Saturday, February 20, 2010

Kita mencari JODOH...Bukan mengejar CINTA

“ Rep...enta boleh bayang tak? Ana dah beli semua barangan untuk pertunangan kecuali cincin tunang sahaja. Ana cadang hendak masuk meminang dia pertengahan tahun ini. Tapi, tahu-tahu saja dia putuskan hubungan kami..Enta boleh gambarkan perasaan ana sekarang ini? ” ada getar dalam nada suara Fauzi (bukan nama sebenar).

Saya kelu...sungguh saya tidak sangka inilah rupanya permasalahan yang membelenggu anak usrah saya 3-4 minggu kebelakangan ini. Saya membatukan diri...menunggu permasalahan itu diluah secukup rasa.

“ Family ana dan dia dah pun bertemu...masing-masing dah berkenalan antara satu sama lain. Jujurnya...ana sangat mengharap perhubungan ini berjaya. Tapi...” Fauzi tidak dapat meneruskan lagi kata-katanya. Air mata sudah pun mengalir dipipinya.

Kaget..saya sedikit buntu bagaimana mahu membantu dia untuk tidak bersedihan lagi. Tatkala itu otak saya memutar ligat memikirkan kalimah terbaik yang perlu disusun bagi memujuk jiwa yang duka itu. Saya hanya mampu mengusap-usap bahagian belakangnya. Lalu, saya mula membuka bicara...

“ Sabar ji..kita sama-sama tahukan setiap ujian yang Allah s.w.t timpakan kepada kita...”

“ pasti ada hikmahnya.” tidak sempat saya menghabiskan ayat tersebut, Fauzi sendiri yang melunaskan bait-bait terakhirnya.

“Ana tahu...ana tahu segala yang Allah s.w.t timpakan pada hambaNYA adalah untuk meningkatkan lagi darjatnya. Tapi rep...berbicara itu mudah apabila keadaannya senang, tetapi beramal dengannya sangat payah apabila menelan sakitnya.”

Saya tersenyum..inilah Fauzi yang saya kenal. Petah bicaranya itu kadangkala boleh membisukan pihak yang ingin menasihati. Dia adalah di antara anak usrah saya yang paling menyerlah sekali. Seringkali juga, usrah kami itu seakan-akan medan berbahas akibat kelantangan hujah-hujahnya dalam membincangkan isu semasa.

Sekali lagi, otak saya diperah memikirkan bentuk nasihat yang berkesan untuk dilemparkan ke dalam kotak pemikiran orang yang sudah ‘tinggi’ darjatnya ini.

“Siapalah ana untuk menghalang keputusan yang dia buat...ana hormati keputusannya. Cuma yang bermasalah adalah diri ana. Nak melupakan seseorang yang pernah menjadi sebahagian daripada hidup kita bukan mudah!” ketika ini sendu tangisnya semakin perlahan. Saya pula? Menggangguk dan terus memerah..

“ Ji..kalau yang dicari seorang lelaki itu JODOH. Makanya, kesedihan itu tidaklah terlalu berpanjangan walaupun dikecewakan puluhan orang...Tapi, kalau yang dikejarnya itu CINTA, sedihnya mungkin membawa kepada bunuh diri tahu?” sekadar sebuah persoalan yang dicampak bagi menggugurkan segala keserabutan yang ada.

Fauzi melemparkan pandangan kosong ke arah tumbuhan hijau yang melata di hadapan mata. Barangkali sedang memproses ayat-ayat tadi supaya ianya mudah meresap ke hati. Saya menyambung...

“Dalam keserabutan...mohon NUSRAH Allah s.w.t, dahla tu..ana lapar dah ni...breakfast kat Pok Pim jom? Kita sambung cerita kat sana pulak” Saya sendiri tersenyum kerana mengenangkan kepada siapa nasihat tersebut pernah diberi.

(Maaf, saya tidak dapat meneruskan kisah ini sehingga pengakhirannya kerana telah diamanahkan oleh Fauzi untuk menghadkannya. Cukuplah sekadar yang diperlukan untuk mengambil ‘point’ yang ada)



Hakikat Ubudiyyah di bawah takdir JODOH

Berada di sesi pengajian semester 5 ini sedikit sebanyak telah banyak membuka minda saya mengenai erti percintaan, pernikahan dan tanggungjawab. Topik ini seringkali menjadi tajuk utama perbualan kami rakan sekelas/seusrah. Jika dahulu ‘awek’, tapi kini ‘calon isteri’, jika dahulu ‘couple’, tapi kini ‘nikah’...kematangan topik ini seiring dengan kematangan usia. Prosesnya? Terpulang kepada individu...ada yang masih mengumpul duit (ini ramai..=), ada yang sudah bertunang, ada juga yang dah nak bernikah dah pun =P (Amin..jgn terasa ye?hehe). Apa pun peringkatnya, saya menyeru agar dipelihara lingkungan syara’ sebagai perbatasan perhubungan itu kerana cita-cita melahirkan sebuah pokok keluarga Soleh bermula dari akar pencarian pasangan yang seiring dengan Syara’.

Namun, tidak semua proses itu berjalan lancar seperti yang diharapkan. Kecundang ataupun gagal bukanlah istilah yang tepat untuk menterjemahkannya. Setiap perkara itu mempunyai sisi pandang positif bagi menjadikan diri kita semakin dekat kepada Allah s.w.t. Salah satu contohnya adalah seperti yang diceritakan diatas. Gerak kerja saudara Fauzi agak lemau 2-3 minggu kebelakangan ini dan saya menyedarinya. Alhamdulillah, risikan demi risikan, saya dibukakan olehNYA untuk mengetahui kisah sebenar disebalik kekenduran itu.

Allah s.w.t telah memberikan TIGA ketetapan untuk setiap Muslim mengenai prihal jodohnya. Pertama, dipermudahkan dan dipercepatkan olehNYA bagi mendapatkan pasangan hidup. Kedua, susah dan diperlambatkan olehNYA (tetapi masih dikurniakan), atas sebab-sebab hanya yang Allah s.w.t sahaja yang mengetahuinya. Ketiga, ditunda soal jodohnya hingga ke Akhirat kelak (ertinya di atas dunia tidak dipertemukan kepadanya mana-mana pasangan hidup).

Saya pasti konsep ini mudah dihadam oleh mana-mana pejuang agama Allah s.w.t. Cuma adakalanya kita terlupa konsep asas ini sehinggakan kita terasa berputus asa pada takdir Allah s.w.t ini, hanya kerana sulitnya untuk menjayakan sebuah pernikahan. Kita berkahwin dengan pasangan yang telah diJODOHkan oleh Allah s.w.t kepada kita, bukan dengan pasangan yang TELAH kita CINTAI. Jika keadaannya kita telah terlanjur mendahulukan CINTA pada seseorang maka bermuhasabahlah, kerana tiada CINTA SEBELUM PERKAHWINAN. Hanya yang wujud adalah sebuah persefahaman dan perkenalan, itu pun apabila menempuh proses pertunangan.

Terkadang perasaan itu berkeseinambungan hingga tumbuhnya rasa KASIH SAYANG, dan disinilah wujudnya HARAPAN. Tidak mengapa...kerana ia adalah lumrah dalam perkembangan kepada sebuah perhubungan, cuma amat ditekankan disini agar ia sentiasa ditekan dan dikongkong serta jangan sekali-kali perasaan itu dibiarkan bebas menghalalkan suasana yang HARAM. Perlulah ianya segara diikat dengan sebuah ikatan pernikahan. Jangan diletakkan perasaan itu secara total dan penuh kepada pasangan, kelak ianya akan membawa kesengsaraan pada sang pencinta, MENGAPA? Kerana CINTA dan HARAPAN itu selayaknya hanya di letak kepada Allah s.w.t.

Bersedihlah…kerana Rasulullah s.a.w juga bersedih. Tetapi sedihnya baginda sentiasa ada Allah s.w.t sebagai tempat aduan. Hatta, Rasulullah s.a.w, yang kita sama-sama akui Qudwah terbaik dalam medan perjuangan dakwah Islamiyyah itu pun, sujud mengadu pada Allah s.w.t tatkala dihurung duka dan nestapa. Inikan pulan kita manusia biasa? Yang sentiasa tercalit dengan dosa dan noda…layakkah kita berputus asa padaNYA? Sentiasa sabar dan redha dalam menempuh proses lumrah bagi setiap insan ini. Pastikan jiwa Ubudiyyah itu sentiasa segar agar tidak mudah mengalah dan berputus asa.





Artikel ini sekadar memudahkan pemahaman dan menjelaskan lagi misi sebenar pencarian JODOH dalam Islam. Ambillah iktibar sebagaimana tabahnya seorang pemuda bernama Khairul Azam dalam filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ mencari jodoh bagi dirinya. Sentiasa ada yang tidak kena, tapi jiwa pemuda itu sentiasa tegar dan tidak berputus asa mencari keredhaan Allah s.w.t melalui jalan penikahan. Konsepnya mudah…berCINTA itu tidak semestinya berakhir dengan diJODOHkan, namun JODOH itu pasti bersamanya sebuah rasa CINTA. Insya Allah. Wallahua’alam.

Surah Ar Rum ayat 21 : “Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir


P/S:- Alhamdulillah...rakan baik saya telah membuka kembali blognya, dengan nama dan identiti yang lebih segar dan diberi nafas baru. Sangat baik dan kreatif. Semoga Allah s.w.t selalu merahmatinya dan semoga Allah s.w.t sentiasa menganugerahkan 'Husnu Dzon' antara kami untuk terus bersahabat. Allahumma Ameen... =)


17 comments:

Atikah Nur Dzulkhefli said...

wah..mantap2...doakan kite semua dapat jodoh yg terbaik!!!aminn....

kak mus said...

tahniah adikku arif ats tulisan membina ini...tercuit hati kakak mu yg sememangnya sedang menunggu dan menghitung JODOH itu...percayalah pada janji Allah.andai sunyi,adukan pada Ya Rabbi...andai rindu,katakan pada Ilahi..moger akan dipertemukan kiter nanti dgn insan yg sama2 mencari keredhaan cinta Ilahi yang tidak pernah bertepi..insya Allah.bersangka baiklah dgn Allah dlm semua perkara..nescaya,ada hikmah besar yg tersembunyi disebaliknya... =)

Anonymous said...

Salam akh. Mabruk alaik atas tulisannya. Artikel yang membina, menyalurkan keinsafan dan kekuatan. Sekalipun nama sebenar pemilik cerita cinta ini dirahsiakan tetapi jawapannya cukup jelas. Ibarat komentar yg diberikan oleh Saudara Hadi Susanto (pemerhati sastera&kandidat doktor TWENTE UNIVERSITI BELANDA) menerusi novel Ayat2 Cinta karya Habiburrahman El Shirazi - sekadar memetik patah2 kalimah yg disebutkan dlm komentar tersebut 'Sesungguhnya penulis telah berhasil menghidupkan Fahri dan suasana disekitarnya. Sy sempat berfikir bahawa Fahri tidak lain adalah Habiburrahman sendiri. Sama persis, seperti saya dulu percaya bahawa Old Shatterhand adalah Karl May sendiri.'  Semoga Allah memberi kekuatan pada enta. Yakinlah bahawa Allah memberi sesuatu yang terbaik pada masa yg terbaik.Fasbir sabran jamila.Semoga thabat dlm perjuangan. Salam ukhuwwah, salam dakwah - AHKIALUZ, Dataran Darul Iman,Terengganu..

Tinta Al-Murabbi said...
This comment has been removed by the author.
Noorsyahida said...

bila bcakap tntg cinta..terlalu subjektif tafsirannya.. berbeza pndpt dan indivdu.. ramai tokoh2 cinta... romeo juliet..shah jahan mumtaz... tak tkecuali martbat cinta yang dinaiktaraf kepada iman..yusof dan zulaikha..huhu..

"Jangan diletakkan perasaan itu secara total dan penuh kepada pasangan, kelak ianya akan membawa kesengsaraan pada sang pencinta, MENGAPA? Kerana CINTA dan HARAPAN itu selayaknya hanya di letak kepada Allah s.w.t."

~nak mgharap boleh, bukan pada dia..tp pada DIA..

tp brapa ramai sgt yg mgejar JODOH, bahkan ad yg mjadi hamba cinta...

barangkali buktinya ramai yang kecewa..bunuh diri, bunuh bayi.. pzinaan, pgaulan bebas..

ad jugak yang bermatlamatkan penikahan..tp syaitan bijak mgambil ruang..yg penting..mcmna iman nak hadapi..

erm..dah sem 5 kan..asyik ckp hal ni..hg tu ble? dah kjar blum jodohnya? heheee...

hanya.seorang.budak. said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Tinta Al-Murabbi said...

to Assyahida:-

aiyark~ cek??msih dlm istikharah ku kpd Allah s.w.t..doakn ana dipertemukan dgn jodoh yg terbaik~

terima kasih kerana membuat perkaitan yang cantik dengan isu sosial masa kini =)

Anonymous said...

Salam kembali. Buat saudara Ariffudin, TERIMA KASIH atas keperihatinan serta respon yang diberi..Ana hanya ingin menyentuh beberapa perkara :-1) Minta jasa baik enta untuk membetulkan ejaan nama ana. Bukan AKHIALUZ sebaliknya AHKIALUZ. Perbezaan pada peletakan aksara  K dan H. Ana sangat menghormati nama ana serta pemberi nama tersebut. Kesilapan pada satu huruf boleh menukarkan keseluruhan makna kalimah. Jadi mohon untuk dibetulkan.. (^_^)2)  ‘Ana sedikit terkilan kerana apa yang ana harapkan  dari entri ini adalah pengajaran yg dapat dikutip oleh pembaca Tinta Al Murabbi, bukan sekadar sebuah kisah realiti berulitkan sastera yang  ana sengaja selitkan untuk dijadikan daya penarik’- Syeikh, ana tak nampak  dimana kerelevanan untuk menggunakan frasa ‘sedikit terkilan’ tersebut. Setelah meneliti setiap bait2 kalimah yang terkandung dalam respon sahabat2 kita termasuk ana sendiri,  ana yakin untuk  mengatakan bahawa mereka sememangnya mengambil pengajaran dari entri ‘KITA MENCARI JODOH BUKAN MENCARI CINTA’ ini. Sebagai bukti, memetik semula respon awal ana- ‘artikel yang membina, menyalurkan keinsafan dan kekuatan’. Ini yang dinamakan sebagai pengajaran. Tidak perlu ditulis secara khusus, orang sudah jelas akan makna ayat2 yang dituliskan. Menjurus kepada apa jika bukan kepada pengajaran. Dalam ilmu balaghah (ilmu ma’ani) kita akan belajar satu cabang ilmu yang dinamakan sebagai ijaz qasar iaitu gaya bahasa yang menggunakan ungkapan ringkas tetapi mengandungi pengertian luas. Sebagai seorang penulis yang baik, kita harus teliti dengan setiap bait2 kalimah yang dituliskan. Harus memahami maksud tulisan dengan jelas. Elakkan dari menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. Setiap orang mempunyai penerimaan yang berbeza terhadap sesuatu perkara. Ulama’ balaghah sendiri mengkelaskan golongan penerima sesuatu perkhabaran kepada 3 keadaan. Yang pertama adalah golongan Khali Az Zihni- golongan otak kosong. Menerima sesuatu perkhabaran secara bulat2. Kedua golongan Mutaraddid-menerima sesuatu perkhabaran dalam keadaan ragu-ragu. Dan ketiga golongan Munkar-menolak sesuatu perkhabaran bulat2. Berdasarkan ketiga2 keadaan penerima ini, enta harus mengenalpasti tentang tahap2 penerimaan pembaca2 tinta enta sebelum enta memberi jawapan balas terhadap respon mereka supaya tidak ada yang berkecil hati mahupun terguris kerana salah faham terhadap apa yang cuba enta sampaikan. Jika terdapat khilaf pada fikrah, tidak perlu ditentang. Raikan saja kerana itu sebenarnya satu  keberuntungan jika kita memahaminya dengan sebenar2 faham. Hargai persamaan hormati perbezaan.. (^_^)3) Untuk akhirnya, ana ingin memohon ribuan kemaafan jika ada antara kata2 ana yang menyinggung hati penulis khususnya serta hati pembaca2 lain secara amnya. Moga sama2 beroleh manfaat. Sekadar memetik kata2 ayah ana ‘kalau taknak orang masuk dalam rumah kita, jangan dibukakan pintu. Jika dengan rela membukakan pintu, maka persiapkan diri menerima segala macam kemungkinan’. Ana datang sebagai tetamu yang tidak diundang. Tidak minta untuk diraikan tetapi mohon untuk dibenarkan perkongsian. Maaf jika kehadiran ana mencemarkan rumah enta. Salam syukran, salam kemaafan,salam perkongsian, salam penuh kasih sayang buat semua saudara seagama yang tidak ana cintai melainkan keranaNYA semata. Wallahhua’lam..  AHKIALUZ, Tetamu Dataran Darul Iman.. (^_^)

Tinta Al-Murabbi said...
This comment has been removed by the author.
Tinta Al-Murabbi said...

ika:- eit budak~ gi study la..jodoh2 ni utk org nk abes degree je~ hehehe..

kak mus:- Allahumma Ameen..each incident has it own hikmah..find and learn from it =)

AHKIALUZ:- walaikumsalam..syukran..hmm..dlm istilah pendidikan..cerita ini dpnggil sbg 'SET INDUKSI'.Ada titik persamaan dlm sbuah kisah utk dikaitkan ke dlm isi pengajaran. Perkara yg sama cuba ana lakukan dlm entri ini...bukan cerita itu yang ingin ana highlightkan..tapi pengajaran disebaliknya. Maka, soal siapa sebenarnya 'Fauzi' BUKAN tunjang utama entri ini. Ana sedikit terkilan kerana apa yang ana harapkan dari entri ini adalah pengajaran yang dpt dikutip oleh pembaca Tinta Al Murabbi, bukan sekadar sebuah kisah realiti berulitkan sastera yang ana sengaja selitkan utk dijadikan daya penarik~ Neway..syukran ats kerprihatinan nta~ Insya Allah pesanan nta itu, ana akn smpikn kpd empunya cerita~ =)

February 22, 2010 3:16 PM

Tinta Al-Murabbi said...

to AHKIALUZ (betulkan? (^_^):-

Alfu asif di atas kesilapan ejaan nama nta..amat tidak disengajakan~

aiwah~~!!Sangat gembira dan dengan tangan terbuka menyambut kehadiran nta =) Jarang2 ada pengunjung yang betul2 memberikan hujah ilmiah dalam mana-mana komen di dalam TA (Tinta Al Murabbi).Jgn risau...anda adalah sgt2 diundang~

Ana sgt3x mengHORMATI pendapat nta..dan ana HARGAInya. Diakui mungkin frasa TERKILAN itu tergelincir daripada maknanya. Cumanya,ana bimbang apabila persoalan siapa sebenar FAUZI itu ditimbulkan, ianya akan melarikan tunjang utama entri ini. Apabila sibuk mencari SIAPA, ana bimbang persoalan APA itu dilupakan.Kebimbangan ana ini berasas memandangkan kepada komen2 dalam entri2 sblm ini. Nta boleh lihat sendiri =)

Bagaimanapun, pndpt nta tu btol2 telah membuka mata ana mengenai realiti sbnr seorg daie yg berjuang di medan blog. Bagaimana utk menerima dan mengkritik pembaca yg memberi komen. Sgt suka! Syukran alaik~

Anonymous said...

Salam syukran, salam kesyukuran, salam keraian..

Buat Syeikh Ariffudin, ana ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih atas beberapa perkara :-

1) AHKIALUZ - Ejaan yang tepat setelah dibetulkan oleh Saudara Ariffudin. TERIMA kasih kerana membetulkan kesilapan pada ejaan nama tersebut. Sekadar makluman, jangan cari maksud nama ana ni di dalam mana2 kamus kerana kalian tidak mungkin akan menemuinya samada kamus rujukan yang diguna itu adalah Kamus Inggeris mahupun kamus Arab melainkan setelah misteri pada nama ini dirungkaikan..

2) TERIMA KASIH sekali lagi atas keperihatinan enta terhadap respon ana sekalipun respon tersebut hanyalah respon picisan. Terima kasih kerana benar2 meraikannya. Cuma terpalit sedikit kebimbangan dalam diri jika sekiranya respon tersebut secara tidak sedar telah menghantar ana ke pintu neraka. Nauzubillahhiminzalik. Sekadar memetik kata2 sahabat serta teman kita Akhi Hafiz, jangan kita letakkan ‘keberadaan’ kita pada sesuatu sisi yang boleh menimbulkan rasa riak didalam hati’. Keberadaan disini merujuk pada konteks imbal balik melalui pujian yang melebihi hadnya. Tentang kebimbangan enta terhadap persoalan ‘siapa’ dan ‘apa’ itu memang berasas pada hemat ana. Enta punya alasan kukuh kenapa dan mengapa kebimbangan tersebut di utarakan..

3) TERIMA KASIH untuk kesekian kalinya atas perkongsian fikrah yang ditangani dengan penuh adab terutama dari pihak penulis sendiri. Sangat meraikan tetamu. Ana senang sekali dengan keterbukaan enta dalam meraikan khilaf. Seperti formula yang acapkali diguna pakai di dalam Fiqh As Syafie-‘kamu betul dan aku tidaklah salah’. Sungguh benarlah Mafhum Hadith yang diungkapkan dalam Riwayat Bukhari- ‘Barangsiapa yang Allah kehendaki padanya kebaikan, nescaya Allah akan fahamkan dia dalam agama’. Dan enta salah seorang yang dipilih untuk menerima kefaqihan tersebut. Allahhuakbar..

4) Untuk akhirnya, (sekali lagi) mengambil kata2 ayah ana ‘orang yang tidak mahu menerima serta mengakui kekurangan dirinya akan menjadi orang yang gagal untuk selama2nya. Kita hina ketika menuntut dan kita mulia ketika dituntut’. Semoga kita dapat mengikuti jejak langkah Uwais Al Qarni yang suram di bumi tetapi masyhur di langit. Ana ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada Akhuna Habib Akhi Hafiz yang telah memperkenalkan ana dengan blog ini. Moga sama2 beroleh manfaat. Wallahualam..

AHKIALUZ- Tetamu Dataran Darul Iman (^_^)

SuMaiYyaH said...

artikel yag sangat menarik...
dan menyedarkan asaya dr kesilapan selama ini...
doakan sy tidak terbuai dgn cinta di kampus ni..
dijauhkan dri segala dugaan yg berkaitan cinta di sini...
sandarkan cinta kepada ILAhi..
Moga kalian semua bertemu jodoh yg baik....

Tinta Al-Murabbi said...

to Aisya Humaira':-

Insya Allah..smoga tabah menghadapi dunia kampus yg penuh pancaroba itu~

Hazwani said...

Slam adik, alhamdulillah. adik dah makin matang mengupas soal cinta :)

U know why dan akak sgt bangga dgn 'tumbesaran' ni :)

sangat setuju dgn mencari jodoh, bukan mengejar cinta. Bagi orang yang benar2 mengharapkan jodoh yang baik, selalunya hanya berpaksikan iman dan keyakinan.

Tapi, untuk mereka yang mengejar cinta,paksinya adalah nafsu. bebrpa syarat telah disusun agar 'calon2 cinta' itu punya kriteria seperti yang digariskan.kalau dilihat, calon itu tidak punya kriteria seperti yang ditetapkan, hati akan 'mengejar' cinta yg baru.

dan kalau 'kriteria' sudah cukup, tapi tiba-tiba si 'calon cinta' itu pula berubah hati, mereka tetap akan mahu mengejar calon cinta itu.

seharusnya, jodoh itu datang dahulu, lalu perkembangkanlah cinta selepas ikatan yang suci.

dan kriteria cinta itu, bolehlah anda lakarkan selepas anda mengenali suami/isteri anda, kerana pada waktu itu...mereka sudah pasti memenuhi kriteria 'calon cinta'.

bukankah Allah meniupkan cinta yang sarat kepada pasangan yang bernikah dalam barakahNya?

Anonymous said...

"laki-laki yang baik untuk perempuan yang baik...dan juga sebaliknya"...namun sejauh mana kita menjadikan diri kita sebagai seorang yang 'baik' untuk memperoleh sesuatu yang 'baik' sebagai peneman hidup kita...

renung-renungkan dan selamat beramal!

Tinta Al-Murabbi said...

to hurin:-

tumbesaran yg dikurniakan drpd Allah s.w.t..sgala pujian hanya padaNYA jua..

tpkn kak..bukan ke kriteria itu penting dlm mencari calon isteri??kalo isi borang beit muslim pun (cewah..mcm prnh isi je kan??hoho) bukan ke ad part kne isi kriteria2 tertentu yg diinginkan kan2???

to anonymous:-

yep2~ islah kan diri sblm mencari isteri yg solehah~