Tuesday, March 24, 2009

Surah Al Anfal ayat 24

“Wahai orang-orang Yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara Yang menjadikan kamu hidup sempurna”

Ayat 24 Surah Al Anfal ini telah memberikan suatu konsep mengenai erti ‘hayat/hidup’ yang sebenar dalam Islam. Rasulullah s.a.w selaku utusan Allah, telah menyeru orang-orang beriman supaya menyambut seruan Allah dan RasulNYA. Seruan yang mengajak mereka supaya menjalani erti ‘hidup’ yang sebenar. Hidup manusia sangatlah bererti memandangkan kemuncak hidup yang sejati ialah dengan makrifat Allah (mengenal Allah). Mengenal bahawa sifat ubudiyyah seorang Muslim mestilah dipersembahkan hanya kepada Allah.



Perhambaan kita haruslah kepada Allah semata-mata, tanpa terikat dengan mana-mana fahaman ciptaan manusia. Sesungguhnya fahaman ciptaan manusia seperti sekularime, komunisme, nasionalisme, pragmatisme, liberalisme, dan lain-lain lagi akan terus hidup selagi fahaman Islam tidak hidup subur di muka dunia ini. Para pejuang fahaman menyeleweng itu merasa bimbang fahaman ciptaan mereka akan ditolak oleh manusia.Jesteru itu mereka berusaha keras menindas kebangkitan semula Islam, kerana mereka sedar hanya fahaman Islam sahaja yang mampu menyedarkan manusia untuk menolak semua fahaman batil ciptaan manusia itu.

Kini tidak menjadi suatu rahsia bahawa punca musuh Islam khasnya golongan orientalis barat berusaha melenakan orang-orang Islam, kerana mereka takut semangat jihad fisabilillah hidup semula dalam hati umat Islam. Andai itu terjadi, maka terjejaslah cengkaman mereka di kebanyakan negara-negara Islam masa kini.

Kehidupan seorang Muslim amatlah mulia jika ianya berlunaskan Syariat Allah. Hal ini kerana, syariat itu diturunkan oleh Allah, Tuhan yang Maha Besar, Maha Bijaksana, Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk ciptaanNYA. Tentu sekali, ianya jauh lebih sempurna dan sesuai jika dibandingkan dengan mana-mana peraturan atau undang-undang ciptaan manusia. Jadi sebagai suatu pandangan umum, yang manakah lebih mulia dan bermakna hidupnya, Muslim yang hidup dibawah naungan syariat Allah (Tuhan sekalian Alam) cuma kini pada pandangan manusian, nilaian pangkat dan harta itu amatlah besar, sehinggakan sanggup melupakan hala tuju sebenar mereka sebagai hamba Allah. Semua insan disisi Allah adalah sama, berdiri di sebuah saf yang lurus, tanpa mengira darjat ataupun kekayaan, sujud menyembah yang Esa.

Benarlah apa yang dikatakan Allah di dalam Al-Quran, Surah Al Hujurat ayat 13:-

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).


Para pembaca sekalian, ayat ini merupakan sebahagian dari kerja kursus Al-Quran saya. Diminta untuk mentafsir ayat ini memberi saya sebuah kesedaran bahawa adakah saya benar-benar hamba Allah yang memaknakan erti HIDUP dalam lingkungan syariat Allah?

Benarkah saya telah meMULIAkan segala peraturan Allah lebih daripada dunia dan segala isinya?

Adakah saya sudah punya PANGKAT di sisi Allah?

Atau sekadar digelar PANGKAT pada pandangan manusia?



Gerun hati ini tatkala menelan pahit sebuah hadis yang mafhumnya berbunyi:-

Barangsiapa yang mencari keredaan Allah (walaupun) manusia murka kepadanya nescaya Allah akan redha kepadanya dan kelak orang ramai juga akan redha kepadanya. Dan barangsiapa mencari keredhaan manusia (walaupun) dengan cara yang di murkai Allah, nescaya Allah akan murka kepadanya dan kelak manusia juga akan murka kepadanya Hadith Riwayat Ibnu Hibban.

Moga diri ini masih sempat untuk berteleku tunduk ke hadrat ilahi, mengenang jijiknya diri memilih diiktiraf oleh makhluk ciptaan bernama Manusia, namun seringkali CACAT dipandang Allah…sengaja saya biarkan soalan diatas tidak berjawab agar sesiapa yang usai membacanya, turut bermuhasabah.

Friday, March 13, 2009

Siapa Pengawas Anda?

Letihnya! Itulah satu-satunya perkataan yang dapat menggambarkan diri saya sebaik sahaja pulang dari sekolah. ‘Melempeng’ di hadapan TV membuatkan umi bertanya:-

“Ustaz Ariff oi! Penat sangat nampaknya hari ni??”

“Yolah..sekolah sesi petang..penat woo..mujur kena seminggu je!” ujar saya ‘mempertahankan’ diri.

SBE (School Based Experience) saya di Sek. Keb. Taman Keramat (1) telah pun masuk hari yang ketiga. Misi saya ke sekolah kali ini adalah untuk mengkaji aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab, maka saya terpaksa memilih untuk ber’SBE’ pada sesi petang memandangkan pada sesi ini lebih ramai guru Bahasa Arab bagi memudahkan saya menemubual mereka sebagai bukti wujudnya kolaborasi antara guru pelatih dengan guru j-QAF.

Sudahlah jatuh, kemudian di timpa tangga pula! Saya diberitakan bahawa dalam tempoh seminggu ini seluruh sekolah akan berada dalam minggu peperiksaan. Secara tidak langsung ianya telah meranapkan peluang saya bagi membuat pemerhatian di dalam kelas oleh guru Bahasa Arab yang mengajar. Minggu peperiksaan bermakna tiada proses P&P secara langsung di dalam kelas! Aii… =(

Biarlah..barang yang lepas, usah dikenang..teruskan apa yang masih tersisa dihadapan. Penyelia Petang meminta jasa baik saya untuk mengganti / relief beberapa kelas yang gurunya mempunyai urusan luar. Memandangkan tugasnya hanya sebagai pengawas peperiksaan maka saya pun bersetuju.

Jam menunjukkan pukul 3.40 petang, menandakan waktu menjawab kertas Pendidikan Islam hampir tamat. Kelihatan beberapa orang murid masih tekun menulis bait-bait jawapan, manakala mereka yang sudah pun siap menjawab mula membuat ‘onar’ mengganggu rakan mereka yang lain. Beberapa kali, saya arahkan mereka untuk duduk ‘Ontok-ontok’ (lihat kamus DBP versi loghat N9), namun tidak sampai pun 2 minit mereka kembali bermain.

Tiba-tiba muncul seorang murid perempuan beruniform serba hijau, di atas tag nama ‘Nurul Hana’ itu tertulis pula perkataan ‘PENGAWAS’. Dihulurkan sehelai kertas kepada saya sambil memberitahu “Cikgu, ini senarai nama murid yang buat bising!” Saya menggangguk sambil tersenyum, kemudian meminta dia untuk duduk semula ke tempatnya.




Format ‘aduan’ ini sama ketika zaman saya bersekolah rendah dahulu! Tidak berubah! Kertas itu telah menggali sistem memori saya ketika zaman menjadi murid sekolah rendah. Murid-murid yang bercakap, bermain, gelak malah berjalan pun akan ditulis sebagai suatu kesalahan juga! Lucu apabila memikirkannya kembali saat umur hampir menjangkau 21 tahun ini.

Hampir sama situasi ini dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim bukan? Raqib dan ‘Atid sebagai pengawas yang tidak pernah leka dari mencatat segala amal perbuatan kita. Mungkin kita punya waktu untuk tidur, rehat, makan dan minum. Namun, pengawas berpangkat ‘Malaikat’ itu tidak sekali-kali meninggalkan pejabat mereka yang berpengkalan di bahu kanan dan kiri kita. Apabila isyarat impuls yang dihantar oleh otak ke anggota badan untuk membentuk sebuah tindakan, maka Raqib dan ‘Atid ini akan bersedia untuk ‘take note’ sama ada tindakan itu merupakan amalan yang dikurnia ‘pahala’ atau mengundang ‘dosa’.

“Tidak suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir”
( Qaaf : 18)



Ganjarannya?? Cukup mudah..dijamu dengan nikmat yang maha HEBAT sebagai ahli Syurga atau diseksa dengan azab yang maha DAHSYAT sebagai ahli Neraka. Tatkala bermula episod MAHSYAR, seluruh manusia dibangkitkan setelah dimatikan… gelisah, resah, memikirkan apakah nasib diri masing-masing. Manusia beratur untuk menyerahkan ‘Record Book’ masing-masing, siapa yang menyerahkan bukunya dengan tangan kiri maka meraunglah dia dengan petanda tersebut, sebaliknya siapa yang menyerahkan bukunya dengan tangan kanan bergembiralah dia dengan riangnya.

Yaitu golongan kanan (ialah mereka yang menerima buku catatan amal dengan tangan kanan). Alangkah mulianya golongan kanan itu. Dan golongan kiri (ialah mereka yang menerima buku catatan amal dengan tangan kiri) Alangkah sengsaranya golongan kiri itu.
(Al-Waqiah 8&9)

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat apabila ditanya apakah penyelesaian bagi kerosakan aqidah dan akhlak umat Islam masa kini. Beliau menjawab “ Marilah kita menghidupkan sebuah kesedaran bahawa Allah s.w.t maha Melihat segala tindak tanduk dan gerak geri kita. Jangan dilupa Malaikat Raqib dan ‘Atid sentiasa bersama untuk mencatat segala amal perbuataan kita”. (Lihat buku ‘Telaga Budi’, keluaran terbaru dari Nufair Street Pub.)

Tapi…manusia sering lupa teori yang mudah ini bukan? Tenggelam dan alpa dengan kenikmatan duniawi yang sebenarnya menjadi ‘silent killer’ di akhirat kelak. Seakan sengaja memamah ‘makanan yang berkolestrol tinggi’ kerana sedap tanpa memikirkan ‘Serangan Jantung ’ yang bakal dihidapi di masa hadapan!

Tuesday, March 10, 2009

Salam Maulidur Rasul 1430H

AIR MATA RASULULLAH S.A.W



Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya
masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan
badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan
bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,'
tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan
tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan
kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit
dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah
dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril..

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh
kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah
berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya
menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata
Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak
tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera
mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'



Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan
telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii, mmatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mu lia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

cuba lihat ini --> http://www.youtube.com/watch?v=kDCR6dQfW7U

P/S: Artikel ini saya ambil dr seseorang, namun tidak dapat diingati dari siapa. Alfu Asif..

Monday, March 2, 2009

Review: Muhammad s.a.w - Insan Teladan Sepanjang Zaman



“ Hai rip! Dah 3 bulan aku tengok kau bawa ke hulu hilir buku hitam tu..tak habis baca lagi ke?” perli seorang sahabat.

Saya hanya mampu mengukir senyuman bagi menjawab soalan itu. Dalam tidak sedar sudah tiga bulan saya menjadikan buku karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz itu sebagai telaah tika terluang. Sebuah buku = 3 bulan? Saya menggeleng kepala tanda penyesalan yang menguris hati. Diri ini sering berteka teki, dalam kesibukan menjadi seorang JPP yang hanya menyelesaikan masalah warga IPKT, saya hanya sempat mengkhatamkan sebuah buku sahaja, namun Ulama’ dahulu yang menyelesaikan masalah UMAT, ‘sempat’ mengarangkan berpuluh-puluh kitab seperti mana yang kita lihat hari ini. Lalu kitab-kitab inilah yang memberikan ‘nafas’ untuk rujukan umat Muhammad kini yang kian ‘semput’ untuk meneruskan amal Islami dalam kehidupan mereka. Saya hanya mampu menelan realiti sekadar menyedapkan hati bahawa mereka itu ULAMA’…kau?? Sekali lagi menggeleng kepala? Tidak..kali ini saya menggangguk-angguk mengakui kelemahan diri yang perlu diperbaiki.

Alhamdulillah, kelmarin (28.2.2009) saya diberikan kesempatan oleh Allah untuk menghabiskan lembaran terakhir buku itu, bersamaan 3 bulan 12 hari. Cover buku berwana hitam pekat dihiasi tulisan khat timbul “Muhammad Rasulullah” berulang kali telah menyentuh perasaan saya. Padat dengan kisah perang Rasulullah s.a.w bersama umat Islam ketika itu. Lima kisah yang dititipkan dalam buku ini oleh Tok Guru ialah Perang Khandak, Perang Khaibar, Perang Muktah, Fathu Makkah dan Perang Hunain. Pengorbanan, kecintaan, syahid, jihad adalah perkataan yang silih berganti singgah bertandang di medan pemikiran semasa membacanya.

Perincian setiap peristiwa membuatkan si pembaca akan berimaginasi untuk membayangkan suasana perang ketika itu. Malah, ada di antara peristiwa penting dalam perang-perang tersebut dijadikan asas untuk mengistinbat hukum bagi permasalahan tertentu. Sangat berterima kasih kepada buku yang mengujakan ini kerana telah menyuburkan minda saya bagi dijadikan modal untuk beberapa sesi tazkirah umum ataupun khusus. =)

MEMPROMOSI UNTUK DIPROMOSI! Sekadar MEMPROMOSI buku yang bagus ini untuk kalian, dengan harapan saya akan DIPROMOSI oleh kalian di hadapan Allah di Akhirat kelak atas usaha kecil yang menuntut pahala sebagai balasan ini! BijakSANA kan?? T.Q!

P/S : Sedang membaca sebuah novel pengembaraan seorang wartawan ketika menemuramah kumpulan militan Abu Sayyaf sekitar tahun 2000. Cambest je?
: Buku ini dah janji pada seorang sahabat untuk dipos ke US. Sabar ye mak cik! Sibuk sikit sekarang ni =)