Friday, January 8, 2010

Kita Merancang, Allah s.w.t menentukan

“ Ana…pada asalnya sangat-sangat menolak untuk menerima taklifan ini, melainkan entum semua ada alasan yang sangat kukuh untuk melantik ana.” Ada getar dalam nada suara saya. Masakan tidak, jawatan itu merupakan suatu jawatan yang tidak pernah sekalipun saya memikirkan tentangnya.


Suasana sepi seketika…mungkin mereka sendiri tidak menjangkakan saya akan menolak jawatan tersebut.


“ Enta kena faham, adik-adik kita masih belum bersedia sepenuhnya untuk memegang jawatan penting ni…lagipun kita sudah berada di tahun 3 pengajian, kalau diikutkan memang semester ini ‘batch’ kita patut memegang jawatan tersebut.” kata seorang ukhti.


“ Ana sendiri pun, kalau diikutkan mana pernah bersedia sewaktu mula-mula dahulu memegang jawatan ini, tapi kita belajar sambil mengurus tanggungjawab. Kalau nak diikutkan sibuk, semua orang pun sibuk…” tambah sang pengerusi.


“ Enta bukan kerja sorang-sorang, arep…enta ada kami, kita buat kerja sama-sama, yang mana kurang kita tampung sama-sama, saudara pengerusi pun akan ‘back – up’ apa yang kurang…enta jangan risau…” muncul suara lain pula mengukuhkan hujah.


“ Boleh diterima ke ana ni? Ke hulu ke hilir pun dengan jeans lagi...gelak kuat-kuat sampai nak pecah perut…ikhtilat pun kadang-kadang tak terurus…figure macam ana ni boleh ke dijadikan contoh untuk adik-adik?” tulus saya zahirkan dari hati. Jangan biar ada fitnah yang mengatakan saya ‘lari’ sebelum berperang.


Dialog terhenti seketika..petang itu agak suram warnanya…


Saya menghela nafas panjang…lalu berkata, “Camnilah…bagi ana masa, ana nak istikharah. Apa-apa keputusan pun selepas masa itu. Entum pun doalah sama-sama supaya Allah s.w.t bagi petunjuk yang terbaik.”


MESYUARAT BERSURAI…


Nah..inilah ujian kedua yang Allah s.w.t turunkan pada saya, tidak sampai seminggu pun selesai daripada menunaikan fardhu Haji. Gundah hati ini dibuatnya, resah jiwa ini memikirkannya. Ya, saya mungkin pulang dengan fikrah yang segar, tetapi saya rasakan belum cukup segar untuk menerima taklifan sebesar itu. Kiri dan kanan terasa bebanannya. DEMI ALLAH S.W.T, andai situasi ini tidak mendesak sebegini rupa dan wujud calon-calon lain yang lebih layak daripada saya, sudah pun saya tolak jawatan tersebut mentah-mentah.


Sungguh, saya bukanlan jenis manusia yang menolak jawatan/kerja, kerana saya tahu dimana keperluan diri ini di sisi insan lain dan dimana tanggungjawab diri kepada masyarakat kini yang semakin ampuh benteng imannya. Hebat? Jauh sekali…saya hanyalah seorang hamba yang mengharapkan keredhaanNYA. Tidak pelik bukan? Jika redhaNYA itu memerlukan kita untuk popular demi memancing perhatian mad’u terhadap ISLAM, maka kita perlu bersedia untuk popular. Sebaliknya, jika redhaNYA itu memerlukan kita tunduk berkerja sebagai ‘orang biasa’ di belakang tabir gerak kerja, maka itu juga yang perlu kita laksanakan. Hakikatnya, gerak kerja dakwah ini sangat-sangat fleksibel dengan kemampuan seseorang kerana kita berkerja secara berjemaah. Masing-masing punyai bakat dan kemampuan tersendiri yang Allah s.w.t kurniakan.


Namun, kemampuan itu BUKAN minat! Sesetengah dari kita memberi alasan ‘TIDAK MAMPU’ semata-mata kerana bidang kerja yang diberikan kepadanya itu tidak diMINATI. Apabila meningkat dewasa, dan tanggungjawab semakin mendesak, maka MINAT bukan lagi faktor utama untuk kita mengelak sesuatu taklifan yang diamanahkan kepada kita, kerana perkara TAKLIFAN itu datangnya dari KEPERLUAN jemaah@masyarakat berbanding KEHENDAK diri individu dan ketika ini sifat ANANIYYAH (keAKUan) itu perlu dibuang.


Lain ceritanya dengan tawaran taklifan ini, ianya sangat-sangat signifikan dengan perkataan KREDIBILITI dan KETERAMPILAN. Sesiapa jua yang mengenali saya, pasti tidak akan terlepas dari menafsirkan diri ini sebagai lucu, ketawa, kasar dan ‘rock’. Saya bukanlah seorang ‘USTAZ’ yang sentiasa mengenakan ‘baju melayu cekak musang’ serta berkopiah untuk kemana-mana, namun saya lebih selesa mengenakan ‘baju t-shirt polo’ dipadankan bersama sehelai seluar jeans sahaja. Kepada mereka-mereka yang agak ‘extremist’ dalam menterjemahkan perkataan ‘USTAZ’ itu, maka mereka dengan senangnya akan melabelkan saya sebagai ‘ustaz tak amal SUNNAH’. Biarlah…saya tidak mahu membahaskan ia secara terperinci dalam entri ini.


Saya melangkah ke tahun 2010 ini bersama dua agenda baru, yang mana salah satu darinya telah pun berkubur. Tetapi, saya sama sekali tidak menyangka Allah s.w.t telah menggantikannya dengan suatu agenda lain yang lebih penting namun sangat berat untuk menanggungnya, perancangan manusia itu tidak akan pernah sempurna bukan? Perancangan Allah s.w.t untuk kita kadang-kadang menguji kekentalan aqal dan keseimbangan emosi untuk terus diperjuangkan.



Tarbiyyah Rabbani dan Tarbiyyah Manhaji


Apabila saya mengajukan perkara ini kepada Saudara Amin, sedikit bicaranya benar-benar menambat diri bagi menghilangkan rasa resah di hati. Katanya:-


“ Arep…Allah s.w.t nak mendidik kita ada pelbagai cara…kadang-kadang Allah s.w.t sengaja mematikan orang yang kita cintai/sayangi dengan tujuan untuk mentarbiyyah diri kita, itu dipanggil Tarbiyyah Rabbani. Enta pun, baru balik dari menjadi tetamu Allah s.w.t, boleh dikatakan itupun sebahagian daripada Tarbiyyah Rabbani.”


“ Ada juga manusia yang didik dengan Tarbiyyah Manhaji. Iaitu tarbiyyah yang disusun secara sistematik oleh pihak tertentu dengan menggunakan pelbagai method tertentu. Contoh, usrah, tamrin, dan lain-lain” hurai Amin.


“ Enta sekarang mengalami kedua-dua tarbiyyah, taklifan itu datang dalam keadaan yang enta sendiri tak sangka-sangka. Itu Tarabiyyah Rabbani yang mengkehendaki enta menaiki tangga tingkat kehidupan bagi mematangkan diri, semakin kita dewasa bermakna tanggungjawab kita juga semakin besar. Tarbiyyah Manhaji itu terletak semasa enta mempelajari ilmu kepimpinan serta latihan secara sistematik semasa inilah keTIDAKSEDIAan enta tu bertukar menjadi BERSEDIA” ‘bebelan’ ini benar-benar melekat di kepala.


Saya diam…diam…dan…diam…memikirkan rasional dalam nasihat demi nasihat yang diterima. Sungguh, bermula sejak pulang ke Malaysia, saya menjadi sedikit pendiam dek kerana banyaknya berfikir. Sehinggakan pemikiran saya itu membuatkan saya seringkali melemparkan renungan kosong a.k.a termenung. Jangan risau! Saya masih WARAS =)


Sayyidul Istighfar

“ Ya Allah s.w.t, Engkau ialah Rabb-ku, tiada ilah (yang berhak diibadahi) selain Engkau. Engkaulah yang telah menciptakanku, dan aku ilah hambaMU. Aku sentiasa berada di atas janji kepadaMU dan (meyakini) janjiMU, sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepadaMU dari keburukan amal yang aku lakukan. Aku mengakui segala nikmatMU yang Engkau berikan kepadaku, dan aku juga akui dosa-dosaku. Maka, ampunilah aku kerana tiada siapa yang bisa mengampuni dosa-dosa selain Engkau “

(Hadis Riwayat Muslim)


P/S: Saya bakal menempuh peperiksaan pertengahan bulan ni..Insya Allah..mohon di doakan kejayaan insan kerdil ini (^_^)

3 comments:

محمد حذوان بن حميدان said...

semoga ALLAH sentiase memberikan kemudahan kpdmu..amin

b.s said...

bittaufeeq wannajah fil imtihan..
[walaupun jawab sorang2, tp doa2 dr kitorng semua akan temankan~]

Moga dalam setiap ujian itu ada nusrah Allah mengiringi...

Tinta Al-Murabbi said...

to Hazwan:-

Syukran ya akh..sdg berguling2 di dalam lautan di antara kepeningan study utk sem lepas dgn meneriman lecture utk sem ini! =P