Sunday, July 11, 2010

Kurangkan Perhubungan...Cepatkan Pernikahan

Sejak dibenarkan untuk menggunakan ‘Barqiya’ sepenuhnya bagi tujuan pengangkutan, jarang sekali saya pulang ke rumah dengan menaiki bas. Namun, dek kerana merasakan kepulangan kali ini hanya untuk dua hari sahaja, maka saya berkeputusan untuk menggunakan khidmat Bas Sani Express. Tambahan pula, tiada yang sudi untuk meneman perjalanan pulang saya jikalau menaiki kereta. Rasa keseorangan pula nanti =P


Bas dua tingkat itu tiba tepat pada masanya di Perhentian Bas Kuala Terengganu. Usai meletakkan beg di bahagian bawah, saya menaiki tingkat atas bas bagi mencari ‘single seat’ yang ditempah kelmarin. Sebaik sahaja punggung dilabuhkan, handphone pula berbunyi menandakan ada mesej masuk.


Sebaik dibuka, saya tersenyum kambing seorang diri. Mujur duduk single seat, kalau double, tentu orang di sebelah memikirkan saya ‘kurang waras’ senyum sorang-sorang di hadapan handphone. =)


Mana tidaknya, mesej sampai dari seorang sahabat lama yang dikenali sejak bangku sekolah lagi. Ditambah lagi dengan sebuah soalan unik secara tiba-tiba ditujukan kepada saya. Bunyinya lebih kurang begini:-


“Salam..rep..ak nk tnya ko sket ni…ape tanda seorang lelaki MUSLIM serius membina sebuah perhubungan dengan seorang perempuan MUSLIMAH?”


Saya mengeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum. Otak saya pula ligat memikirkan apakah skema jawapan yang hendak diberikan. Sejak bila pula saya punyai kepakaran mengenai hal-hal sebegini? Kahwin pun tak lagi =P


Jika ditanya apa tanda seorang PAKWE serius membina perhubungan dengan seorang MAKWE, makanya saya akan terus berkeputusan untuk tidak membalasnya, kerana saya sendiri tidak tahu apakah jawapannya. Kerana saya sendiri tidak yakin sama sekali adanya KESERIUSAN dalam perhubungan yang mereka bina itu.


Namun, soalan yang dilontarkan ialah lelaki MUSLIM dengan perempuan MUSLIMAH. Menunjukkan masing-masing punyai iltizam untuk membina hubungan berdasarkan syara’, bedasarkan kadar pemahaman masing-masing terhadap ISLAM. Sebuah anggapan yang saya kira berasas, memandangkan ianya diambil kira juga dari sudut peribadi sahabat saya itu. Alhamdulillah…beliau yang saya kenali…ISTIQAMAH dengan ISLAMNYA.


Jari jemari saya menari-nari di atas permukaan papan kekunci QWERTY sambil membuang pandangan ke luar bas. Apa yang ada hanyalah kepekatan gelapnya malam, suasana ini langsung tidak membantu bagi menjana otak saya memikirkan jawapan bagi persoalan ini.


Lalu saya mula menaip…


“Ape yg bersandar pd sebuah perhubungan sebelum pernikahn itu hanyalah CINTA semata-mata, tp pd sebuah ikatan penikahan itu ada padanya CINTA dan TANGGUNGJAWAB. Jd, jika MUSLIM itu benar-benar serius dgn seorang MUSLIMAH, die ptt bersedia utk TANGGUNGJAWAB itu, bukan skadar cinta semata-mata. Sblm pernikahn, dia akan MENGURANGKN PERHUBUNGN dan CUBA MEMPERCEPATKN sebuah ikatan yg sah di sisi syara’. MUJAHADAH menjaga sebuah perhubungan itu tanda kesediaan utk menampung sebuah tanggungjawab pernikahan.”


(Maaf, saya mengekalkan ejaan sms untuk keaslian mesej)


Kredit untuk Ustaz Hasrizal kerana menghasilkan sebuah buku yang sengaja saya nukilkan sedikit konsep darinya untuk ditaip kedalam ruangan mesej itu tadi. Saya kira, ikon seperti ini sudah diketahui umum kepakarannya mengenai cinta di khalayak ramai. Walaupun pendek, namun saya kira sampai maksudnya.


Ikhtilat Sebelum Nikah


Ikhtilat (perhubungan) adalah sesuatu yang agak sukar untuk dibendung. Lebih-lebih lagi dalam dunia globalisasi tanpa perbatasan ini, segala jenis alat komunikasi membolehkan kita berhubung dengan mudah. Serba sedikit ianya membantu penyuburan maksiat di sisi mereka yang JAHIL, hanya memanfaatkan akan keburukannya. Malah, saya sendiri akui, terkadang ketika berurusan dengan berlainan jantina, saya terlanggar batas yang sepatutnya. Berbual, bergelak tawa atau bergurau berlebih-lebihan. Hanya Istighfar yang beruntai di bibir tatkala hati memberi signal kepada otak bahawasanya ini HARAM!


Pengalaman berada lebih kurang sebulan menuntut di Darul Quran menceritakan bagaimana penjagaan ikhtilat itu dijaga rapi melindungi para Huffaz Al-Quran ini. Suatu ketika, saya terlihat seorang Muslimin berurusan dengan dua orang Muslimat di sebuah tempat khas yang terbuka serta bertabirkan langsir. Yang kedengaran hanyalah suara berbincang mengenai perkara yang diperlukan. Ianya adalah sesuatu yang sangat janggal bagi anak jati Kuala Lumpur seperti saya yang rutinnya ‘melihat’ secara ‘live’ bagaimana kerosakan dan kebebasan sosial menjadi semakin sadis martabatnya.


Itu cebisan pengalaman lama yang masih tersisip kemas di ingatan empat tahun dahulu, sebelum saya mengambil keputusan untuk berpindah ke IPG k DRI. Memberitahu kepada saya masih wujud lagi alam institut pengajian tinggi di Malaysia ini yang masih tegar memelihara sunnah komunikasi yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w buat kita. Lain benar keadaannya, di sini…di Insititut Perguruan kampus Dato’ Razali Ismail ini. Perhubungan itu dibuka seadanya, membiarkan pelajar menilai sendiri apakah ‘haya’ (malu) itu masih bertakung di jiwa atau sudah luput ditelan nafsu. Bagi yang kuat, Alhamdulillah, mereka mengharunginya dengan baik, namun ramai juga yang kecundang dengan tuntutan nafsu, menuntut agar diabaikan sahaja komunikasi kolot seperti ini.


Seorang MUSLIM yang baik itu seharusnya tahu dan sedar bahawa, perhubungan yang dibina bersama dengan seorang MUSLIMAH itu adalah salah satu lubang halus yang boleh menjerumuskan mereka berdua ke lembah kemaksiatan. Andai tidak ditadbir dengan baik berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, maka mereka akan tergolong bersama mereka yang dilaknat oleh Allah s.w.t dalam firmannya. Matlamatnya sangat TEPAT, menuju gerbang perkahwinan di bawah naungan keredhaan Allah s.w.t. Tetapi kaedahnya? Masih ramai yang KABUR, menjadikan jalannya itu tidak JELAS.


Jesteru, perbanyakkan bacaan dan kerapkan bertanya kepada mereka yang tahu dan mampu. Saya tidak berniat untuk mengulas panjang satu persatu mengenai etika perhubungan sebenar antara MUSLIM dan MUSLIMAH yang bukan mahram serta perbatasannya. Semuanya anda boleh rujuk sendiri dengan mudah dengan menaip perkataan ‘IKHTILAT’ di ruangan carian Google. =)


Ingatlah, andainya anda membuka seluas-luasnya urusan ikhtilat ini bersama pasangan anda, maka secara tidak langsung anda telah mendedahkan diri kepada FITNAH yang bisa mengundang amarah Allah s.w.t. Pesan saya, bezakan sendiri antara KEPERLUAN dan KEHENDAK dalam komunikasi bersama pasangan. Jika ianya KEPERLUAN, maka turutilah sekadarnya dalam keadaan SEDAR dan punyai IMAN di JIWA. Namun jika ianya KEHENDAK, maka berhati-hatilah, rungsing kedua-duanya TIDAK SEDAR lalu terbukalah apa yang sepatutnya dihijabkan antara mereka. Tatkala itu, hilanglah haya’ (malu) yang seharusnya mendasari perhubungan mereka.



Tanggungjawab bernama NIKAH


Ya…bukan mudah menanggung MUJAHADAH CINTA ini. Kita bukan pasangan PAKWE dan MAKWE yang melata melakukan kemaksiatan seperti yang anda lihat hari ini. Kita adalah DAIE! Sudah tentu gaya perhubungan kita bertentangan dengan mereka. Jika tidak…apa bezanya kita dengan mereka?


Panahan cinta itu bukan sebarangan panah, ianya panah alami yang menuntut kehendak fitrah. Bukan 1-2 kes yang boleh kita lihat, para daie yang kecundang dengan dunia per ‘couple’ an ini dan akhirnya futur (tercicir) jauh…semakin jauh…


Saya akui…tempoh sebelum pernikahan itu sangat mencabar untuk ditempuh oleh kedua-dua pihak. Bukan sekadar cakap kosong. PENGALAMAN itu pernah menjadi guru saya, kini…ia masih lagi seorang guru yang tegar.


Justeru, seruan saya, CEPATkan PERNIKAHAN.Pernikahan itu bersamanya dua perkara iaitu TANGGUNGJAWAB dan CINTA. Kedua-duanya punyai peranan yang sama besar, sama penting. Cinta tanpa tanggungjawab itu BUTA, dan TANGGUNGJAWAB tanpa CINTA pula adalah PAKSA. Boleh jadi ianya berjalan berseiringan, dan boleh jadi ianya tidak seimbang. Lumrah jika salah satunya itu berkurangan a.k.a senget sebelah. Ia akan menampung antara satu sama lain andai berlakunya ketirisan salah satu daripadanya. Namun, ianya jadi bahaya apabila salah satu daripadanya HILANG dan GHAIB! Sungguh...cacat pernikahan itu biarpun tanpa salah satu daripadanya.


Tanggungjawab dan Cinta, kedua-duanya memerlukan PERSIAPAN rapi, siap dan siaga dalam segala aspek. Pertimbangkanlah tempoh yang secukupnya bagi diri anda menerima kedua-duanya dengan ikhlas dan jujur. Bukan kerana paksa..dan terpaksa RELA. Isikanlah diri dengan ILMU dan KEMAHIRAN yang sewajarnya. Bayangkanlah seekor ketam yang berjalan bengkok, mampukah mengajar anaknya berjalan lurus? Anda adalah MUJAHID! Bakal melahirkan anak kecil yang berpotensi untuk menyambung perjuangan MUJAHID seperti anda. Mana mungkin itu akan terlaksana jika anda sendiri masih longlai ilmunya mengenai ilmu kekeluargaan?


Ingin saya tekankan, CEPATKAN PERNIKAHAN itu, bukan sekadar tin kosong, bunyinya kencang, namun isinya tiada. Kayu ukur kesediaan dan persiapan itu anda sendiri yang tentukan. Siapa, bila dan dimana.


Namun, andai ada kesulitan untuk mempercepatkannya…gunakan sahaja tips ini:-


Kurangkan seminimum mungkin perhubungan anda bersama pasangan, berkomunikasi hanya bila perlu, sibukkan diri dengan usaha mempercepatkan pernikahan itu. Insya Allah…anda tidak akan sedar masa itu berlalu dengan pantas~ Bukan sedikit…nilai MUJAHADAH anda ini balasannya adalah SYURGA!


BERSEDIAKAH ANDA?


Wallahu ‘alam.

12 comments:

Amin Rukaini Mustafa said...

Berguna lagi bermanfaat, syuran ya akhi. :) selalu mgnikuti perkembangan blog ni. menarik.

Akhi, bila mau tamatkan zaman bujang? (soklan yg tak patut dijawab, bersifat retoris; sekadar humoris)
^_^

Tinta Al-Murabbi said...

Afwan..Alhamdulillah..sgala ilmu dtg drpdNYA, ana sekadar wasilah yg biasa2 shj (^_^)

oh tidak~ anda juga menanyakan soalan yg sama..bosan oh bosan..

insya Allah..sdg mengumpul duit~ kalo ada rezeki dan jodohnya...adalah~ hee~ =P

Atikah Nur Dzulkhefli said...

kurangkan kontroversi,tingkatkan pencapaian..hhehe

saye ade bace...bykkan puase untuk kurangkan perkara2 lagha..

tu cdngn saye..

:))

Tinta Al-Murabbi said...

to ika:-

ehem2~ eh..anda juga komen dicni..hmmm~ musykil2.. =P

yup2..puasa itu sgt berkesan..tp kte kne paham tujuan utama puasa yg dimaksudkan nabi dlm hadis itu~

sila rujuk artikel yg bagus ini:-

http://saifulislam.com/?p=6668

adikku~ ini ibrah dari sisi pandang lain utk ibadah puasa yg dah kte buat bertahun2 lama2nya~ ^_^

IkHwAnUl mUsLiMiN said...

Assalamualaikum wbth..

satu artikel yg menarik sahabat ku..namun, pada saye tidak salah bertanyakan soalan itu kerana dengan tujuan yang serius dan betul.. lagi pun sahabat ana ni dah masuk 22 dan x lama lg nak abis belajar dah.. soal masa depan rumah tangga bukan untuk difikirkan pada masa kita mula bekerja, tetapi dr sekarang segala perancangan perlu disenRAI kan..

xpe rep, jangan kecewa disebabkan yang lepas.. :P

Baihaqi Sensei said...

Salam... entri yg menarik....

Pernikahan kini mmg agak sukar untuk dilakukan oleh golongan muda... Puncanya ialah masalah kewangan krn kos perbelanjaan perkahwinan itu amat tinggi...

Puncanya ibu bapa meletakkan hantaran yang tinggi terhadap anak perempuan mereka. kalau degree mahal sikit....

Keadaan ini seakan menjadi kebiasaan untuk berbangga-bangga dengan hantaran perkahwinan sehingga menyimpang dari matlamat sebenar munakahat.

satu lagi.... Mind set bahawa xblh menikah ketika belajar... Mesti tunggu habis blajar dulu baru kahwin sedangkan mempercepatkan perkahwinan itu lebih baik dalam situasi masa kini yg penuh dengan gelombang biru....

محمد حذوان بن حميدان said...

sisi pndang yg pnuh bertenaga dan penghujahan yg kuat..moga ia dpt mmbuka mta hati msyarakat.. (^_^)

Tinta Al-Murabbi said...

to ikhwanul:-

wah..komen mahal drpd mantan NYDP UMP..sgt dialu2kan~ segan ana, org mantop cm nta ni bc blog ana =P

yelah2..ana sdg fikir la ni~ haish...tnya la private sket..sogan la den..hoho syeikh..nta nk kawen ble plk?

to Baihaqi:-

yup..sy stuju sgt dgn saudara baihaqi~ xmengapa..mind set tu perlukan masa utk berubah. Kitalah agen perubahnya ye tak? ha..kawen qi..kawen..hoho

to hazwan:-

sisi pndg dr manusia yg DHOIF, ilham dr Allah yg maha mulia..Syukran akhi =)

Ukhi Izzah said...

syukran arip atas perkongsian yang bermakna...

setuju sangat3x...
agak kecewa dengan rakan2 yg ber"couple" sblm kawen ni walaupun masing2 tahu hukum hakam agama...

sungguh pun alasan mereka akhirnya berjaya melangkah ke alam perkahwinan setelah 5 thn bercinta,namun yg pastinya perkahwinan itu terbina atas dasar maksiat...

moga2 ALLAH bukakan pintu hati mereka ke jln yg benar dan kuatkan hati kita untuk teruskan perjuangan ini..insyaallah..

Tinta Al-Murabbi said...

to ukhi izzah:-

yup~ kecewa kan?bleh bayang tak dia menghabiskan 5 tahun dr masa mudanya hanya dgn ber'msg'2an dan bergayut2an..

agak2..apa dia nk jawap bila Allah s.w.t tnya sok:-

'Apa yg kamu lakukan dgn masa muda kamu?' =)

Pesanan utk diri sndiri juga~

Hafriz Mohamad said...

Salam...

Hati ingin benar berubah, kmbali ke zaman yg pnuh dgn kkuatan. Kkuatan utk mnjadi mujahid sejati. Sama2 brsatu dlm jemaah.

tp bratnya ya Allah...
bila dh jd mcm ni..ingin bnar Syariat dilaksanakan. Tp, beribu halangan d hdpn. keluarga dh stuju, mslh laen plak dtg. Kenapa ea..?
Wktu pjam mata, sgalanya trbayang. Jeleznya ble tgok ikhwan lain dh bkeluarga. Allahurabbi...

cmne la nk tinggalkn smua ni?...diri plak mkin hari makin hanyut. Baru je nk bangun utk brjuang, dah rebah balik...=(
Iman mkin lemah, amal mkin brkurang.

~Yg mnanggung beban.

Tinta Al-Murabbi said...

to Hafriz:-

HATI yang ada padanya MAHU sahaja tidak dapat melakukan apa2 perubahan melainkan ianya disertai dengan MAMPU!

Justeru, MAMPU itu hanya dpt dicapai dahulu dgn kembali memperbykkan ibadah kpdNYA. Sedar kembali apa tujuan beribadah.

Akhi, kalau lah SYURGA itu mudah utk mencapainya, tentulah ramai penghuninya disana.Tp hakikatnya MUJAHADAH untuk ke syurga itu dikelilingi oleh PERKARA yg TAK disukai nafsu. Sbb itu ianya MUJAHADAH!

Sekadar tempelan dr pemikiran sy yg biasa2~ =) Syukran sudi bertandang~