Wednesday, June 10, 2009

Sisters In Malaysia??


'Usul Pas mahu SIS diharam tak demokratik'

KUALA LUMPUR: Sisters In Islam (SIS) menyifatkan usul Pas untuk mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan mengharamkan pertubuhan itu sebagai satu tindakan mundur dan tidak demokratik.


Pengurus Kanannya, Marina Chin Abdullah dalam satu kenyataannya berkata, usul dibuat pada Muktamar Pas, kelmarin, adalah tanggapan prejudis terhadap SIS dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan bersuara.


"Usul itu hanya membuktikan keangkuhan dan sifat tidak demokratik Pas yang mencanangkan prinsip demokrasi dan tidak akan mendiskriminasi mana-mana pihak dalam pilihan raya lalu.


"Kita percaya ramai rakyat memilih Pas pada pilihan raya umum lalu kerana prinsip demokrasinya, namun kini parti terbabit mula mengabaikan apa dikehendaki rakyat. Ia juga menunjukkan Pas tidak boleh bertolak ansur dengan kepelbagaian pendapat di negara ini," katanya.


Muktamar Pas menerima usul untuk mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat SIS dan mengharamkan pertubuhan itu jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam.
Usul agama itu yang dikemukakan Pas Shah Alam dibuat selepas menyedari aliran dan pandangan SIS boleh mengelirukan rakyat dan mengancam akidah umat Islam terutama golongan muda serta mereka yang berfikiran sekular. Marina menegaskan, pertubuhan yang sudah wujud 20 tahun itu sentiasa berpegang kepada ajaran Islam sebagai agama yang membawa keadilan kepada seluruh umatnya. Sumber: Berita Harian (8 jun 2009)

Ulasan:

Tersenyum saya melihat ruangan berita ini, mana tidaknya, jika diteliti dengan lebih mendalam kata-kata Marina Chin Abdullah:-

"Kita percaya ramai rakyat memilih Pas pada pilihan raya umum lalu kerana prinsip demokrasinya, namun kini parti terbabit mula mengabaikan apa dikehendaki rakyat. Ia juga menunjukkan Pas tidak boleh bertolak ansur dengan kepelbagaian pendapat di negara ini,"

Ia ibarat memakan diri! Sedarkah dia bahawa, atas dasar DEMOKRASI itulah, perwakilan PAS kawasan SHAH ALAM dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-55, mengusulkan menggesa kerajaan mengharamkan SIS JIKA TERBUKTI BERTENTANGAN DENGAN SYARIAT ISLAM dan membuat pemulihan ke atas ahlinya. Muktamar tanpa bahas menerima usul itu dan mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan MENYIASAT SIS dan mengharamkan JIKA terbukti mereka menyeleweng!

Atas nama KEBEBASAN bersuaralah, Muktamar meminta SIS disiasat terlebih dahulu! Bukan terus ditangkap dan didakwa. Reaksi negatif terus dibalas oleh Marina tanpa sedar bahawa reaksi pesimis serupa itu mengundang kenyataan bahawa dialah yang sebenarnya tidak demokrasi dalam menerima pendapat untuk SIS disiasat kesahihan ajarannya. Jika yakin benar, mengapa perlu cepat melenting? Ibarat seorang pencuri yang gelabah dan cuak ketika disoal siasat polis mengenai kes jenayahnya maka seperti itu jugalah Marina ketika ‘dijentik’ dengan usul dari muktamar tersebut.

Isu SIS ini amat sinonim jika kita kaitkan dengan ajaran Islam Liberal yang merupakan sebuah wasilah oleh para orientalis dalam membawa dogma-dogma pemikiran negatif ke dalam minda umat Islam hari ini. Saya kira ianya antara salah satu ‘kejayaan’ besar yang berjaya dicapai oleh pihak orientalis barat masa kini. Masakan tidak, jika kita lihat Indonesia sebagai contoh, merupakan sebuah Negara yang terjejas teruk dengan serangan pemikiran serupa ini. Ketika menghadiri Muktamar ABIM tahun lepas yang diadakan di SMAKL, Kepong, salah seorang pembentang kertas kerja yang merupakan tenaga pengajar di sebuah universitas di Jawa Barat, memberitahu bahawa:- ‘Malaysia dikira bertuah kerana pejuang kemerdekaan terdahulu telah meletakkan batu asas dalam perlembagaan Malaysia iaitu Islam sebagai agama Rasmi, hal ini jauh berbeda berbanding Indonesia yang masih lagi berada dalam tanda tanya apakah agama rasmi negara itu. Atas dasar inilah, Jaringan Islam Liberal dapat mengambil peluang untuk memperkembangkan sayapnya dengan luas dan banyak mempengaruhi pemikiran umat Islam disana.” Sambil memaparkan sebuah gambar pernikahan, beliau berkata:- “ Inilah buktinya betapa konkritnya permasalahan Islam Liberal di Indonesia, pasangan yang berlainan agama dapat bernikah, dan kadi yang menikahkan mereka terdiri daripada bukan calang-calang orang, mempunyai PHD dalam bidang Usuluddin! Masing-masing juga dibenarkan mengamalkan agama mereka walaupun selepas berkahwin.” saya menggeleng kepala.

Gerakan sesat seperti ini sudah membiak di Malaysia, dan ianya perlu kajian dan perbahasan yang lebih menyeluruh untuk memberikan pemahaman yang sebenarnya kepada masyarakat. Jika dibiarkan, maka tunggu sajalah saatnya tatkala ke’liberal’an itu mampu membobrok pemikiran umat lalu mewujudkan jenis mazhab yang mampu memecahbelahkan perpaduan di kalangan Muslim hari ini. Sebagai orang Islam mereka sepatutnya mempelajari Islam melalui ulama Islam bukan daripada musuh Islam seperti golongan orientalis. Gerakan sesat SIS ini adalah gerakan sesat yang amat-amat berani dan lantang dalam menyuarakan kesesatan mereka ke tengah kelompok masyarakat hari ini. Berapa banyak gerakan sesat di Malaysia yang berani menggunakan Media Massa SECARA TERBUKA mempertahankan fahaman sesat mereka?

Saya kira, isu SIS ini BUKAN lagi gimik parti politik untuk meningkatkan kepopularitian mereka. Hal ini kerana, samada dari pihak UMNO mahupun PAS kedua-duanya lantang membicarakan mengenai isu SIS ini. Ahli Umno dalam perhimpunan Agungnya pada 2006 pernah mengungkit tentang kumpulan ini yang dikatakan mencabar dan menghina undang-undang Syariah. Malah, bekas MB Selangor, Dr. Mohammad Khir menyebut bahawa "Kadang kala SIS bertindak di luar dogma dan pemikiran umat Islam di negara ini dan pandangan jumhur ulama. Inilah yang menimbulkan persoalan, ketidakpuasan hati dan kemarahan sesetengah umat Islam di negara ini,". Begitu juga dengan Mufti Perak, Harussani Zakaria dalam satu ceramahnya pernah menyifatkan mereka ini (SIS) telah terkeluar Islam kerana mempertahankan Islam liberal yang mengatakan al-Quran sudah ketinggalan zaman.

Tidak sekali-kali saya katakan bahawa peluang untuk perbahasan mengenai kesahihan Islam Liberal ini ditutup serta merta. Silakan, jika ada ruang dan peluang untuk perbahasan lebih lanjut dan luas mengenai perkara ini. Namun, jika telah jelas sesebuah pertubuhan yang ber’label’kan Islam sendiri menentang syariat Islam secara terang dan tanpa segan silu mengubah ajaran yang dibawa oleh Allah s.w.t dan RasulNYA, maka adakah itu masih dikira ISLAM? Jika difikir secara teliti, apakah tujuan ditubuhkan sebuah persatuan yang menggunakan nama agama mereka, namun mereka bertindak memburukkan dan mencari kesalahan dalam agama mereka sendiri?

FIKIR-FIKIRKAN, RENUNG-RENUNGKAN dan SELAMAT BERTINDAK!

19 comments:

محمد حذوان بن حميدان said...

ahsanta..
ape yg pntg adlh phk brwjb prlu mgkaji dgn tliti SIS ini kerana peluang yg dibru utk bbs bergerak dan bersuara tlh disalahguna..

Cikgu Izzati said...

isu yg sgt mnarik tuk dikongsi. syukran ats mklumat ni

Baihaqi Sensei said...

Salam Comment... erm, melihat pada SIS ni, pada ana dh terang2 menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Dlm Wanita Hari Ini TV, puak2 ni la yang slalu mempertikaikan bab hukum islam terhadap prmpuan...

Sampai bab cerai pun nk perjuangkn agr kuasa cerai juga ada pada wanita... Bkn ke itu perjuangan yang sesat??? Mempertikaikan apa yang ditetapkan oleh Allah...

Dorg tu sape nk lwn hukum Allah.. Allah tau ape yg terbaik... Ilmu manusia xseluas ilmu Allah... Jd dorg xpyh ego nk lwn Allah..

P/s: Klu dorg ni xbertaubat jgk,, memang kene terajang masuk neraka la....

P/s 2: Jom kita Tubuhkan Brothers in Islam.... Bg kuliah sikit kt dorg..

Baihaqi Sensei said...

Kepada Sape2 nk masuk atau membenarkan perjuangan SIS, Silalah melawat blog Akademifisabilillah.blogspot.com..
Baca warkah bertajuk SMS DARI ALLAH..

Semoga Insafla sikit akan kebesaran dan kesempurnaan Allah..

Trima bulat2 n btl2 serah diri pada Allah... Baru di kira bertaqwa...

Ni nk lwn ketetapan Allah,, Sebab tu nabi pesan org bodoh dok diam2..

Baihaqi Sensei said...

Sori la Arif... Aku ni buat menyemak comment blog ni je.... Aku dh berasap ni... Mmg nk kene membebel dgn Baihaqi Sensei je budak2 SIS ni....

Sisters in Islam elok ditukar kepada Sistem in Islam... Hudud, Kisas, Muamalat, Munakahat n mcm2 lg yg diperjuangkan utk dilaksanakan di Malaysia.... Baru Best!!!!

Anonymous said...

geram giler dgn gerakan SIS ni..
adusss....
ape la yg diorang tak puas hati sangat dgn hukum yg dah islam gariskan utk pompuan yg beragama islam..huh!!
tak habis2 wat kecoh je...dah la tak ramai yg banyak pengetahuan dlm islam..nanti senang sangat laa pompuan2 dlm negara ni percaya n terikut2 dgn dakyah yg diorang bawa....
nauzubillah....cepat2 la berlaku perubahan tampok pemerintahan negara.....huhuhuhu....

aqi,rilek2..jgn berasap sgt...
hahaha...

Tinta Al-Murabbi said...

to Hazwan:- kalau org yg bukan dlm bidangnya bersuara dan senang mengkritik, maka inilah padahnya!

to cikgu Izzati:- afwan..moga secebis mklumat ini boleh kiranya dikongsi bersama yang lain.

Tinta Al-Murabbi said...

to Baihaqi Sensei:- Saya melihat mereka ini ada minat yg cenderung ke arah Islam.Cuma, cara dan penerimaan mrk pd jalan yg salah. Terus terang saya katakan, kasihan melihat ahli SIS yg mencari kebenaran, tapi yg dibalas ialah racun!jgn terlalu emosi..pulih (islah) bukan hapus!!

to puteri:- Itulah jadinya ble sgala-gala hukum Allah hndak ditimbal dgn logik pemikiran manusia! Semua mahu diubah!

budaksekolah said...

salam...

mula2, kita fikir balik. apa sebab SIS ni boleh buat hukum sendiri?? Macam mana mereka boleh sampai ke tahap pemikiran yang bercanggah dengan Islam.

Cuba reflex balik pada diri sendiri, orang-orang disekeliling kita.
kadang2 kita yang mengaku berilmu ni sendiri gagal menunjukkan contoh yang baik pada mereka. kita bangga dengan gelaran muslimah solehah tapi kita pakai tudung dengan baju tak cukup syarat. Kita mengaku kita suami soleh yang sejati, tapi buat isteri kat rumah tak ubah macam hamba abdi. kan?~

Tambah2, bila kita yang mengaku berilmu duk marah, caci, hina mereka. kalau dah macam tu, siapa lagi yang nak betulkan kesilapan mereka kan??? kawan, Emosi tu tak bawa ke mana pun.

entry macam ni dikarang bukan untuk dijadikan medan sembur menyembur. tapi untuk kita bukakan minda, lapangkan dada untuk membantu mereka. bak kata penulis []pulih (islah) bukan hapus!![]

Ilmu yang kita ada bukan setakat curah dkat blog semata, praktikkan melalui perbuatan, Cermin kan dengan akhlaq, hiasinya dengan tutur kata yang sampai kedalam jiwa mereka.
Kita semua kan nak jadi da'ie berjiwa al-quran??~ [insyaAllah]

p/s:
asif bro! teringan tulang 'jari' hari ni~

Tinta Al-Murabbi said...

to budaksekolah:- btol3x..emosi itu mmg sbhgn dr diri manusia, tp ia bukan alasan utk membiarkn diri kita dikuasai emosi dlm berdakwah. "Lumrah bagi seorg mad'u lari meninggalkan kita kerana kedegilan mad'u itu utk menerima kebenaran,tapi suatu kecelakaan bg para daie apabila mad'u itu lari meninggalkan kita kerana hodohnya cara pendekatan kita!" Na'uzubillah..

P/S:- syukran ya ukhti, saya amat mengharapkan jari itu utk ringan sokmo!alunan taip itu mampu menggegarkan ruangan blog bg kesedaran org ramai.

Baihaqi Sensei said...

Salam....

Kadang-kadang, emosi amat penting dalam menyemarakkan perjuangan... Cuma jangan biar kita dikuasai emosi...

Isu-isu agama sebegini, hendaklah kita jadikan sebagai perkara yang sensitif... Cuba renung pendekatan Saidina Umar yang tegas dan berwibawa. "Sesiapa yang menentang rasulallah akan dipenggal kepalanya"... Betulkan saf solat dengan hirisan pedang... dan macam-macam lagi... Hasilnya, tiada pun yang lari bukan???

Di mana sensitiviti kita umat Islam... Sehinggakan maslah kronik sebgini pun 'cool' je...

Iya,, ana sokong pendapat penulis SIS ini perlu diperbetul dan ditarbiah..... Tuan guru Nik Aziz sendiri telah menyuruh agar mereka bertaubat sekian lama dahulu lagi.. Pas juga telah menghantar surat bantahan dan menghantar memorandum lama dahulu.. Dan mufti Perak dan Perlis juga telah memberi pandangan dan memperbetulkan kesilapan pemahaman mereka tidak lama dahulu... Dan telah byk kli disuruh bertaubat..

Dan mengikut penulis, mufti perak telah menyatakan puak2 SIS ini telah murtad... Adakah ini kasar bunyinya bukan?? tapi ini hakikatnya dan ia perlu diterima semua walaupun ada yang kasihan...

Untuk makluman penulis,, Atas dasar inilah PAS menyarankan agar SIS dikaji semula....

Kepada Budaksekolah dan Tinta al Murabbi : Emosi perlu dalam berdakwah,, marah perlu dalam berdakwah... Cuma biar kena pada tempat dan kena caranya... Xperlu maki hamun atau sumpah seranah...

Hanya perlu gunakan tinta Allah... Allah.. Seperti yang ana ckp pada komen terdahulu, "Klu dorg ni xbertaubat jgk,, memang kene terajang masuk neraka la.... " Ini bukan main2, ini janji Allah kepada golongan seperti SIS...

Dan suka ana ulangi, pesan nabi agar orang yang bodoh jangan bercakap, dok diam2... Ini pesan nabi... Bukan saja2 nk hentam SIS atau mencaci...

Buat budaksekolah dan tinta al murabbi lg:

Dakwah xsemestinya dlm berlembut... Ada masanya berkeras, seperti marahnya Nabi kepada seorang sahabat yg sakit tetapi boleh berjalan, tetapi tidak solat berjemaah... Rasulallah tidak marah dengan maki hamun, tapi rasulallah meninggikan suara dan mencela perbuatan sahabat menggunakan dalil2... Menangis sahabat tadi...

Dan banyak lagi pendekatan rasulallah... Ana menyangkal pihak2 yang mencaci SIS kerana itu perbuatan mencela. Tp suka ana ingatkan,, tidak boleh selalu berlembut dalam dakwah...

Sambung lagi.......

Baihaqi Sensei said...

Atas dasar berlembutlah golongan spt SIS ini berani bersuara... Atas dasar berlembut dalam hal agama lah krisis keruntuhan akhlak berlaku... Atas dasar berlembutlah kerajaan Islam tumbang... Atas dasar berlembutlah zina berleluasa... Atas dasar berlembutlah umat Islam mudah terpengaruh

Suka ana kongsi dengan penulis, pembacaan ana... Dari Prof Abd Karim Zaidan... Sebab utama Islam diturunkan, berpusat di Timur tengah dan tersebar dari Timur Tengah, dan tidak diturunkan di tempat lain.. dan Prof buat perbandingan dengan Malaysia...

Salah satunya kerana hati org2 arb lebih keras, berdisiplin, tegas dan tidak mudah berlembut... Sikap org arb amt lurus terhadap apa yg diikutinya...

Manakala orang Melayu,,, lemah lembut, terlalu banyak belas kasihannya dan byk lagi yang dikupas.... Dan perbezaan pendekatan dakwah umat Islam di negara Arab dan di negara kita dibandingkan...

Contoh yg diberikan perlaksanaan hudud... Bagi mereka org Arab, ia menjadi kewajipan untuk dilaksanakan.. Tp bg kita org Melayu,, nampak kejam bukan???

Atas dasar selalu berlemah lembut lah hancur anak muda kita... Ditangkap zina, bicara, jika berslah, byr RM250, lepas!!! Ini hukum siapa??? JAKIM?

Atas dasar lemah lembutlah anak-anak terlalu manja... Kerana adat kita org Melayu,, BERBUDI BAHASA... tp,ada kalanya, tunjukkan suara umat ISLAM yang sebenar... Biar musuh-musuh Islam takut kepada kita... Inilah yg dikatakan sebagai jihad...

Suka ana ingatkan,, HUKUM ALLAH TIADA BUDI BICARA.... Jika bersalah kerana berzina,, bagi penzina yg blm berkhwin,, hukumannya 100 kali sebatan... Menurut Ustaz Azhar Idrus, jika pemerintah mengenakan kurang satu, yakni 99 kali sebatan sekalipun, maka dia dilaknat Allah... Habis, negara kita dengan RM 250 sahaja??? renungkanlah...

Berkenaan dengan SIS, ana pun kesian... Cuma mereka telah beberapa kali disuruh bertaubat, tp buat2 xtau je.. Bukan sedikit pihak yg cuba memperbetulkan dorg,, banyak... cuma keangkuhan manusia sendiri... Yelah, mereka diberikan publisiti dalam TV...

Tp apepn, kita kena berbalik kembali kepada ISLAM yg sebenar... Bukan Islam Melayu atau Islam Hadhari... tunjukkan yg kita terima bulat2 hukum Allah.. Klu ikutkan hukum Islam sebenar, org yg murtad yg telah disuruh bertaubat sebanyak 3 kali(betulkan jika ana silap) jika tidak beriman jgk, WAJIB BUNUH!!!

Ana nk tanya,, dari dulu sampai sekarang, brape bnyk pihak berbuat begitu kepada SIS??? Dan sekarang pun Mufti Perak mengulangi kenyataannya lama dahulu... SIS murtad... Sejak bila??? dulu lagi... dh berapa kali disuruh bertaubat??? dh lebih tiga kali termasuk suruhan Nik Aziz sendiri lama dahulu... Tapi, apa kenyataan SIS sekarang??? Mempertahankan.... JADI, WAJIB HUKUM BUNUH TAK JIKA MENURUT ISLAM??? Tanyalah iman samada menerima perintah Allah atau tidak...

Lihatlah,, dakwah berhikmah xsemestinya berlembut... berlembut ada tempatnya... Emosi penting spt kata Tinta la murabbi,, itu menunjukkan kita ada sensitiviti agama... Bercakap kasar dan marah boleh,, cuma jangan memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat... Berkasar boleh, kena masa dan tempat... dan biarlah pengisiannya ada n tepat dengan agama... Buang minda "x apelah"....

"TIADA PAKSAAN DALAM ISLAM"
"SEKADAR UNTUK RENUNGAN, DALAM MENYUARAKAN PANDANGAN"


p/s: Ariff,, hangat isu SIS kali ni... hehehe... Xpe,, jangan gaduh dahla kan... Kita sama-sama bertukar2 pendapat.... baru minda lebih terbuka.... Bagus usha ni... Teruskan....

Tinta Al-Murabbi said...

to baihaqi:- waa..saya sgt suka jika ia terus dihangatkn begini! Berdebat dan kerahan otak kita tidak sia-sia, sebaliknya ia dgunakan utk mencari penyelesaian terbaik bg kemelut ummah.

Baru-baru ni sy ada menonton sebuah temuramah buletin utama dgn bekas mufti perlis (dr. asri) berkenaan isu SIS ini, dr. asri kate pengharaman SIS ini bukan jalan terbaik untuk menyelesaikan permasalahan ini, dan meminta suatu jawatankuasa untuk menilai semula SIS. Berita lanjut? rujuk:- http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/6/10/mstar_berita/20090610112656&sec=mstar_berita

hmmm..kdg2..apabila kita 'set mind' kita bahawa mereka ini 'MURTAD' dan perlu di 'BUNUH'..kita juga terlupa kecacatan kita yg telah mereka tutupi..

next..about the lembut + tegas dalam berdakwah. Sama sekali saya tidak pernah menyatakan bahawa tiada langsung ketegasan dalam berdakwah. Jika semuanya lembut, habis..mengapa pula berlaku peperangan pd zaman Rasulullah s.a.w bukan? Cuma, adakah kita pernah mengkaji corak perubahan teknik dakwah kita selaras dengan corak perubahan kebejatan sosial masyarakat kita??

Mengenai contoh saudara Baihaqi iaitu pendekatan Saidina Umar terhadap umat Islam (para sahabat + ketika pemerintahan beliau), pendekatan itu dilihat tegas, tapi keimanan sahabat nabi ketika itu, bolehkah disamakan tarafnya dengan keimanan mad'u kita dizaman ini? Dengan keimanan sahabat nabi sekuat itu, maka sangat sesuai ianya digunakan pendekatan yang sebegitu.

Bukan masalah tidak boleh marah, tapi adakah marah itu layak?Ingat hadis nabi bahawa orang yang paling kuat bukanlah orang yang sasa tubuhnya, kuat tenaganya, tapi org yang paling kuat ialah orang yang dapat mengawal amarahnya!(marah). Diam tanda berfikir, bak kata Ustaz Hasrizal dalam membahaskan The 7 Habit of Highly Effective People, “tekan butang pause bila perlu, untuk memilih reaksi terbaik”. Cool tidak semestinya tidak sentitif, mungkin cool itu kerana dia sedang berfikir memilih reaksi terbaik!

Bila berbicara mengenai soal pendekatan dakwah, saya sangat suka artikel ini:-
http://saifulislam.com/?p=1820#more-1820

Syukran~

Baihaqi Sensei said...

Iya... betoi tu... saya setuju dengan Tinta Al Murabbi... Tp blh x bgtau ape hujah Dr. Asri untuk tidak mengharamkan SIS???

budaksekolah said...

to en.ariff:
=)

to baihaqi sensei:
Luarannya, kita haramkan persatuan mereka. Bubarkan 'jemaaah' mereka. Tapi hakikatnya kita belum tentu mampu bubar pemikiran mereka. Ubah minda+persepsi mereka tentang jalan Islam yang sebenar. [kan?~ ^^,]

Tinta Al-Murabbi said...

to baihaqi:-
saya dah nyatakan link yg berkenaan dlm comment yg sebelum ni. Boleh tgk kenapa dia tidak setuju. =)
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/6/10/mstar_berita/20090610112656&sec=mstar_berita

Baihaqi Sensei said...

To Arif : Ok... Trima kasih...

To Budaksekolah: Setuju dengan anda... Apapn, hidayah itu milik Allah s.w.t.

محمد حذوان بن حميدان said...

http://gamisdaily.com/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=221:usul-pas-agar-sis-diharamkan-presiden-gamis-kritik-pas-dan-cabar-mpmum&catid=56:kenyataan-akhbar-presiden&Itemid=54

komen presiden GAMIS tentang isu ini..

Muna 'Izzah Md Isa said...

maaf mencelah.
presiden gamis dah mohon maaf atas 'keceluparan' kata-katanya tentang pemerintahan PAS yang dikatakn kuku besi dan usulnya untuk membubarkan Dewan Ulama'.

Pendapat saya,
SIS... tak payah tunggu nak siasat or whatsoever, terbukti jelas dan nyata mereka dah jauh tersasar dari perjuangan (konon) mereka.

http://darahmerdeka.wordpress.com/2009/06/17/tak-dak-sapa-yang-tanya-saya-sendiri-yang-nak-jawab/