Wednesday, January 16, 2013

Iz…kenapa iz sayang bi?


Usia perkahwinan kami sudah pun menjangkau 1 tahun 6 bulan…

Menerima dia, yang sudi menjadi suri dalam hidup saya merupakan nikmat yang tidak pernah dilupakan. Saya kira, dalam usia perkahwinan seawal ini, kami masih berusaha mengenali dan memahami.

Di awal-awal perkahwinan dahulu, saya kerap kali bertanyakan soalan ini kepadanya:-

Iz…kenapa iz sayang bi?

Dalam harapan saya, hati ini inginkan pujian melambung-lambung dari Puan Isteri.

“Sayang sebab bi hensem dan comel”

“Sayang sebab bi bijak memimpin”

“Sayang sebab bi baik”

“Sayang sebab bi banyak ilmu, boleh bimbing iz”

 (Ok2, jangan banyak sangat, nanti pembaca tak lalu makan..hehe)

Namun, dalam banyak-banyak pilihan jawapan di atas, Puan Isteri tetap setia dengan satu jawapan yang kekal sehingga kini.


“Iz sayang bi sebab bi SUAMI iz”

“Yelah, memanglah bi suami iz, tapi mesti ada sebab iz sayang bi kan?” soal saya tidak berpuas hati.

“Takde sebab lain dah, sebab bi SUAMI iz” Wink2 ^_^

Akhirnya, baru-baru ini, saya bertukar ‘trick’ soalan:-

“ Apa yang iz faham tentang suami?”

“Suami ni…orang yang bertanggungjawab terhadap isteri lah, satu-satunya manusia yang pegang semua watak dalam kehidupan. Pemimpin, imam, ulama, kawan baik, teman bergaduh, semua-semua ni ada pada suami”.

Saya tersenyum sendirian,

Rupa-rupanya, pujian yang saya harapkan itu semuanya terkandung dalam sebuah perkataan, iaitu SUAMI.

Mencintaiku kerana pada SUAMI adanya keilmuan,

Menyayangiku kerana pada SUAMI adanya daya kepimpinan,

Menyukaiku kerana pada SUAMI adanya teman akrab dan kawan sepergeseran.

Jika saya bukan SUAMInya, maka, mustahil dia akan mencintai saya seperti kini. Kerana pada Puan Isteri, cintanya yang halal, hanyalah pada seorang lelaki bergelar SUAMI.

Falsafah besar di sebalik gelaran SUAMI, amanahnya bukan kepalang, membenih cinta dihati isteri, menanggung saham ke syurga atau ke neraka. Beruntunglah saya bersuamikan Puan Izyan ‘Izzati. ^_^



Puan Isteri…
Selamat Hari Lahir yang ke 24

Semoga kerahmatan, keredhaan, kebaikan, kasih sayang dan keampunan Allah s.w.t melimpahi dirimu serta kita sekeluarga.

Saya juga sayang awak sebab awak ISTERI saya. ^_^

P/S: Jaga baby molek2 deh. Heee~

1 comment:

puan isteri said...

Like sejuta kali. ^_^v

Syukran ya habib albi.