Monday, July 6, 2009

Alam itu kan WASILAH...

Saya benar-benar letih…

Penat…Tersangat sangat penat…1-2 bulan kebelakangan ini, jiwa saya agak celaru dan haru-biru. Biasanya, apabila sesuatu masalah menimpa, saya akan cepat memotivasikan diri. Bingkas bangkit dari jatuh untuk meneruskan larian sebagai seorang Mujahid. Namun, ujian yang diturunkan Allah s.w.t kali ini bersifat jangka panjang dan bertimpa-timpa. Sesekali saya akui…saya tertewas jua. Saya tahu, saya tidak boleh hendak berterusan dalam keadaan ini, mana mungkin saya dapat meneruskan gerak kerja andai langkahan kaki sendiri pun masih longlai.

Soal penantian dan kesanggupan, soal wang, soal sahabat, soal exam, soal assignment, soal usrah dan bermacam-macam lagi persoalan terus membebani dan melingkari jiwa ini. Lantas, saya yang asalnya berlari, kemudian perlahan berjalan, kemudian tunduk merangkak, dan akhirnya duduk berhenti. Mencari-cari hela nafas yang hilang disebalik dengusan layu yang menimpa diri. Tercungap-cungap saya teruskan perjuangan ini. Saya kira, lama juga spirit yang terbang itu membawa diri. Entah dimana saya perlu cari gantinya? Sudahlah sayap hanya sebelah…

Petang itu, saya tekad membawa diri. Memacu laju ‘Barqiya’ ke sebuah ‘port’ yang saya rasakan dapat mendamaikan resah di jiwa. Myvi putih itu meluncur masuk kesebuah jalan kecil yang tidak bertar. Berhenti betul-betul di sebalik semak pokok-pokok. Destinasi ini memerlukan saya meredahi denai kecil ditemani pasir-pasir laut. Langkahan saya berhenti, dan bibir saya mengukir sebuah senyuman. Inilah dia ‘port’ saya@kami!



Mungkin, hampir 3 tahun saya duduk di kawasan Batu Rakit ini, saya boleh katakan saya sudah bosan dengan pantai, ombak dan laut. Hanya lima minit sahaja dari IPG dengan menaiki kereta kita akan dapat menyaksikan pemandangan laut yang sungguh mengasyikkan. Namun, sengaja saya ambil ‘port’ yang juga pantai berhampiran, tetapi teramat jarang dikunjungi manusia, mungkin kerana struktur geografinya yang agak tersembunyi.

Desiran ombak menyinggah telinga, bau laut yang neutral itu mengamankan lagi deria bau hidung saya! Lalu, saya bentangkan sejadah menghadap kiblat serta terus menunaikan solat sunat dua rakaat. Terasa damai sekali saat mengangkat takbir. Khusyuk itu hadir dengan sendirinya, seolah-olah ber’chemistry’ dengan bunyi-bunyi alam ini. Dalam sujud yang terakhir, saya menangis sepuas-puasnya menginsafi segala prilaku lemah ini. Usai salam yang kedua, saya duduk bertafakur berwirid panjang. Alunan tasbih saya laungkan separa kuat. Tahmid, takbir, istighfar bergilir-gilir membasahi bibir. Terasa bagai ada yang ikut sama berzikir. Angin sepoi-sepoi bahasa seperti menjiwai zikir yang saya alunkan, mungkin membawa ia terbang mencari spirit diri yang sebelumnya telah hilang. Berdoa..berdoa..dan terus berdoa, mohon agar suara insan kerdil ini dimakbulkanNYA.

Sebelum pulang, sengaja saya rapatkan diri ke tepian pantai, membiarkan kaki dibasahi air laut. Kemudian, saya menarik nafas sedalam-dalamnya. Lalu...

ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!

Saya bertempik sekuat hati! Moga dengan cantuman zikrullah dan tempikan itu dapat membuang segala nilai-nilai lesu yang sedang membungkam diri. Kemudian, saya hadapkan wajah ke langit, dengan saki air mata yang mengalir, saya berselawat Syifa’, biarlah hati yang menelan pahit ini berjiwa luas seperti luasnya langit ini!!Ya Allah...saya pohon ditetapkan iman dan kekuatan agar terus dapat meniti di atas perjuangan ini!!

Myvi putih berundur meninggalkan perkarangan ‘port’ itu...

Insan...kau diciptakan bersama dengan tumbuh-tumbuhan yang mekar hijaunya, laut yang membentang birunya, langit yang kepalang luasnya...semua itu Allah s.w.t ciptakan untuk kau hayati nilainya, renungi iktibarnya. Ambillah ia sebagai wasilah andai diri sedang mengerang...perit yang datang dari sakitnya rohani.

ربنا ما خلقت هذا بطلا سبحنك
Erti:- Wahai Tuhan kami! Tiadalah Engkau ciptakan alam ini dengan sia-sia sahaja, Maha sucilah engkau! (al-Imran:191)

“ Inilah sentuhan pertama yang menyentuh hati para Ulul Albab yang berfikir pada kejadian langit dan bumi dan kejadian pertukaran malam dan siang. Ia menyentuh mereka dengan kesedaran beribadat, berzikir dan berhubung dengan Allah s.w.t. Inilah sentuhan yang menerapkan ke dalam hati mereka kebenaran yang tulen yang wujud pada sistem alam ini lalu terkeluarlah dari lidah mereka ucapan tasbih yang memuji Ilahi."( Asy Syahid Syed Qutb – Fi Zilal Quran)

Alhamdulillah...hasilnya, saya sudah bersedia untuk kembali ke medan perjuangan. Biarpun, terpaksa dimulakan dari garisan permulaan. Sekurang-kurangnya saya sudah mengenal duri mana yang terpaksa dielak, ranjau mana yang perlu dilompat! Artikel ini khas untuk mereka yang sedang berada dalam era kejatuhan! Kuatkan azam, tegarkan diri! Ayuh..BANGKITLAH wahai MUJAHID/AH ISLAM!

P/S: Entri ini ditulis pada pertengahan bulan MEI, sengaja saya tidak post kan, kerana menunggu masa yang sesuai. Feeling? Hmm..mungkin?hihi

8 comments:

mohad said...

cantiknya gambar pantai...

na's said...

feeling???

huahua...agk feeling gak la...
jiwang karat 14 g2...

dh btahun ak kwn ko..bru skunk ko ajr ak wat mnde ni ea...


pe pon...chaiyok99x...

Tinta Al-Murabbi said...

hua2x..karat 14 ek??pandailah ko..anyway..slamat datang ke dunia blog~ kalo da btol2 aktif..baru ak link blog ko okeyh?huhu

Unknown said...

Mantop tulisannya!
Memang ada darah mujahid ni..teruskan!Chaiyok!

budak sekolah said...

Salam..

Subhanallah...
Allah ciptakan alam dan manusia untuk saling melengkapi...

apa2 pun, terpulang pada kita untuk menghargainya dengan cara yang macam mana...

p/s:lamanya menjeruk entry~

Tinta Al-Murabbi said...

to tinta murabbi:- masih mengejar mujahid itu, krn jiwa mujahid tidak pernah mengeluh! masih jauh lg diri ini =(

to budak sekolah:- ape pun caranya..biarlah NAMPAK 'penghargaan' itu..krn alam juga boleh melihat..spt tnda syukur kita ats nikmat Allah s.w.t, kita menzahirkannya dgn menambahkn lagi ibadah kita~ =)

Noorsyahida said...

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;(iaitu) Orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”

Ali-Imran 190-191

~semoga menjadi generasi ULUL ALBAB

Atikah Nur Dzulkhefli said...

alhamdulillah..moga-moga allah tak menarek balek nikmat kesedaran yg diberi...insyaallah..improving myself to be a better person in the world n afterworld