Wednesday, January 21, 2009

Alfu Mabruk ya Ukhti!

Ucapan seorang Ibu di hari perkahwinan anaknya:-

Ain..anakku sayang, semalam kau sah bergelar isteri Ahmad Zairil, akad itu, akad yang sama pernah dilafazkan oleh arwah abah ketika menerima Umi. Sungguh, hari itu, telah meniti semula memori Umi bersama Abah dahulu. Akad itu bukan sekadar dilafaz, namun ia datang bersama tanggungjawab yang amat bermakna. Bergelar Isteri bukan semudah bergelar Anak Dara. Kalau dahulu, Ain bergelar CIK kini Ain bergelar PUAN. Kalau dahulu, Ain hanya perlukan kebenaran Umi untuk keluar kemana-mana, kini Ain perlukan juga kebenaran Zairil. Kalau dahulu, hanya makan dan pakaian Ain sahaja yang perlu dijaga, kini makan dan pakaian Zairil juga perlu dijaga dan diteliti. Pendek kata, segala tindak tanduk, segala perilaku perlu mendapat pertimbangan suamimu, Zairil. Ain..Isteri lambang maruah si Suami, WAJIB! Ain, memelihara maruah Zairil sebagaimana Ain memelihara maruah diri. Bicara hati seorang ibu seperti umi, amat menginginkan Ain kekal bahagia. Bahagia bukan sahaja di dunia, malah juga di akhirat. Jangan sekali-kali Ain lupa, jikalau syurga dibawah tapak kaki ibu bagi si anak, syurga juga dibawah tapak kaki suami bagi si Isteri. Sesungguhnya, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: Jikalau manusia dibenarkan untuk sujud sesama manusia, nescaya aku akan perintahakan si Isteri untuk sujud pada si Suami.



Ahmad Zairil..menantuku, saat akad nikah itu dilafaz semalam, tentunya Zairil tahu ianya bukan sekadar sebuah lafaz. Bukan sekadar lafaz yang berjanji bahawa untuk memenuhi segala hak seorang Isteri secara fizikal dan batin, bahkan ianya lebih daripada itu. Ia sebuah lafaz saksi bahawa Zairil sedia menerima dan menanggung segala dosa yang dilakukan si Isteri sekiranya tidak ditegur! Tegurlah Ain, sekiranya dia melanggar suruhan Syara’, didiklah! Jangan dibiarkan. Selama 26 tahun, Ain dididik dalam pemerhatian Umi, diasuh dan dipelihara. Bagai minyak yang ditatang penuh, Umi tidak pernah biarkan ‘insan sulung’ ini terdedah kepada kekurangan dan kecelaan, maka, peliharalah Ain seperti mana Umi memeliharanya. Jangan dilalaikan tanggungjawab sebagai seorang Suami. Harapnya, dakapan Zairil mampu menggantikan dakapan seorang Abah yang telah pun pergi meninggalkan kami 2 tahun lalu.



Wahai kedua mempelai, ingatlah, hukum Allah menyatakan bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan begitu juga sebaliknya. Maka, formulanya cukup mudah, perbaiki dirimu untuk menjamin pasanganmu juga baik. Solehkan diri mu untuk menjadikan pasangan mu juga soleh. Sesudah itu, suatu Baitul Muslim akan lahir mencerminkan sebuah peribadi keluarga Islam yang mapan. Semoga, anak-anak soleh yang bakal dihasilkan kelak mampu menjadi Mujahid agama Allah. Anak-anak yang diberi peluang menyinari agama Islam dengan sinar kecemerlangan dan kejayaan.



Tiada kata yang dapat menterjemahkan betapa berterima kasihnya saya dan keluarga kepada seluruh ahli keluarga sebelah En. Abu Bakar (Ayah Zairil) dan juga kepada ahli keluarga saya sendiri serta keluarga Allahyarham Dzulkhefli Ismail. Titik peluh kalian dalam menjayakan majlis walimah ini hanya Allah saja yang mampu membalasnya. Semoga tali persaudaraan yang jauh dapat didekatkan dan yang renggang dapat dirapatkan.



Kepada kesemua tetamu yang hadir, ribuan ucapan terima kasih saya hulurkan kepada kalian semua di atas kesudian kalian untuk menghadiri majlis walimah yang tidak seberapa ini. Majlis ini hanya sekadar majlis perkahwinan biasa sekiranya ukhwah antara kita tidak dieratkan. Sungguh, dalam kesibukan kita melayan dunia, kita terkadang terlepas pandang peri pentinganya persaudaraan ini. Mohon agar hikmah tersirat disebalik semua ini dapat kita hayati bersama, Insya Allah.

Pesanan Penaja =)
: Teks disampaikan di khalayak ramai pada 18 Januari 2008.
: Ribuan ucapan tahniah untuk Along dan Abg Zairil atas pernikahan ini. Sesungguhnya kalian telah pun menyempurnakan sebahagian daripada agama. Semoga keluarga yang bakal dibina sentiasa berada dalam Bi’ah Solehah. Pesanan adikmu ini, telah pun sampai dalam teks yang disampaikan oleh Umi. Of course I’m the one who made it! Isi hati seorang ibu dan adik digabungkan dalam sebuah ucapan yang agak mensayukan hati yang mendengar~
: Digelar kakak sebagai penulis air mata?Betul ke?

9 comments:

fItRiNa said...

ariff,

ble tgk gamba, hang ke yg jd wali?
mesti akk hang terharu kn?
alfu mabruk to her ye...
smoga kekal ke akhir hayat =)

Unknown said...

banyaknya kakak air mata dalam dunia ni:)

text ni sangat berbunga2, okeyh

Unknown said...

eyh asif, lupa pulak, tahniah to kak ain.
kepada encik wali, silalah berkahwin dengan lebih awal supaya dapat menggembirakan hati cik nenek.

Anonymous said...

tahniah buat kak ain..

[errr,nape panggil kak ain?? bukan name die....[eheh..nyibuk jer~]

p/s: gambar telur pindang xde ke?? :((

Tinta Al-Murabbi said...

adeyh..knape?sume srh sy kwin cpat??termasuklah mak cik2 n pak cik2 yg dtg ke walimah ari tuh~ adeyy..

Ain??oh..tu name timangan die~ cumel kan??wee~

25hb ni kt belah laki plak..Kuantan..so dijemput hadir~

Anonymous said...

hahaha..
xpe2 jangan risau.. bukan semua orang.... hayam x suruh pun awak kawen awal!!
hahaha
xpe2..ape ayat yg slalu hang ckp tuh??
-jangan bertangguh jangan tergesa-

hahhaa..
p/s: hayam suh lamabat2 sket.. sebab die kate, die maleh nk kotorkan tangan die tuk basuh pinggang nnti...hahahha

Tinta Al-Murabbi said...

adeyhla..tu bkn ayat sy..tu ayat ust hasrizal..dlm buku ATN.. =)

Anonymous said...

slm adikku...
bahagia melihat kebahagianmu...
kita doakan mereka bahagia hingga ke syurga...
ameen..
buat adikku...
disebalik bait2 ayat yang kau lakarkan di kanvas maya ini, akak pasti ada hati yang tulus lembut di sbalik perawakan tegasmu..
selamat berjuang adikku..
perjuangan itu semestinya memerlukan pengorbanan...
dan ada org kate, kejayaan semanis madu memerlukan pengorbanan sepahit hempedu...
so, jgn takut utk berjuang...
sampaikan salam akak pd kak long awk yer...
semoga awk pn dapat jodoh yg baik suatu hari t..
ameen...

Noorsyahida said...

sume suh kwin cpt? huh, dasat tul ustaz ariff ni.. takpe2..sok2 bile dah sampai seru, jgn lupe kirim undangan.. hehe