Wednesday, January 16, 2013

Minda Dogmatik yang parah

Baru-baru ini, sidang media sosial seperti facebook dan twitter dipenuhi dengan troll, kritikan, perlian dan tidak kurang juga makian kepada seorang wanita bernama Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin (Presiden Suara Wanita 1 Malaysia). Hal ini semua gara-gara kerana dialog beliau bersama seorang mahasiswa bernama Bawani dalam Forum Suara Mahasiswa UUM dengan tajuk “Seiringkah Mahasiswa dengan Politik”.

Maka, trademark seperti “Listen, listen, listen”, “Animals have problem too” dan “Galaxy Note” memenuhi ruang timeline twitter mahupun facebook. Manakala, di page Sharifah Zohra Jabeen sendiri, pelbagai kecaman, kritikan serta makian yang diterima beliau menunjukkan ketidakpuashatian warga siber terhadap tindakan beliau.

Tidak sedikit ‘orang-orang besar’ yang mulai memberi respon terhadap isu ini. Boleh lihat pada blog ini:  http://sozcyili.blogspot.com/2013/01/ulasan2-yang-sharifah-zohra-jabeen.html

Pembodohan Generasi Akan Datang

Siapa mahasiswa hari ini, menentukan corak negara akan datang.

Pembodohan boleh berlaku dengan dua keadaan, pertama, mengekang daya berfikir dan yang kedua, mengekang daya bertindak.


Mengekang daya berfikir berlaku apabila adanya diskriminasi pendidikan, sekatan diwujudkan kepada golongan tertentu atas beberapa faktor. Sewajarnya pendidikan adalah untuk semua, atau dengan istilah yang lebih tepat ialah pendemokrasian pendidikan. Hal ini boleh dilihat pada sejarah lepas apabila darjat menentukan dimana anak kita layak bersekolah.

Anak golongan bangsawan dilayan baik oleh pihak British serta diberikan pendidikan Inggeris disamping kemudahan yang baik seperti di MCKK, manakala golongan bawahan Melayu hanya bersekolah di sekolah Melayu yang serba serbi kekurangan. Salah seorang Ahli Lembaga Pengelola MCKK, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pernah menyatakan bahawa:-

“I do not like the idea of the children of rajas and chiefs sitting in school side by side with the children of people who were once our slaves” (Adnan Haji Nawang, 1994)

Zaman moden kini, kekangan daya berfikir ini bertukar wajah, ia bukan lagi soal siapa dapat pendidikan atau tidak, tetapi isu utamanya ialah sampai ke tahap mana seseorang itu dibenarkan berfikir. Lebih malang, sasarannya ialah mahasiswa.

Mengekang mahasiswa untuk dibenarkan hanya berfikir dalam satu warna/sudut sahaja adalah jenayah besar dalam dunia akademik. Ia ibarat mengiktiraf parasit kedunguan bertempek pada otak yang geliga. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Prof. Tariq Ramadhan sebagai minda dogmatik:-

The dogmatic mind displays, moreover, one further characteristic.  It would be a mistake to think that it accepts the existence of only one point of view: the dogmatic mind is a binary mind.  Whilst it states that its truth is the only truth, that its Way is exclusive and that its universal is the only universal, that is because it stipulates - at the same time - that anything that does not partake of that truth, that path and that universal is, at best, absolutely 'other' and, at worst, culpably mistaken” (The Quest of Meaning, 2010)

Untuk menjayakan minda dogmatik ini, projek pembodohan telah dibina, bukan baru bermula kini, tetapi ianya telah diamalkan zaman berzaman. Kita boleh lihat sendiri pada modul-modul BTN. Jika anda sendiri berkenan, bolehlah menghadirinya untuk merasai betapa nikmatnya ‘tamrin’ ini.

Saya tidak berada di UUM pada hari kejadian untuk menilai. Namun, pengakhiran program dengan ikrar yang dilihat berat sebelah dan kontroversi itu, membolehkan kita membuat sedikit penilaian tentang gambaran keseluruhan program. Anda nilailah sendiri!



Daya bertindak yang tinggi

Apa yang dilakukan oleh Cik Bawani merupakan sesuatu yang berani jika dibandingkan dengan tukang sorak dan tukang tepuk yang berada di sekelilingnya. Pembawaan dalil dan hujah yang dilihat berlawanan dengan pihak Presidan SW1M itu, menunjukkan anak gadis berbangsa India ini berani berdiri berbekalkan fakta dan bukan auta.

Saya kira, daya bertindak sebegini dirangsang oleh nilai penghujahan yang baik serta semangat keberanian yang jitu. Mewakili suara-suara rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi! ^_^

Tanpa menafikan bahawa Cik Bawani kelihatan agak emosi dalam pengucapan dan tindakannya, saya juga menafikan bahawa Cik Sharifah kononnya melayani soalan tersebut dengan profesional. Tindakan menarik mikrofon dan menyuruh beliau ‘listen,listen dan listen’ serta perbandingan permasalahan manusia dengan haiwan itu, sangatlah tidak profesional.

Oh ya...seperkara lagi, apabila menyamakan Malaysia dengan negara lain untuk tujuan perbandingan, maka saya perlu berpindah ke negara tersebut? *Garuk2 kepala, kene renew passport la nampaknya nih +_+ *

Jikalau perbandingan itu suatu keburukan semata, ketahuilah bahawa perbandingan pertumbuhan kemajuan Malaysia dengan negara lain merupakan cara yang paling relevan untuk mencapai Wawasan 2020? Bukankah Dasar Pandang ke Timur itu sebenarnya sebuah perbandingan juga?

P/S: Mood mengenang kembali zaman mahasiswa. Berbaloikah 5 tahun setengah itu jika sekadar meneguk ilmu ditepian silibus?

3 comments:

Amin Rukaini Mustafa said...

Saya tidak setuju dengan frasa 'pendidikan adalah percuma' semuanya.

Tetapi pendidikan itu ada kosnya. Kos kewangan, kos usaha, kos tenaga dan kos masa.

Kos kewangan, mungkin pendidikan itu percuma tetapi kesannya kepada peningkatan cukai kerajaan. Contoh. walaupun argentina negaranya percuma pendidikan, tetapi cukainya tetap tinggi dgn kadar inflasi yg sgt hebat. Maka ianya masih dikira tidak percuma.

Kedua,kos usaha. Pendidikan tidak percuma tanpa usaha. Orang yang malas dan lemah pasti sudah tentu ketinggalan dalam arena pendidikan. Mereka yang rajin dan kuat berusaha, sunnah kehidupannya pasti berjaya. Maka pendidikan bukan mampu dicapai secara percuma (senang-senang).

Berapa kerat yang sanggup menjadikan pendidikan satu pengorbanan usaha yang berterusan. tidak semua. Ia memerlukan pengorbanan tenaga dan penat lelah. Jika ilmuwan islam dahulu sanggup berjalan beribu2 batu untuk ilmu, adakah kita ingin kata ianya percuma? Sudah tentu tidak.

Berapa ramai yang sanggup korbankan masa untuk ilmu. Tidak semua. Masa itu tidak dijual bahkan lagiamat bernilai maknanya. Maka ianya tidak percuma.

Pergulungan, frasa percuma itu perlu didefinisikan pada hakikatnya. Perlu mengimbangi antara idealistik dan realistik. dan sudah pasti pendidikan itu ada kosnya. Ianya tidak percuma dan sesemudah itu. Kos itu bukan bererti wang ringgit dan biasiswa tetapi lebih dari itu.

Melangkaui dogmatic. just2cent.

Anonymous said...

Good job in intrepreting the dogmatic mindset, regardless education should always be at no cost not to make it worthless but to make sure that each and every human being have the rights to achieve their dreams. You cannot control the result but effort is always within your reach...

محمد حذوان بن حميدان said...

bilamana sesuatu cetusan pemikiran cuba disekat, biarkan ia mengalir namun pengaliran tersebut boleh diuruskan dengan bijak