Wednesday, May 22, 2013

Anak muda sering terlupa!


Merenung ayat 12-15 surah Maryam:-






Di dalam contoh ini, kita boleh lihat pemuda yang diberikan hikmah kebijaksanaan sejak umur kanak-kanak lagi. Hanya dengan mendengarkan konsep ini, membuatkan kita bertanya kepada diri sendiri, mengapa tidak aku juga mengikut jalan ini?

Wednesday, May 15, 2013

Asma’ Binti Ariffudin



3 April 2013 (Delta Hospital, Mansurah, Mesir)

Dalam kerisauan menunggu isteri yang sedang bertarung nyawa di bilik bersalin, saya segera menunaikan solat fardhu Maghrib. Menyandar resah dan gelisah pada Ilahi, memohon selamat dan dipermudahkan urusan kelahiran.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah Azza Wajalla. Tepat jam 6.30 petang, dengan izinNYA, isteri saya telah selamat melahirkan seorang mujahidah.

Bayi seberat 3.2 kg itu saya dakap, terus diazan dan diiqamahkan. Terasa sayup perasaan ketika itu. Menitis air mata mengagumi kebesaran Rabbul Jalil. Barangkali, inilah perasaan yang sama dirasakan arwah abah ketika mengazankan saya, 25 tahun yang lalu.

Dahulu bergelar suami, kini sudahpun layak dipanggil Abah!

Besar peranannya, kini qudwah saya di dalam keluarga bukan sahaja kepada isteri, ia melebar kepada anak pula. Semoga ciri qudwah kebapaan Rasulullah s.a.w dapat saya jadikan panduan  dalam mendidik anak ini. Ameen.

Senyummmmmmm~


Wednesday, January 16, 2013

Minda Dogmatik yang parah

Baru-baru ini, sidang media sosial seperti facebook dan twitter dipenuhi dengan troll, kritikan, perlian dan tidak kurang juga makian kepada seorang wanita bernama Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin (Presiden Suara Wanita 1 Malaysia). Hal ini semua gara-gara kerana dialog beliau bersama seorang mahasiswa bernama Bawani dalam Forum Suara Mahasiswa UUM dengan tajuk “Seiringkah Mahasiswa dengan Politik”.

Maka, trademark seperti “Listen, listen, listen”, “Animals have problem too” dan “Galaxy Note” memenuhi ruang timeline twitter mahupun facebook. Manakala, di page Sharifah Zohra Jabeen sendiri, pelbagai kecaman, kritikan serta makian yang diterima beliau menunjukkan ketidakpuashatian warga siber terhadap tindakan beliau.

Tidak sedikit ‘orang-orang besar’ yang mulai memberi respon terhadap isu ini. Boleh lihat pada blog ini:  http://sozcyili.blogspot.com/2013/01/ulasan2-yang-sharifah-zohra-jabeen.html

Pembodohan Generasi Akan Datang

Siapa mahasiswa hari ini, menentukan corak negara akan datang.

Pembodohan boleh berlaku dengan dua keadaan, pertama, mengekang daya berfikir dan yang kedua, mengekang daya bertindak.

Iz…kenapa iz sayang bi?


Usia perkahwinan kami sudah pun menjangkau 1 tahun 6 bulan…

Menerima dia, yang sudi menjadi suri dalam hidup saya merupakan nikmat yang tidak pernah dilupakan. Saya kira, dalam usia perkahwinan seawal ini, kami masih berusaha mengenali dan memahami.

Di awal-awal perkahwinan dahulu, saya kerap kali bertanyakan soalan ini kepadanya:-

Iz…kenapa iz sayang bi?

Dalam harapan saya, hati ini inginkan pujian melambung-lambung dari Puan Isteri.

“Sayang sebab bi hensem dan comel”

“Sayang sebab bi bijak memimpin”

“Sayang sebab bi baik”

“Sayang sebab bi banyak ilmu, boleh bimbing iz”

 (Ok2, jangan banyak sangat, nanti pembaca tak lalu makan..hehe)

Namun, dalam banyak-banyak pilihan jawapan di atas, Puan Isteri tetap setia dengan satu jawapan yang kekal sehingga kini.

Wednesday, January 9, 2013

Kadangkala Cacat itu juga Nikmat...


Setelah hampir setahun saya memencilkan diri dari arena penulisan. Saya kira, tahun 2013 merupakan tahun yang sesuai bagi saya untuk membuat ‘come back’. Tulisan pertama bagi tahun ini mungkin agak ‘kaku’, kerana sudah sekian lama jemari ini tidak menari di atas papan kunci.

Alhamdulillah, usai pengajian 5 tahun setengah di IPGKDRI, Allah s.w.t menentukan saya untuk ditempatkan di Sek. Keb. Pendidikan Khas Kg. Baharu Kuala Lumpur. Err…pendidikan khas? Sekolah apa tu rip?

Sekolah yang menempatkan kanak-kanak bermasalah pendengaran. 5 tahun setengah saya belajar untuk menjadi seorang ustaz bagi kanak-kanak normal, akhirnya, Allah s.w.t takdirkan saya untuk mendidik kanak-kanak pekak ini. Inilah gagasan Qada’ dan Qadar Allah s.w.t yang tak tercapai dek akal pemikiran saya sendiri.

Menerima takdir ini? Sudah tentu! Bentangan hikmah yang Allah s.w.t sediakan untuk saya di masa hadapan tiada satu pun yang berada dalam lingkungan pengetahuan saya. Maka, selaku Muslim, hikmah itulah pencetus keredhaan dan ketaatan saya pada Allah s.w.t di ketetapan masa kini.

Sesuatu yang baru dan asing bagi saya iaitu bahasa yang tidak pernah saya pelajari (Bahasa Isyarat) serta komuniti yang tidak pernah gauli sebelum ini. Ya Salam...Allah s.w.t benar-benar telah mengubah persepsi saya terhadap komuniti ini.

Bahasa Isyarat