Friday, May 14, 2010

Ini Ceritera Layang-Layang

Gembira benar rasanya hati ini apabila Umi menyatakan hajatnya untuk menziarahi saya di sini (Terengganu). Datangnya ditemani oleh kakak saya, Along. Seingat saya, Umi pernah datang ke sini kira-kira dua tahun lepas. Itupun tidak banyak masa yang dapat kami lapangkan bersama ketika itu kerana lawatan itu bukanlah sebuah percutian, sebaliknya Umi ditugaskan untuk menghadiri sebuah kursus.


Sebelum itu, satu-satunya ahli keluarga yang pernah sampai ke tempat pengajian saya ini adalah arwah Abah. Ketika itu, beliau masih lagi dalam rawatan Kimoterapi, namun sanggup menggagahi diri untuk menghantar saya bagi mendaftarkan diri di IPGKDRI ini. Saya sangat terharu setiap kali terkenangkan memori ini, arwah Abah adalah antara faktor besar yang menyebabkan diri ini sangat tegar untuk menjadi seorang USTAZ. Itulah harapan yang pernah beliau beritahu suatu ketika dahulu, ketika saya masih muda dan tersangat mentah. Sungguh…saya sangat merinduinya… (+_+)


Alhamdulillah, Umi dan Along tiba di stesen bas MPKT jam 10.00 malam. Sepatutnya bas tersebut tiba sekitar jam 8-9 malam, namun dek kerana perjalanan pada siang hari maka tempoh perjalanan yang sepatutnya hanya 7 jam (jika malam) terlajak hingga 9 jam. Mungkin perjalanan siang ini dipengaruhi oleh faktor kereta yang banyak dijalan raya berbanding pada waktu malam.


Sebaik sahaja Umi melabuhkan punggung ke dalam Barqiya, beliau terus mengeluh:-


“ Haih…lamanya naik bas ni! Umi ingatkan 7 jam..letih betul rasanya..”


“ Tula, angah ingatkan Umi naik bas malam, kalau malam tak terasa sangat..” jawap saya sambil tersenyum menyambut kehadiran ibu tercinta.


“ Yelah..kalau ‘trip’ malam, memang waktu tidur, jadinya..sedar-sedar je dah sampai, kalau siang…leka dengan menguap jelah” tambah Along, ada raut kepenatan di wajahnya.


Kereta dipacu balik semula ke Batu Rakit. Saya telah menempah sebuah chalet di tepi pantai bagi meredakan ‘kemaruk’ Umi dan Along mengenai keindahan pantai. Memang itulah antara tujuan lain menziarahi saya disini, melihat keindahan Terengganu yang dikhabarkan sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Pantai ini.


Keesokan harinya, saya memulakan misi sebagai pemandu pelancong. Melawat di sekitar IPGM kampus Dato’ Razali Ismail yang ‘comel’ ini. =) IPG ‘Hijau’ kami ini sangat mesra flora dan fauna memandangkan terdapat banyak pokok yang melitupi di sekelilingnya. Sangat jauh berbeza dengan beberapa IPG lain yang berlokasi di tengah-tengah bandar. Sangat panas dan ‘kebatuan’.


Usai melawat tempat pengajian saya, kami terus ke Bandar Kuala Terengganu. Tempat pertama yang dituju ialah ke Pasar Payang seterusnya Masjid Sultanah Zahirah, dan Noor Arfa Batik. Petangnya pula kami menikmat sotong goreng yang sangat segar dan keropok lekor rangup sambil menikmati hembusan bayu pantai Batu Rakit. Adalah hampir mustahil bagi orang Terengganu untuk meninggalkan aktiviti ini pada setiap hujung minggu. =P


Hari kedua kami teruskan dengan melawat Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal dan beberapa tempat menarik yang lain. Hinggalah ke petang harinya kami berkeputusan untuk bersantai sebentar di Pantai Batu Burok berhadapan restoran A&W. Kebetulan ketika itu, angin pantai sangat kuat. Lalu…


“ Long..angin kuat camni..best kalau main layang-layang! Jom?” ujar saya.


“A’ah…layang-layang memang kamu ada letak dalam kereta ni kan?” soal Along.


“Hehe…angah curi layang-layang ni dari rumah…dari terperuk je dalam stor, baik angah bawak main kat sini”. Hakikatnya, layang-layang itu tidaklah ‘sokmo’ sangat pun dimainkan walaupun bersama saya. =P


Maka inilah hasilnya~

Wah…sudah terbang!


Erk..long..nape mcm senget nak jatuh je layang-layang tu? =P


Huwaa~ Saya Berjaya menangkapnya~ =)


Hikmah Layang-Layang pada Mukmin


Memori saya melayang sebentar kepada sebuah program ‘Smart Circle Training’ yang dilangsungkan kira-kira satu tahun yang lalu. Sasarannya adalah adik-adik junior yang baru masuk ke IPGKDRI ini. Saya yang berperanan sebagai fasilitator telah diminta untuk memberi ‘khulasah’ ataupun rumusan kepada sebuah slot yang dinamakan ‘Islam sebagai cara hidup’.


Sebaik sahaja modul dan pembentangan selesai, saya dijemput naik ke pentas untuk memberi ucapan. Agak gementar juga kerana sudah agak lama saya tidak berucap dihadapan ‘audience’ yang memenuhi segenap ruang Dewan Al Farabi ini.


Antara analogi menarik yang saya keutarakan bagi memudahkan pemahaman adik-adik tentang slot itu…


“Seperti sebuah layang-layang yang mempunyai tali sebagai pengawal kepada pergerakan layang-layang itu di awan biru. Kita boleh lihat bagaimana layang-layang itu bebas menari-nari, namun apabila ianya hendak jatuh atau terlencong, maka tuan punya layang-layang akan menarik tali itu bagi menyeimbangkan posisinya semula. Cuba adik-adik bayangkan kalau sebuah layang-layang tanpa tali? Ya…kita juga boleh lihat ia berterbangan bebas, namun tanpa tali…akhirnya…ia kemana? Jatuh ke longkang, tersangkur di pokok-pokok, dan tersadai di bumbung rumah bukan?”


“Sama ibaratnya seperti kita ini! Kita diikat oleh sebuah tali bernama ‘Syariatullah’ (Syariat Allah) bukan untuk mengongkong…namun untuk mengawal! Kita bebas bergerak dan melaksanakan fitrah manusia (Sunatullah), tapi biarlah ia punyai keterbatasan yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Sebagai hasilnya, tiada sedikit pun ada keuntungannya di sisi Allah s.w.t. Namun ianya sangat diperlukan oleh kita yang bernama MANUSIA. Jikalau kita terus berkehidupan tanpa ‘TALI ALLAH s.w.t’ maka kita adalah sehina-hina makhluk yang terjerumus dalam lembah kemaksiatan yang jijik lagi hina! Kita hidup bertuhankan NAFSU!” ada getar dalam suara saya.


Maksudnya:- Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri (tabiatnya), maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) Yang lebih betul jalannya". (al Isra':84)


Pesan Salman Al Farisi r.a.


Abu Nua’aim mengeluarkan suatu perkhabaran di dalam kitabnya Al-Hilyah, diriwayatkan oleh Salman r.a yang telah berkata:-


“Orang Mukmin di dunia ini umpama seorang pesakit, bersama-samanya seorang doktor yang tahu tentang penyakit dan ubatnya sekali. Jesteru itu apabila pesakit inginkan sesuatu yang memudaratkan dirinya, maka doktor dengan segera melarangnya dengan berkata:- Jangan makan itu, ianya amat berbahaya, ia boleh memudaratkan kau. Begitulah seterusnya, doktor akan melarang dan melarang hinggalah pesakit itu sembuh dari penyakit yang dialaminya. Demikianlah seorang mukmin yang mengidam segala macam perkara melebihi daripada apa yang beliau perlukan. Maka Allah s.w.t melarang dan menghalangnya hinggalah orang Mukmin itu meninggalkan dunia ini. Lantas dimasukkan ke dalam SyurgaNYA”


Makanya sidang pembaca, dalam segala bentuk hal kehidupan kita di muka bumi Allah ini, adakah kita masih TEGAR bertitikan Al-Quran dan Sunnah sebagai CARA HIDUP?

5 comments:

Anonymous said...

Salam ust.
Untungnya family datang menjenguk.
Agaknya kalau family saya, 4tahun lagi lagi baru datang, tu pun untuk hari konvo, tu pun kalau buat kat dewan farabi tu. :)
*saya juga merindui arwah ayah*

Saya masih ingat analogi ust.
Dan terima kasih kerana mengingatkan kembali.
Selamat menempuh UAK dgn cemerlang.
Ameen.

Tinta Al-Murabbi said...

to anonymous:-

walaikumsalam~
insya Allah..ada rezeki mrk bertandang lah jua~

terima kasih kerana masih igt~ smoga dpt disemai dlm diri =)

erk..ni msti adik2 sem bwh ni?sy tak amik dah UAK!~ kami tggal paper2 yg besar2 je..hee~ =P

Baihaqi Sensei said...

salam.. entri yang bagus... cuma kalau xletak gambar haji tinta lagi ok kot... hehe.. gurau jerk...

Berkenaan dengan layang-layang, layang2 perlukan angin utk terbang... Begitu juga fitrah manusia dengan fitrah beragamanya...

Di alam roh kita telah berjanji dengan Allah... buka kita, bahkan semua roh.. Tetapi didunia, tidak semua roh dapat mencari jalan yang betul untuk beriman kepada Allah..

Sungguh... mereka mengetahui bahawa Allah itu wujud, kerana itu mereka tercari2 di mana Tuhan yang mereka telah akui dahulu sehingga ada yg tunduk pada matahari, pokok, berhala dan syaitan...

hakikatnya, MANUSIA PERLUKAN TUHAN... ITU FITRAH.. ARIFF PULA PERLUKAN MAKANAN UNTUK HIDUP.. haha

Dalam Sains,, telah ditemui Gods Spot dalam otak.. cuma mls nk tulis lg.... By the way, nice entry

Tinta Al-Murabbi said...

to Baihaqi:-

erk~ msti la letak pic haji ni..xkn nk ltak muke ko plk??hihi~ guraw ye..ngeh3x..

yup..roh kita dah berjanji..cuma soalnya kembara manusia di dunia ini banyak telah melalaikan mereka daripada mencari kebenaran..

bg kita yg sudah berada dlm jln kebenaran..sama2lah kita berdoa agar Allah swt mengekalkan dan menambahkan lagi iman kita~

محمد حذوان بن حميدان said...

mmg sgt seronok apabila dpt bersama keluarga apbila dh lme x dpt brsme.. (^_^)