Tuesday, June 15, 2010

BENCI sebab SUSAH, SUKA kerana SENANG

“Kau susah-susahkan diri pergi usrah, kenapa? Duduk rumahla…boleh lepak-lepak, rilek-rilek sudahla..” ujar Mat kepada rakan serumahnya, Man yang sedang bersiap-siap untuk ke surau.


“Aku nanti…kalau dah kerja, selesa...ada kereta, rumah, anak, bini...cukuplah dengan apa yang ada...tak nak jawatan tinggi-tinggi, malas sambung belajar lagi dah...tumpu pada keluarga je dah la. Buat apa pening-pening kepala? Susah-susah badan?” cerita Salim si guru pelatih tentang rancangan masa hadapannya.


“Padan muka! Aku dah habaq dah…jangan asyik duk aktif sangat dalam JEMAAH/USRAH ni. Degil! Ha..kan dah kena transfer pi Hulu Sabah, duduk diam-diam cukup...jaga makan anak bini kita dahla..” Reaksi Kasim setelah mendapat berita rakannya ditukarkan ke ceruk Sabah.


Cenderung Jiwa Manusia


Siapa yang tidak suka hidup senang?


Aman…damai…tiada yang meresahkan hati, menggundahkan jiwa...


Punyai masa yang banyak, harta yang mencukupi, kesihatan yang baik dan keluarga yang saling kasih-mengasihi.


Impian semua INSAN bukan? Malah, boleh jadi saya sendiri menginginkan sebuah kehidupan yang serba sempurna seperti itu. TIPU jika saya katakan saya tidak memerlukan kehidupan yang mudah! Sebuah tingkat kehidupan yang mencapai tahap ZON SELESA, tentunya memerlukan banyak keringat mengalir demi mencapainya.


Maka sidang pembaca, bagaimana pula halnya dengan firmanNYA ini?


(وَأَعِدّواْ لَهُمْ مّا اسْتَطَعْتُمْ مّن قُوّةٍ وَمِن رّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدْوّ اللّهِ ‏وَعَدُوّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لاَ تَعْلَمُونَهُمُ اللّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللّهِ يُوَفّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لاَ ‏تُظْلَمُونَ


Maksudnya:- Dan sediakanlah untuk menentang mereka dengan segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. (al Anfal:60)


Sekali imbas, seolah-olah ayat ini menceritakan bahawa Allah s.w.t membenarkan berlakunya PEPERANGAN. Malah, Allah s.w.t turut memberi rangsangan dengan menjamin pembalasan terhadap harta yang dinafkahkan untuk peperangan itu. Bukankah peperangan itu, jika dinilai dari persepektif umumnya sangat dibenci? Banyak mendatangkan kemusnahan dan kematian. Perbalahan dan pembunuhan sentiasa berlaku, jangan katakan KETENANGAN diri…KEAMANAN NEGARA pun masih terumbang ambing dalam keadaan ini.


Mari kita lihat apakah pula ucapan Nabi s.a.w ketika menziarahi orang sakit:-


Dari Abdullah ibn Amir, beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:-


“Ya Allah, sembuhkanlah hambaMU ini agar ia bisa berjalan untuk menuju solat dan MEMBINASAKAN MUSUHMU.”


Dalam keadaan sakit begitupun, Rasulullah s.a.w mendoakan agar pabila si pesakit itu sembuh nanti, dia akan dapat MEMBUNUH MUSUH ALLAH s.w.t. Dimanakah simbol keamanannya disini?


SYURGA itu hasil SUSAH


Apakah nilai martabat seorang MUSLIM jika hidupnya hanya dijalani dengan makan, minum, tidur dan kerja? Bolehkah saya bandingkan dia dengan seekor LEMBU?


Ya…ketika berada dalam zon SELESA, cukup serba serbinya, senang hidupnya. Mengapakah kita perlu bersusah payah keluar dari zon tersebut? Kerana kita adalah MAKHLUK bernama MANUSIA ciptaanNYA, bukan LEMBU yang hanya tahu makan dan tidur sahaja. Kita ada TUJUAN HIDUP sebagai seorang MUSLIM. Tujuan yang berpaksikan KEREDHAAN ALLAH s.w.t, bukan membuta tuli mengikut hawa dan nafsu.





Maka, jika segala TUJUAN tertumpu pada ALLAH s.w.t, sewajarnya ia dipenuhi dengan HAK ALLAH s.w.t. Perjuangan untuk memenuhi tuntutan HAK ALLAH s.w.t itu bukan dihiasi dengan wangian dan taburan bunga serta dijalani dengan ‘RED CARPET’. Sebaliknya ianya dipenuhi dengan segala cubaan dan dugaan yang TIDAK KITA SUKAI. Perjuangan menempuh kesusahan itu dinamakan MUJAHADAH dan MUJAHADAH ini memerlukan KESABARAN.


Firman Allah s.w.t:-


كُتِبَ عَلَيْكُمُ القِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُوا شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّوا شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ


Ertinya:- Kamu Diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al Baqarah:216)


Allah s.w.t mengkhabarkan kepada kita tentang jiwa manusia yang cenderung kepada kesenangan dan kemudahan tanpa perlu bersusah payah menghadapi bahaya berupa perperangan yang menaruhkan jiwa dan nyawa. Namun Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang lebih bermanfaat bagi MUSLIM itu kerana DIA itu MAHA MENGATAHUI sedang manusia itu fakir jejak pengetahuannya.


Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetauhi (segala-galanya)? Sedang ia Maha Halus urusan PentadbiranNYA, lagi Maha Mendalam PengetahuanNYA. (al Mulk:14)


Sungguh, Allah s.w.t telah mengarahkan dan memilihkan apa yang DIA CINTAI bagi KITA dan bagi DIN kita. Allah s.w.t menginginkan dari kita amal yang menjaga HAK ALLAH s.w.t dan HAK SAUDARA seMuslim.


Beramal dengan penuh istiqamah dan kesabaran…

Bersusah payah kerana menegakkan AgamaNYA…


Dihimpit waktu dan kesesakan wang….


Dicaci dan dimaki kerana menyebarkan firmanNYA serta hadis kekasihNYA…


Diperangi dan dibunuh kerana berperang demi menegakkan SYIAR ALLAH s.w.t pada sebuah negara…


Itu semua kita tempuh di zon SUSAH, tatkala manusia lain boleh bersuka ria dalam zon SENANG. Namun balasannya bukan calang-calang…SYURGA! Yang masih belum kita nampak KINI..,namun telah dijanji ALLAH s.w.t dalam firmanNYA. Sanggupkah anda?


Lagipun…apabila mati, kita semua sememangnya akan ke AKHIRAT, mengapa beria-ria mencari SENANG di dunia sehingga terabai SENANG di AKHIRAT?


Marilah sama-sama kita renungkan bahawa, susah atau senangnya bukan atas SUKA KITA, tetapi atas REDHA DIA!

7 comments:

محمد حذوان بن حميدان said...

ahsanta ya akhi!
entry yg amt bagus,membuatkn pembaca merenung jauh suasana sebenar zmn kini yg sntiase mncri jalan utk hdp dlm zon SENANG tanpa bergerak dan berjuang melaksanakn amnh dan tggjwb utk agama..moga ALLAH sntiase tmpatkn kte dlm glongan yg sntiase brusaha dan brjuang mncari mardhatillah..amin

Tinta Al-Murabbi said...

amiinn..

syukran~

ana mohon pd Allah s.w.t, agar artikel ini bukan sekadar mampu menyedarkan da'ie lain. Yg lebih penting, artikel yg mampu MENGGERAKKAN DIRI SENDIRI =)

BINTUN AS-SIDQ said...

bukan semua yang mampu melangkah dalam jalan juang yang penuh duri nie..

sapa yang mahu???

Allah sudh tetapkan hanya individu yang layak dan sedar akan kepentingan diri mereka dalam menegakkan agama Allah ini akan memilih jalannya walaupun sesukar mana sekalipun..

perjuangan ini pahit kerna syurga itu manis...

Tinta Al-Murabbi said...

smoga kita sama2 tergolong dlm golongan yang MAHU dan MAMPU~ =)

Baihaqi Sensei said...

sekarang teknologi byk sgt membuatkan manusia malas... dulu nk berkomunikasi kena nyalakan api dan guna asap... sekarang tekan butang jew blh tgk muka dh... tambah2 ada handphone mhl mcm pak aji kite tue...

Tinta Al-Murabbi said...

to Baihaqi:-

btol2~ tp sbnrnya kte xleh menyalahkan teknologi 100%..

manusia itu pnyai aqal utk berfikir..maka samada manusia itu mengambil mudharat atau manfaat..terpulang utk AQAL mrk..dipandu dgn Quran dan Sunnah ataupun hawa dan nafsu? =)

assyahida said...

gud!

kata orang..
jika inginkan mutiara..selamilah lautan...

kata kita..
jika inginkan kebahagian..tempuhilah penderitaan..

tapi..
jika inginkan syurga?
Allah membeli jiwa..