Friday, November 12, 2010

Pabila BAHASA berirama FAKTA


Alhamdulillah…Usai sudah dua kertas peperiksaan. Bermakna, hanya tinggal satu sahaja lagi kertas yang perlu dihadapi. Semester 6 ini menjanjikan sedikit kelegaan kepada kami, dengan jumlah subjek yang sedikit ditambah pula dengan kurangnya jam kredit kuliah kerana keluar berPRAKTIKUM, maka bebanan akademik tidaklah dirasakan terlalu menekan. Cumanya, kami dikejutkan dengan corak soalan yang agak tinggi arasnya menyebabkan deria-deria ANALISIS dan ANALITIKAL kami terpaksa berkerja dengan lebih keras dan kuat. (^_^)


Tidak mengapalah, itu ceritera tuan punya blog yang sekadar menjadi ‘pemanis’ bicara sebelum kita ke ruang sebenar topik hari ini.


Dalam kesibukan meng’masyi’kan (MASYI = Rujuk rakan TAHFIZ anda, isitilah ini sangat popular untuk mereka) surah-surah hafazan sejak pagi tadi. Saya berhenti rehat sebentar bagi memberikan ruang kepada encik OTAK bagi menyusun kembali ayat-ayat Al Quran yang telah dihafaz. Maka, waktu tersebut digunakan untuk menyambung semula penulisan sebuah entri yang terkandas ketika bulan-bulan ketandusan saya datang menyinggah. Diserang penyakit TANDUS ini bukan kepalang keringnya, saya kehilangan dua elemen penting pada sebuah ‘mood’ penulisan yang bermutu.


Menulis bukan sekadar mengutarakan fakta, namun ia juga perlu kepada bahasa


Sesetengah orang punya fakta yang bertimbun-timbun banyaknya, namun dia kehilangan bahasa, maka tiada MAKNAnya…


Sesetengah orang pula punya bahasa yang meliuk-liuk ayatnya, namun dia jahil pada fakta, juga...tiada MAKNAnya…


Kerana…di dalam sebuah penulisan itu, ISI itu adalah fakta dan bahasa itu adalah RASA. Cacat salah satunya, maka buruk jualah keseluruhannya.


Lihat sahajalah bagaimana lambakan entri-entri sampah yang begitu banyak hari ini. Segolongan manusia yang memperjuangkan fakta semata, lantas menggugurkan elemen BAHASA dalam penulisannya. Lunyai kalimahnya, basi ayatnya.


Ada pula segolongan manusia yang tinggi melangit gaya bahasanya, namun sayang…bahasa itu tiada pula dikaji pembacanya, sehinggakan yang menulis ‘syok’ sendiri , yang membaca termangu-mangu. Pudar sudah ISI utama yang ingin disampaikan.


SIFIR SAMA


Sifir yang sama kita ambil untuk bidang pengucapan.


Mana mungkin sebuah pidato itu dikatakan benar-benar berjaya andai bahasa yang diucapkan itu tidak dapat difahami oleh OTAK pendengar, jauh sekali untuk dihayati oleh HATI mereka.


Begitu juga halnya, perbahasan yang penuh lantang dihiasi kata-kata tajam dan pedas dalam sebuah dewan PARLIMEN, pasti mudah ditingkah pihak lawan andai fakta yang dikeutarakan penuh dengan penyelewengan dan penipuan.


Menjaga fakta itu sebuah KEBIJAKSANAAN.


Memelihara bahasa itu pula adalah KESANTUNAN.


Kita para DAI’E adalah penyampai ILMU yang haq kepada masyarakat melalui bahasa yang penuh hikmah. Kita merupakan pemudah cara, memberi faham kepada mereka di luar sana yang jahil agama. Maka, Murabbi seperti kita seringkali menggunakan medan penulisan dan pengucapan ini sebagai pengantara yang efektif kepada masyarakat.


Siapa yang dapat menyangkal peri pentingnya fakta dan bahasa dalam kedua-dua wasilah diatas?


Jesteru, perbaiki diri untuk senantiasa menjaga HIKMAH dalam berdakwah melalui penambaikan fakta dan bahasa anda. Saya sendiri sebagai seorang naqib, acap kali mengingatkan diri sendiri dan anak-anak usrah untuk memperbanyakkan bacaan dan mengurangkan ‘aaaa….’ dalam pengucapan. Serta, saya agak kurang senang membaca entri yang cacar merba sahaja bahasanya ketika sesi ‘Blog Walking’.


Wahai DA’IE,


Kita ibarat seorang JURUJUAL yang ingin melariskan BARANGAN JUALAN. Ingin bergaji besar, berkereta besar, berumah besar, berbini besar (???) Namun, promosi yang anda lakukan hanyalah sambil lewa, acuh tak acuh sahaja. Kelebihan barangan itu pun tidak kita ketahui. Apatah lagi mahu mempromosikannya pada orang lain. Kerana kekurangan fakta, apabila ditanya pelanggan mengenai barangan tersebut, mudah sahaja kita mengatakan ‘TAK TAHU’, membuatkan pelanggan tidak berminat dan berlalu pergi


.


Anda mempromosikan ISLAM yang datang dari ALLAH s.w.t yang maha HEBAT. Sayugialah, kita benar-benar menghadam fakta mengenai ISLAM sebaiknya. Kemudian, kita berperanan pula untuk menyampaikan ia ke tengah masyarakat dengan fasa yang berperingkat menggunakan bahasa yang berhikmah. Usaha yang terbaik diberikan, diterima atau tidak, kita sama-sama serahkan ia pada ILAHI.


Manusia itu disentuh melalui dua perkara; yang pertama akal dan yang kedua hati.


Akal itu sentuhannya pada fakta dan kebenaran.


Manusia kurang berkompromi dengan dalil-dalil khianat yang diseleweng serta hujah-hujah rapuh yang tidak dikaji. Apatah lagi, dengan penipuan atas nama agama untuk kepentingan diri sendiri, sukar sekali ini diterima.


Hati itu sentuhannya pada bahasa dan kesantunan.


Manusia juga akan terguris kalbunya jika penyampaian agama pada memaki dan mencaci. Kerana fitrah hati itu suka pada ketenangan dan kedamaian. Namun, istimewanya bahasa ini adalah pada hikmah. Bicaranya didasari oleh latar belakang mereka yang diseru. Saya tidak menafikan ada manusia yang lebih cederung kepada pendekatan dipalu dengan dengan kuat berbanding dibelai dengan lembut. Da’ie yang perlu mengkaji, bagaimana menyentuh hati si Mad’u.


Semoga kita sama-sama dapat menjaga kesimbangan (Wasatiyyah) ini. Antara fakta dan bahasa~ (^_^)


“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk

(Surah al-Nahl: 125).


Saya bukan A. Samad Said yang punyai kalimah puitis menyulam tinta..


Saya juga bukan Anwar Ibrahim, petah menghurai hujah bersama data-data yang mengancam pihak lawan..


Saya hanyalah hambaNYA yang cuba berusaha sedaya upaya menyempurnakan hak muslim kepada muslim yang lain dengan jalan dakwah..


P/S: Entri ini agak unik kerana ditulis sebagai penyambung kepada entri yang terkandas. Tapi entah macam mana, ia disambung dengan muncul idea baru. Entri baru siap, sebaliknya entri lama masih terkandas (+_+)


: Terima kasih kepada cik editor kita~ (^_^)

8 comments:

Kamal La Great said...

I like this entry... Agak berlainan dengan entri yang sebelumnya. Agak tajam tapi manis. Fakta pula? Tinta Al Murabbi memang dah study.

Tinta Al-Murabbi said...

Kamal:-

thanx bro~ Study mane yg ade je~ Sy wasilah..tuan punya ilmu Allah s.w.t jua..Alhamdulillah (^_^)

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t,

1st impression zul baca entry kat blog ni.. sangat3 menarik.. Tinta Murabbi teliti lam menyampaikan rencana kepada pmbca blognya..hehee...prkongsian ilmu yg bermakna.. teruskan usaha, Tinta Murabbi.. 2nd... syukran perkenalkan zul ngn blog dema.. huhu... sekian.. (,")

Hazwan Khalid said...

Wow... Bnyak bnde bleh... Syukran!

Tinta Al-Murabbi said...

Zulhasanain:-

Alhamdulillah, sama-sama kita ambil iktibar utk kegunaan karier sbg Ustaz kelak~ (^_^)

Ibnu Khalid:-

Afwan~ semoga menjadi pedoman utk terus berda'wah..insya Allah =)

...wardahdiana... said...

salam...

entry yang bagus!!
memberi input dan membuka persepsi baru kepada blogger spy menyeimbangkan fakta dan bahasa dlm penulisan...

syabas yep...

محمد حذوان بن حميدان said...

gud writing bro..keep writing 4 ISLAM..(^_^)

Tinta Al-Murabbi said...

to wardahdiana:-

syukran~ skadar mengajak semua untuk memperbaiki nilai wasilah dakwah kita kpd sang mad'u (^_^)

to hazwan:-
gud writing sokmo dmo ni~ hehe thanx2..to you also~