3 April 2013 (Delta Hospital, Mansurah,
Mesir)
Dalam kerisauan menunggu isteri yang sedang
bertarung nyawa di bilik bersalin, saya segera menunaikan solat fardhu Maghrib.
Menyandar resah dan gelisah pada Ilahi, memohon selamat dan dipermudahkan
urusan kelahiran.
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, segala
puji dan syukur ke hadrat Allah Azza Wajalla. Tepat jam 6.30 petang, dengan
izinNYA, isteri saya telah selamat melahirkan seorang mujahidah.
Bayi seberat 3.2 kg itu saya dakap, terus
diazan dan diiqamahkan. Terasa sayup perasaan ketika itu. Menitis air mata
mengagumi kebesaran Rabbul Jalil. Barangkali, inilah perasaan yang sama
dirasakan arwah abah ketika mengazankan saya, 25 tahun yang lalu.
Dahulu bergelar suami, kini sudahpun layak
dipanggil Abah!
Besar peranannya, kini qudwah saya di dalam
keluarga bukan sahaja kepada isteri, ia melebar kepada anak pula. Semoga ciri
qudwah kebapaan Rasulullah s.a.w dapat saya jadikan panduan dalam mendidik anak ini. Ameen.
|
Senyummmmmmm~ |