tula..cam trauma je bsuh gune tangan..tp din..td mcm ak nmpk ko menerima naseb yg same cm aku!!basuh tp xspin!hahaha..kui3x

alone said...

ohoho. xpernah pula jadi macam kisah tu.

btw, yg penting ialah sentiasa sabar. ada hikmahnya tu =)

Mohd Amin said...

Amalan membasuh menggunakan mesin basuh ini adalah bidaah.. he2

"Tahniah, bersih itu sebahagian dari iman, tapi jalan lupa yang dalaman (hati) juga perlu dibasuh , malah lebih kerap lagi.. buatla apapun "Hati kene Ikhlas"

Tinta Al-Murabbi said...

bida'ah??aiseh..ni lg truk dr wahabiyyah nih..bahaye ni min?anyway~ thanx..cuci hati SOKMO!

shahfalah said...

Salam blog akhi arip..blog yg mantop....

MaMa Chantique said...

Teringat masa di UITM..kalau dah tak der masa sangat..hantar je baju2 kat mesin basuh 50sen ni..hehe