Maka, trademark seperti “Listen, listen, listen”, “Animals have problem too”
dan “Galaxy Note” memenuhi ruang timeline twitter mahupun facebook. Manakala,
di page Sharifah Zohra Jabeen sendiri, pelbagai kecaman, kritikan serta makian
yang diterima beliau menunjukkan ketidakpuashatian warga siber terhadap
tindakan beliau.
Tidak sedikit ‘orang-orang besar’ yang mulai memberi respon terhadap isu
ini. Boleh lihat pada blog ini:
http://sozcyili.blogspot.com/2013/01/ulasan2-yang-sharifah-zohra-jabeen.html
Pembodohan Generasi Akan Datang
Siapa mahasiswa hari ini, menentukan corak negara akan
datang.
Pembodohan boleh berlaku dengan dua keadaan, pertama, mengekang daya berfikir dan yang kedua, mengekang daya bertindak.
Mengekang daya berfikir berlaku apabila adanya
diskriminasi pendidikan, sekatan diwujudkan kepada golongan tertentu atas
beberapa faktor. Sewajarnya pendidikan adalah untuk semua, atau dengan istilah
yang lebih tepat ialah pendemokrasian pendidikan. Hal ini boleh dilihat pada
sejarah lepas apabila darjat menentukan dimana anak kita layak bersekolah.
Anak golongan bangsawan dilayan baik oleh pihak British
serta diberikan pendidikan Inggeris disamping kemudahan yang baik seperti di
MCKK, manakala golongan bawahan Melayu hanya bersekolah di sekolah Melayu yang
serba serbi kekurangan. Salah seorang Ahli Lembaga Pengelola MCKK, Yang Dipertuan
Besar Negeri Sembilan pernah menyatakan bahawa:-
“I do not like
the idea of the children of rajas and chiefs sitting in school side by side
with the children of people who were once our slaves” (Adnan Haji
Nawang, 1994)
Zaman moden kini, kekangan daya berfikir ini bertukar
wajah, ia bukan lagi soal siapa dapat pendidikan atau tidak, tetapi isu
utamanya ialah sampai ke tahap mana seseorang itu dibenarkan berfikir. Lebih
malang, sasarannya ialah mahasiswa.
Mengekang mahasiswa untuk dibenarkan hanya berfikir dalam
satu warna/sudut sahaja adalah jenayah besar dalam dunia akademik. Ia ibarat
mengiktiraf parasit kedunguan bertempek pada otak yang geliga. Mungkin inilah
yang dimaksudkan oleh Prof. Tariq Ramadhan sebagai minda dogmatik:-
“The
dogmatic mind displays, moreover, one further characteristic. It would be
a mistake to think that it accepts the existence of only one point of view: the
dogmatic mind is a binary mind. Whilst it states that its truth is the
only truth, that its Way is exclusive and that its universal is the only
universal, that is because it stipulates - at the same time - that anything
that does not partake of that truth, that path and that universal is, at best,
absolutely 'other' and, at worst, culpably mistaken” (The Quest of
Meaning, 2010)
Untuk menjayakan minda dogmatik ini, projek pembodohan
telah dibina, bukan baru bermula kini, tetapi ianya telah diamalkan zaman
berzaman. Kita boleh lihat sendiri pada modul-modul BTN. Jika anda sendiri
berkenan, bolehlah menghadirinya untuk merasai betapa nikmatnya ‘tamrin’ ini.
Saya tidak berada di UUM pada hari kejadian untuk
menilai. Namun, pengakhiran program dengan ikrar yang dilihat berat sebelah dan
kontroversi itu, membolehkan kita membuat sedikit penilaian tentang gambaran
keseluruhan program. Anda nilailah sendiri!
Daya bertindak
yang tinggi
Apa yang dilakukan oleh Cik Bawani merupakan sesuatu yang
berani jika dibandingkan dengan tukang sorak dan tukang tepuk yang berada di
sekelilingnya. Pembawaan dalil dan hujah yang dilihat berlawanan dengan pihak
Presidan SW1M itu, menunjukkan anak gadis berbangsa India ini berani berdiri
berbekalkan fakta dan bukan auta.
Saya kira, daya bertindak sebegini dirangsang oleh nilai
penghujahan yang baik serta semangat keberanian yang jitu. Mewakili suara-suara
rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi! ^_^
Tanpa menafikan bahawa Cik Bawani kelihatan agak emosi
dalam pengucapan dan tindakannya, saya juga menafikan bahawa Cik Sharifah
kononnya melayani soalan tersebut dengan profesional. Tindakan menarik mikrofon
dan menyuruh beliau ‘listen,listen dan listen’ serta perbandingan permasalahan
manusia dengan haiwan itu, sangatlah tidak profesional.
Oh ya...seperkara lagi, apabila menyamakan Malaysia
dengan negara lain untuk tujuan perbandingan, maka saya perlu berpindah ke
negara tersebut? *Garuk2 kepala, kene renew passport la nampaknya nih +_+ *
Jikalau perbandingan itu suatu keburukan semata,
ketahuilah bahawa perbandingan pertumbuhan kemajuan Malaysia dengan negara lain
merupakan cara yang paling relevan untuk mencapai Wawasan 2020? Bukankah Dasar Pandang ke Timur itu sebenarnya
sebuah perbandingan juga?
P/S: Mood mengenang kembali zaman mahasiswa. Berbaloikah
5 tahun setengah itu jika sekadar meneguk ilmu ditepian silibus?
3 comments:
Saya tidak setuju dengan frasa 'pendidikan adalah percuma' semuanya.
Tetapi pendidikan itu ada kosnya. Kos kewangan, kos usaha, kos tenaga dan kos masa.
Kos kewangan, mungkin pendidikan itu percuma tetapi kesannya kepada peningkatan cukai kerajaan. Contoh. walaupun argentina negaranya percuma pendidikan, tetapi cukainya tetap tinggi dgn kadar inflasi yg sgt hebat. Maka ianya masih dikira tidak percuma.
Kedua,kos usaha. Pendidikan tidak percuma tanpa usaha. Orang yang malas dan lemah pasti sudah tentu ketinggalan dalam arena pendidikan. Mereka yang rajin dan kuat berusaha, sunnah kehidupannya pasti berjaya. Maka pendidikan bukan mampu dicapai secara percuma (senang-senang).
Berapa kerat yang sanggup menjadikan pendidikan satu pengorbanan usaha yang berterusan. tidak semua. Ia memerlukan pengorbanan tenaga dan penat lelah. Jika ilmuwan islam dahulu sanggup berjalan beribu2 batu untuk ilmu, adakah kita ingin kata ianya percuma? Sudah tentu tidak.
Berapa ramai yang sanggup korbankan masa untuk ilmu. Tidak semua. Masa itu tidak dijual bahkan lagiamat bernilai maknanya. Maka ianya tidak percuma.
Pergulungan, frasa percuma itu perlu didefinisikan pada hakikatnya. Perlu mengimbangi antara idealistik dan realistik. dan sudah pasti pendidikan itu ada kosnya. Ianya tidak percuma dan sesemudah itu. Kos itu bukan bererti wang ringgit dan biasiswa tetapi lebih dari itu.
Melangkaui dogmatic. just2cent.
Good job in intrepreting the dogmatic mindset, regardless education should always be at no cost not to make it worthless but to make sure that each and every human being have the rights to achieve their dreams. You cannot control the result but effort is always within your reach...
bilamana sesuatu cetusan pemikiran cuba disekat, biarkan ia mengalir namun pengaliran tersebut boleh diuruskan dengan bijak
Post a Comment