Friday, May 15, 2009

Jangan Pakai Baju LABUH!

Susur galur gerakan dakwah ini bukan sesuatu yang mudah. Dari titian sirah Rasulullah s.a.w sehinggalah perjuangan Ulama’ dewasa kini, semuanya membuktikan bahawa jalan ini adalah jalan yang berduri, sama ada terluka ataupun dilukai, sama ada terguris ataupun diguris. Namun, pada jiwa seorang mujahid, luka itu bukannya penghalang malah ianya adalah pemberangsang untuk terus mara kehadapan. Luka itu bakal sembuh andai kita menjadikan Allah s.w.t sebagai DOKTORnya.

Alhamdulillah, melangkah ke alam IPG ini membentangkan kepada saya betapa luas medan perjuangan seorang Muslim. Setiap daripada kita merupakan aset kepada Islam. Dengan kata lain, setiap Muslim itu, sama ada berlatar belakangkan ‘Ustaz’ ataupun ‘Cikgu’ punyai peluang berjasa kepada Islam. Besar atau kecil jasa itu biar Allah s.w.t yang tentukan. Persoalan utama bukan besar atau kecil namun ianya adalah buat atau tidak? Rabun itu adalah lebih bagus daripada buta bukan? Kita sama-sama pohon pada Allah s.w.t agar bibir ini tidak gagap untuk menjawab persoalan Allah s.w.t di akhirat kelak apabila ditanya “Kemana usia mudamu dihabiskan?”

Saya melihat skop dakwah yang luas ini memerlukan penggerak-penggerak yang istiqamah. Masing-masing memainkan peranan tersendiri dalam usaha memastikan syiar Islam terus dihayati dan diamalkan dalam hidup setiap muslim. Kerjasama dan gabungan antara skop dakwah ini serta penggeraknya akan menghasilkan sebuah jemaah Islamiyyah yang lengkap serta saling tampung menampung antara satu sama lain bagi menutup lubang kecacatan.

Sebagai contoh, seorang muslim yang bijak berpidato akan menggunakan kepetahannya untuk menyampaikan ceramah atau syarahan, seorang muslim yang pandai melukis akan menjadikan medan kartun untuk menyampaikan dakwahnya, seorang muslim yang mempunyai suara yang merdu akan mendendangkan orang dengan alunan tarannum al-Quran dan nasyid. Pendek kata, dakwah itu boleh disampaikan dengan apa yang kita miliki. Maka, jika ini berlaku, dakwah itu akan tersebar dengan pelbagai wasilah yang akan disuapkan kepada masyarakat mengikut citarasa masing-masing.

Namun, apa yang perlu diingat, gerak kerja ini memerlukan kayu ukur bagi menghadkan batas seseorang itu untuk mengatakan CUKUP. Lumrah insan biasa, pasti punyai had tenaga, had tumpuan dan had fokus yang tertentu. Saya pernah melihat peristiwa seorang sahabat, memegang pelbagai jenis jawatan, bermula dari peringkat akar umbi hinggalah pimpinan. Sibuk, sibuk, sibuk…sungguh sibuk. Pagi ini program A, tengah hari usrah B, petang pula Program C, kemudian malam pula program D! Sehinggakan tiada masa untuk dia berehat, saya yang melihat sahaja pun sudah terbit rasa kasihan, apatah lagi tubuh yang menanggung. Apa yang termampu saya bantu beliau sebaik mungkin.


Tapi perkara yang paling disesali ialah, yang dikejar terlepas, yang dikendong berciciran. Kepelbagaian jawatan itu menyebabkan sedikit demi sedikit ianya terabai. Persatuan yang dahulunya aktif akhirnya bertukar pasif akibat komitmen diri yang tidak dibahagikan dengan baik. Kepenatan membelenggui dirinya, kebingungan sering menjamah ruang pemikiran. Akhirnya, terlontar pelbagai fitnah dari mulut-mulut jahat yang tidak diketahui puncanya. Masakan tidak, apabila kesibukan itu benar-benar menjadi pengganti kepada ‘kesihatan’ hubungan sosial bersama manusia lain, maka terabailah ukhwah, tersingkirlah kemesraan. Pertimbangkanlah otak-otak asing yang tidak pernah mengenal erti fikrah dan perjuangan kita. Andai benar jika kau katakan ingin menjadikan dirimu ibarat IKON Muslim yang baik, mengapa dibiar barah fitnah itu bermaharajalela? Benarlah apa yang dinasihatkan oleh seorang sahabat baik saya, “Terima jawatan itu selagi mana awak rasa awak mampu, jangan sampai jawatan itu menjadi fitnah kepada diri awak”.

Pesanan saya, jangan dipakai baju yang labuh, sudah tahu diri bersaiz M, mengapa dipakai baju bersaiz XL? Ukurlah diri agar mudah bermuhasabah nanti. Berjuang itu bukan dengan semangat kerana ia datang dari nafsu tapi berjuanglah dengan penuh hikmah dan daya kemampuan serta kebijaksanaan kerana ia datang dari sifat tulus seorang hamba. Ingatlah, jika kita mengharapkan pahala sebagai balasan untuk perjuangan, berhati-hatilah, khuatir ianya telah pun BUSUK diracun DOSA.

Percaya ataupun tidak, biarpun tarbiyyah terhadap dirimu telah memakan masa belasan tahun, namun perasaan ego, ta’jub dan takabbur pasti terbit walaupun sekelumit tatkala ditawar untuk memegang sebarang jawatan. Saat itu, mohonlah pada Allah s.w.t akan keputusannya, jangan diterima sesuka hati dek kerana rabun dikaburi perasaan ego itu. Firman Allah s.w.t dalam Surah- al Haj ayat 46:-

“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.”

Andai dibuat keputusan, pastikan hati itu sedang bersih dari sebarang sifat mazmumah kerana jika ia sedang kotor maka keputusan itu juga bersifat kotor, luaskan pandanganmu mengenai akibat di masa hadapan, tanyalah pandangan para sahabat yang sedia memberikan realiti sebenar akan dirimu. Ingat! Jika labuh maka sentengkan, jika senteng maka labuhkan, kaji dahulu saiz apa yang padan dipakai, semak dulu kemampuan diri!

Nota Kaki??
- Saya bakal menghadapi imtihan/peperiksaan sepanjang dua minggu yang akan datang, mohon keberkatan doa para pembaca untuk kecemerlangan kali ini. (^_^) Hilangkan rasa darah gemuruh ketika menjawab, kukuhkan ingatan ketika diperlukan.~

4 comments:

budak sekolah said...

Salam

Lama sudah tak drop komen kat blog ni..

Amanah bukan untuk dibangga bangga...nak diikutkan, amanah tu sebenarnya satu beban..ibaratnya kita galas batu di bahu bertan2 setiap hari..kalau bukan disebabkan rasa tanggungjawab sebagai khalifah Allah, mungkin tak akan ada yang sanggup nak pegang.

tapi peleknya, zaman sekarang, berebut-rebut pula eh. sampai ada yang tak malu siap rampas jawatan orang lagi. heh~

-nway, ma3attaufeeq wannajah
&
selamat hari guru

p/s:
untuk pengetahuan, orang kita sekarang, yang bersaiz XXL pulak berangan nak pakai saiz SS... =p

Anonymous said...

salam...

woit..umi yang suruh tulis..umi suruh angah:-
*blaja leklok...wat pekse leklok...

*umi nak hadiah hari guru....(sbnrnye yah yang nak)

*pandai berhujah...harap jadi pemidato trbaik..mwakili negeri apbila bertugas nnti!!...

*masuk prtndingan pidato n bahas smpena hari guru...



camat hari guru...

p/S:pkai baju besar skit ek..x elokj pkai bju fit2...

Tinta Al-Murabbi said...

to budak sekolah:-
-jawatan jgn dipinta atau direbut sebaliknya ia perlu ditawar~
-tapi kalau jawatan tu hak kita dan jika hak itu datang dari amanah masyarakat, maka kita perlu pertahankan. Cth:- krisis di Perak~
-Syukran2x..Selamat hari guru pelatih act~ =P

to iyah:-
-ape woit2?name xde ke?botol kicap pon ade name tahu?
-insya Allah..sdang struggle dgn bersusah payah ni..mohon doa dari umi yg disayangi!
-hadiah?aa..nnti org bwk blik kain batik creep umi tu ye~ hihi
-hujah ni petanda kita menganalisa setiap perara yg berlaku dlm kehidupan kita seharian, setiap perkara yg dibuat biar ad nas hujahnya =)

Noorsyahida said...

TQ~
sangat2 menyedarkan...