Setelah hampir setahun saya
memencilkan diri dari arena penulisan. Saya kira, tahun 2013 merupakan tahun
yang sesuai bagi saya untuk membuat ‘come back’. Tulisan pertama bagi tahun ini
mungkin agak ‘kaku’, kerana sudah sekian lama jemari ini tidak menari di atas
papan kunci.
Alhamdulillah, usai pengajian 5 tahun
setengah di IPGKDRI, Allah s.w.t menentukan saya untuk ditempatkan di Sek. Keb.
Pendidikan Khas Kg. Baharu Kuala Lumpur. Err…pendidikan
khas? Sekolah apa tu rip?
Sekolah yang menempatkan kanak-kanak
bermasalah pendengaran. 5 tahun setengah saya belajar untuk menjadi seorang
ustaz bagi kanak-kanak normal, akhirnya, Allah s.w.t takdirkan saya untuk
mendidik kanak-kanak pekak ini. Inilah gagasan Qada’ dan Qadar Allah s.w.t yang
tak tercapai dek akal pemikiran saya sendiri.
Menerima takdir ini? Sudah tentu! Bentangan hikmah yang Allah s.w.t sediakan untuk saya di masa hadapan tiada satu pun yang berada dalam lingkungan pengetahuan saya. Maka, selaku Muslim, hikmah itulah pencetus keredhaan dan ketaatan saya pada Allah s.w.t di ketetapan masa kini.
Sesuatu yang baru dan asing bagi saya
iaitu bahasa yang tidak pernah saya pelajari (Bahasa Isyarat) serta komuniti
yang tidak pernah gauli sebelum ini. Ya Salam...Allah s.w.t benar-benar telah
mengubah persepsi saya terhadap komuniti ini.
![]() |
Bahasa Isyarat |
Seorang pekak dan buta yang terkemuka,
Helen Keller (1905) dalam bukunya The
Story of My Life menyebut:-
“
The problem of deafness are deeper and more complex, if not more important than
those blindness. Deafness is a much worse misfortune. For it means the lost of
most vital stimulus – the sound of voice that brings language, sets thoughts
astir, and keeps us in the intellectual company of man”
Persepsi
masyarakat terhadap golongan pekak
“Aku takutlah anak aku dalam kandungan
ni kena kenan/badi jadi pekak!” keluh Nora.
“Kenapa pula?” soal rakannya.
“Semalam aku terlanggar kucing waktu driving! Boleh kena badi tau!” ujar Nora
semula.
Dialog ini antara contoh perkaitan
persepsi masyarakat Melayu kepada orang pekak disebabkan kenan atau badi. Ianya
selalu dirujukkan kepada anak-anak cacat kerana kesalahan lampau ibu bapanya.
Wujud kepercayaan yang mengatakan anak
cacat kerana balasan tuhan. St. Augustine melihat kelahiran anak cacat sebagai
tanda telah dihukum kerana dosa bapa mereka. Manakala undang-undang Rom lampau
memasukkan orang pekak dan bisu sebagai golongan yang tidak mempunyai hak dari
segi undang-undang (Meadow, 1980).
Di
balik kaca mata saya
Sekadar pemerhatian saya, komuniti
mereka agak terasing dari masyarakat normal dan sering dipandang pelik.
Memandang mereka dengan ruang lingkup ‘kecacatan’, menjadikan mereka seolah-olah
tidak berdaya, tidak berdikari dan hina.
Memandang nilai tinggi rendah
seseorang hanya berukurkan kecacatan seperti ini amat tidak bertepatan kerana
pada hakikatnya Allah s.w.t menjadikan semua manusia itu mulia dan sebaik-baik
ciptaan. Sebenar-benar perbezaan antara kita? Hanyalah TAQWA.
Tambahan pula masih wujud segelintir
manusia masih terpalit dengan kepercayaan badi/kenan. Sekalipun tatayur
(mempercayai badi/kenan) itu jelas dilarang dalam Islam. Dikisahkan
ketika kaum Thamud menuduh Nabi Saleh a.s itu sebagai pembawa sial, Allah s.w.t
telah berfirman dalam Surah An Naml:-
قَالُواْ ٱطَّيَّرۡنَا بِكَ وَبِمَن مَّعَكَۚ قَالَ طَـٰٓٮِٕرُكُمۡ عِندَ ٱللَّهِۖ بَلۡ أَنتُمۡ قَوۡمٌ۬ تُفۡتَنُونَ (٤٧)
Ertinya:- Mereka menjawab: "Kami
mendapat nasib yang malang, disebabkan kamu dan orang-orang yang
besertamu". Saleh berkata: "Nasibmu ada pada sisi Allah, (Bukan Kami
yang menjadi sebab), tetapi kamu kaum yang diuji".
Nikmat
bila Syukur, Celaka bila Kufur
Alhamdulillah…
Kita mampu melihat kerana adanya
nikmat mata.
Kita juga mampu mendengar kerana
adanya nikmat telinga.
Dan kita mampu berbicara kerana adanya
nikmat lidah.
Namun,
Mampukah kita menjamin kesemua
pancaindera itu kita melayaninya sebagai sebuah kurniaan? Kerana jika tidak, alangkah
malangnya, andai kita terkhilaf sehingga melayaninya sebagai sebuah kecelakaan!
Apapun kurniaan yang kita terima dari
Allah s.w.t, ianya di panggil NIKMAT atas sebab manfaat yang kita terima dan
kesenangan yang kita kecapi.
Keterbalikan daripada itu, ianya
merupakan kecelakaan apabila kita si Manusia melakukan kerosakan menggunakan
nikmat kurniaan Ilahi ini!
Hakikatnya, kesempurnaan mata, telinga
dan lidah kita, andai disyukuri dengan pertambahan kebajikan dan ibadah, maka
Syurgalah balasannya. Tetapi, jika dikufuri dengan digunakan bagi memuaskan
durjana maksiat dan kejahatan, maka nantikanlah azab Neraka.
Saya segara insaf apabila diingatkan
pada diri ini:-
“Aku
yang cukup serba serbi ni, mata, telinga, mulut, boleh berfungsi dengan baik, entah
berapa banyak lah dosa yang aku dah kumpulkan sepanjang hidup menggunakan
pancaindera ini, mereka…meskipun tak sempurna pendengaran dan pertuturan, sekurang-kurangnya
saham dosa atas kedua pancaindera itu mungkin kurang atau mungkin tiada
langsung. Nipis dosa, makin tebal lah harapan ke Syurga!”
Sob…Sob… T_T
Bukankah benar, kadangkala cacat itu
juga nikmat???
Persoalan besar untuk aku, engkau dan
dia setelah tamat membaca entri ini.
Dah berapa banyak dah pahala
kau kumpul atas fungsi pendengaran dan penglihatan ni??
2 comments:
Setiap yang halal pasti dihisab dan setiap yang haram pasti diazab.
Allah..benar sekali..
Bagaimanalah keadaan kita nanti ye? T_T
Post a Comment