Monday, March 2, 2009

Review: Muhammad s.a.w - Insan Teladan Sepanjang Zaman



“ Hai rip! Dah 3 bulan aku tengok kau bawa ke hulu hilir buku hitam tu..tak habis baca lagi ke?” perli seorang sahabat.

Saya hanya mampu mengukir senyuman bagi menjawab soalan itu. Dalam tidak sedar sudah tiga bulan saya menjadikan buku karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz itu sebagai telaah tika terluang. Sebuah buku = 3 bulan? Saya menggeleng kepala tanda penyesalan yang menguris hati. Diri ini sering berteka teki, dalam kesibukan menjadi seorang JPP yang hanya menyelesaikan masalah warga IPKT, saya hanya sempat mengkhatamkan sebuah buku sahaja, namun Ulama’ dahulu yang menyelesaikan masalah UMAT, ‘sempat’ mengarangkan berpuluh-puluh kitab seperti mana yang kita lihat hari ini. Lalu kitab-kitab inilah yang memberikan ‘nafas’ untuk rujukan umat Muhammad kini yang kian ‘semput’ untuk meneruskan amal Islami dalam kehidupan mereka. Saya hanya mampu menelan realiti sekadar menyedapkan hati bahawa mereka itu ULAMA’…kau?? Sekali lagi menggeleng kepala? Tidak..kali ini saya menggangguk-angguk mengakui kelemahan diri yang perlu diperbaiki.

Alhamdulillah, kelmarin (28.2.2009) saya diberikan kesempatan oleh Allah untuk menghabiskan lembaran terakhir buku itu, bersamaan 3 bulan 12 hari. Cover buku berwana hitam pekat dihiasi tulisan khat timbul “Muhammad Rasulullah” berulang kali telah menyentuh perasaan saya. Padat dengan kisah perang Rasulullah s.a.w bersama umat Islam ketika itu. Lima kisah yang dititipkan dalam buku ini oleh Tok Guru ialah Perang Khandak, Perang Khaibar, Perang Muktah, Fathu Makkah dan Perang Hunain. Pengorbanan, kecintaan, syahid, jihad adalah perkataan yang silih berganti singgah bertandang di medan pemikiran semasa membacanya.

Perincian setiap peristiwa membuatkan si pembaca akan berimaginasi untuk membayangkan suasana perang ketika itu. Malah, ada di antara peristiwa penting dalam perang-perang tersebut dijadikan asas untuk mengistinbat hukum bagi permasalahan tertentu. Sangat berterima kasih kepada buku yang mengujakan ini kerana telah menyuburkan minda saya bagi dijadikan modal untuk beberapa sesi tazkirah umum ataupun khusus. =)

MEMPROMOSI UNTUK DIPROMOSI! Sekadar MEMPROMOSI buku yang bagus ini untuk kalian, dengan harapan saya akan DIPROMOSI oleh kalian di hadapan Allah di Akhirat kelak atas usaha kecil yang menuntut pahala sebagai balasan ini! BijakSANA kan?? T.Q!

P/S : Sedang membaca sebuah novel pengembaraan seorang wartawan ketika menemuramah kumpulan militan Abu Sayyaf sekitar tahun 2000. Cambest je?
: Buku ini dah janji pada seorang sahabat untuk dipos ke US. Sabar ye mak cik! Sibuk sikit sekarang ni =)

4 comments:

Mystic--Legend-- said...

i am waiting la arep. give mine, and i'll give urs. wahaha.

Anonymous said...

hang kire Ok lagi tuh!
3bulan 12hari = satu buku...
den ni ha....
malangnye...semua buku yang den bawak dari m'sia satu haprak pun tak habis baca.. :(
last2, bagi orang pinjam je. dengan harapan, dapat keberkatan sikit2 sebab berkongsi ilmu dengan dorang...[sedeyh2]
[time sekolah ni susah la nak bace buku selain buku sekolah :( ]

hari tu, time ma'rid kutub kat sini, beli lagi buku...tapi cam dah boleh agak je...buku tu mungkin akan dibawa terbang balik ke mesia untuk dibaca sewaktu cuti summer plak nanti..[huaaa~ lebih indah kalau dapat baca dalam kereta...sambil duduk berlepak-lepakan disebelah kerusi pemandu..kan?? muahaha]

Tinta Al-Murabbi said...

To Mystic Legend:- aisyh..mine ko da beli ke???oit..nk pic..haha mana aci cmni~

To Hayam:- erk..sadis sgt tuh..luangkan masa walau sekejap utk buku ilmiah. one tip from me is sblm lelap mata time nk tido tuh bukak buku la dlu..bc smpila terlelap =) try la~ wee~

Noorsyahida said...

hantu buku rupe yer.. bgus2.. budaya Islam..ilmu bermanfaat... dah bc krya Dr.Danial? hopefully, ilmu dkongsi bersama... Allah yubarik fik!