Wednesday, July 1, 2009

Pandangan Manusia VS Pandangan Allah s.w.t

24 Jun 2009

“Rip, hang boleh sampaikan kuliah maghrib masa program Bina Insan Guru nanti tak?” pinta Wafiy. Dalam program anak angkat semester ini, dia ditaklifkan sebagai Ketua Kerohanian.

Hampir tersedak Mee Hoon yang sedang saya kunyah ketika itu. “Aiseh..xdak orang lain ke? Asyik aku je..” luah di hati, tapi bisu di bibir.

“Hari apa?Di Mana?” tak sanggup rasanya menolak pelawaan seorang sahabat. Biarlah, mungkin ini peluangku untuk berjasa kepada penduduk kampung.

“Hari Jumaat, di Masjid Kg. Kasar..Boleh kan?” tanya Wafiy lagi.

“Hmm..kalau camtu, aku kena tolak tawaran M.C malam forum bicara pemimpin tula.” Ujar saya.

Selepas membuat panggilan kepada saudara Ridzwan bagi memberitahu pembatalan tersebut, saya terus bersetuju untuk pelawaan kuliah Maghrib itu.

25 Jun 2009

Malam bacaan Yassin dan Tahlil, Masjid Kampung Kasar, suatu halaqah besar dapat dilihat. Rata-ratanya dipenuhi oleh peserta BIG (program anak angkat).

“Rip, bile nak potong rambut tu? Dengan kopiah kau ni, dah macam ustaz Akhil Hayy dah nampaknya” tegur Syadid seusai bacaan tahlil.

“Hehe..mana ada, ustaz Akhil Hayy tu lagi panjang..standardlah ni.” Ujar saya mempertahankan diri.

“Jadi ke Kuliah Maghrib sok? Aku tanya orang kampung, diorang kata esok malam selalu ada ustaz yang bagi kuliah.” Ujar Syadid.

“La..betul ke? Bagus jugak kalau macam tu hehe..Lego hati den..” saya menyatakan kelegaan.

26 Jun 2009

Selesai solat Subuh, saya dan ‘adik-adik’ angkat yang lain bersarapan bersama Abah angkat kami, Haji Ramli.

Entah mengapa, saya seakan tidak berpuas hati dengan kenyataan Syadid semalam, sengaja saya tanyakan soalan kepada abah yang juga Bilal Masjid Kg. Kasar.

“Pok, malam ni ada ustaz kan yang mengajar kuliah Maghrib di Masjid?”

“ Selalu memang ada, tapi kita dah telepon ke dia, sebab ada program anak angkat ni, jadi dia dok mari la..” balas abah.

Terkejut saya jadinya! Macam chipsmore! Sekejap ada, sekejap tiada! Sudahla…adeyh~. Terus saya mencapai buku Telaga Budi, karangan Tuan Guru Nik Aziz untuk dicari beberapa ‘point’ penting untuk menjadi ‘teman’ kuliah Maghrib malam ini.

Sekitar 7.00 malam, dengan kaki yang belum sembuh sepenuhnya, terhencut-hencut saya berjalan kaki menuju masjid. Amanah tetap amanah. Janji tetap janji! Selagi terdaya saya akan penuhinya andai tiada aral yang melintang. Selesai wirid solat Maghrib, satu lagi ‘Chipsmore’ yang terjadi! Masjid yang semalamnya penuh dengan peserta BIG, hanya tinggal beberapa orang-orang tua kampung yang termasuk beberapa orang tutor kami. Kira-kira 9 orang kesemuanya, itu muslimin, yang muslimat saya tidak tahu.



Kecewa? Tidak! Soal kehadiran ini, juga soal hidayah yang Allah s.w.t turunkan kepada hati manusia. Walau segagah mana sekalipun tubuh seseorang Muslim itu, tapi andai tidak diberikan Allah s.w.t, hidayah untuk hadir, maka siapa lagi yang punya kuasa untuk menggerakkan batang tubuh itu? Saya sendiri akui, ada di kalangan kami yang rumahnya jauh dari Masjid. Malah ada di kalangan keluarga tidak mempunyai sebarang kenderaan sekalipun. Maka, atas masyaqqah itu, saya tidak menyalahkan mana-mana pihak sekalipun. Bersangka baik adalah senjata terbaik bukan bagi mengelakkan perasaan mazmumah iaitu syak wasangka menguasai diri?

Alhamdulillah, kuliah Maghrib itu berjalan dengan lancar dengan izin Allah s.w.t. Saya banyak menekankan mengenai kepentingan ukhwah, perbezaan pandangan manusia dengan pandangan Allah s.w.t. Saya cuba menyampaikan kepada pendengar mengenai peri penting kita mengejar pandangan Allah s.w.t berbanding kita mengejar pandangan manusia. Manusia hari ini banyak yang hanyut ketika berlumba-lumba berenang mengejar material duniawi. Bagi mereka, mengumpul sebanyak mungkin material itu, akan memartabatkan darjat mereka pada sisi pandangan manusia.

Persaudaraan pada pandangan manusia tidak lebih dari hubungan darah daging semata-mata. Hanya kasih pada yang bertalian darah. Lupa bahawa kita semua berasal dari Adam dan Hawa yang sama! Namun, pada pandangan Allah s.w.t, persaudaraan itu diluaskan lagi di atas satu tunjang aqidah dan matlamat yang sama. Kita berukhwah kerana Allah s.w.t, dan kita berpisah jua kerana Allah s.w.t. Itulah ukhwah Islamiyyah. Pada pandangan manusia mereka mulia kerana darjat, pangkat dan harta, tapi disisi Allah s.w.t, muslim itu mulia kerana ketaqwaannya.


Sengaja saya simpulkan kuliah saya dengan petikan kata-kata Tok Guru:-

‘Sebagaimana tubuh atas dunia ini berkehendak kepada makan dan minum, maka roh juga berkehendak kepada makan minum. Untuk makan dan minum di dunia ini kita terpaksa menggunakan duit untuk membeli beras, petrol, bayar sewa rumah dan lain-lain. Tapi duit tidak lagi laku bila sahaja kita masuk ke dalam kubur. Duit Ringgit, Dollar Amerika, Jongkong Emas pun tak laku. Yang laku hanyalah pahala!’

Mudah bukan konsep mata wang ini? Kalau di dunia, kita berkira-kira untuk menyediakan wang bagi memenuhi keperluan hidup. Tapi adakah kita pernah berkira-kira berapa banyak pahala untuk memenuhi Mizan Allah s.w.t untuk ke syurga? Ingat! Kalau di dunia, duit bertimbun-timbun itu dapat menyelamatkan kita dari sebarang kecelakaan dan bala, namun di akhirat kelak cubalah hulurkan duit itu sebagai tukar ganti kepada syurga. Nilainya? Entah..mungkin anda boleh fikirkan untuk saya?

Titik tolak kebijaksanaan manusia ialah bagaimana dia menggunakan material dunia itu untuk mencapai Redha Allah s.w.t, bagaimana dia berhubung sesama manusia untuk mengeratkan lagi perhubungannya dengan Allah s.w.t. Kan saya sudah beritahu, bijakSANA! Jangan sekadar bijakSINI. Silalah mengambil berat dengan tempat jatuh pandangan Allah s.w.t itu…

P/S:- Dialog-dialog diatas adalah antara set Induksi yang paling panjang pernah saya tulis!Maaf jika ia sedikit mengarut =)

:-27 Jun 2009?Oh..sengaja tidak disenaraikan, terlalu banyak yang bersifat peribadi (^_^)



10 comments:

budak sekolah said...

Salam...

satu -
merungut dalam hati!! hahaha[kantoi!!]. Tapi xpe, dari situ, kita akan belajar untuk selalu tajdid niat kita. =p

dua -
jangan kerap sangat sebut pasal makanan dalam blog.[letak gambar siap~] Ade budak tu, terliur rindukan makanan Malaysia!!!

tiga -
[]menggunakan material dunia itu untuk mencapai Redha Allah s.w.t[]
Orang selalu kata, harta tak bawa ke mana. Tapi sebenarnya, kalau kita salurkan ke jalan yang betul, boleh untung besar saham akhirat kita!!!

empat - satu permintaan buat penulis : Bagi memudahkan para pembaca untuk memahami sesuatu artikel,memandangkan bukan semua pembaca blog ini fasih berbahasa da'wah [bahasa Arab] seperti saya, maka dengan ini, memohon sekiranya penulis menyertakan bersama maksud perkataan yang digunakan dalam mana-mana artikel penulis.
sekian. Terima kasih~
[serius! link ini buktinya!! =p ]
http://cikhijau.blogspot.com/2009/06/dakwah-atau-tunjuk-hebat.html

enam - sekali sekala membebel kat blog orang pun macam best juga yer~

alem said...

btul..cukup untk kita sndiri renung jauh kedepan beda antara pndangan manusia dan pandangan Allah.pasti kita akn temui jwapannya..

Tinta Al-Murabbi said...

to budak sekolah:-

1.hehe..rungutan kerana melihat peluang itu untuk org lain, asyk menghrp seseorg, abes ble kte ltak hrapan pd diri sndiri kan?huhu (ckp jela mls act~ keh3x)

2.Makanan?aiseh..chipsmore xde ke kt mesir??

3.Btol2x..kne pndi men saham~ huhu

4.Oh..asif..terlalu asyik menghadam fakta smpi terlupa kertelanjuran bahasa~

Tinta Al-Murabbi said...

to alem:-

jika bicara soal masa depan, igtlah masa depan itu sampai ke akhirat, bukan sekadar cita2 didunia~~

budak sekolah said...

satu-
betul2...biasanya, bila orang dah nampak bakat kat seseorang tuh, ha, berzaman la duk minta tolong orang tu je. Sedangkan ramai lagi orang lain yang berbakat cuma tak dicungkil je.

Faham je, ni bukan kes merungut. cuma sekali sekala kita pun nak la juga tengok muka pelapis yang lain kan~ =p
[poyos saja~]

dua-
chipsmore?? ade kot. tapi bese la kalau makanan import ni mesti mahal!! meggi made in Malaysia pun hampir 4genih tahu~ tapi kalau ade la choki2 kat sini, memang dah lama kena rembat!!!

محمد حذوان بن حميدان said...

smoga stiap amln kte sntiase dlm pndgn ALLAH..

Baihaqi Sensei said...

Assalamualaikum...

Wah! Rancaknya tinta Al-Murabbi berdialog dengan budak sekolah ye... Nie nk berborak ke nk komen artikel arip ni??? hehehe...

Xpe... Pandangan manusia, borak senda gurauan... pada pandangan Allah, Ukhwafillah...

Maaflah kerana agak lama menyepi dari arena blog... ada sedikit ujian peribadi yang puncanya dari blog juga... Tp Alhamdulillah, semuanya dpt dilalui dengan Izin Allah.

Apepn, respon saya untuk artikel ni, kita sama2 jadi broker saham akhirat... Xpyh pening nk main saham kat bursa Malaysia atau wall street... Saham Mizan lagi untung... Kan? Kan?


Kepada buak sekolah: Arip ni budak nakal... hehhehe

Kepada tinta al-murabbi: Jangan buat muka garang sgt masa bagi tazkirah.. hehehe..

Baihaqi Sensei said...

Kenape comment kena approve?

Tinta Al-Murabbi said...

to baihaqi sensei

tahniah kerana berjaya mengharungi ujian itu..ambil iktibar~ kte same2 manusia..kan?

btol3x..wall street n bursa saham pon tgh jatuh teruk skang ni..hmmm?

erk~ oi2x..nakal???garang???menyampaikan mengenai hukum dan bala bencana yg Allah s.w.t bakal turunkn pd mrk yg ingkar..kne gelak n senyum ke?huhu

approve?oh..sy menapis apa2 komen yg dianggap kurng sesuai utk keluar~

budak sekolah said...

to Baihaqi sensei:
hehe..saya kenal dia lebih dari nakal~ ;)