Tuesday, August 18, 2009

Satu Azan: Allah di DAHULUkan, Solat di UTAMAkan.


Seusai solat Jama’ Taqdim di Masjid Al Huda, kami mengambil keputusan untuk berehat sebentar di sini, melepaskan lelah dan menghilangkan mengantuk setelah seharian meronda di sekitar Kelantan. Batu Rakit - Machang – Rantau Panjang – Pengkalan Kubur, di jumlahkan semuanya hampir 6 jam kami ‘merayap’. Semester ini saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur, Salor, Kelantan sebagai destinasi untuk ber ‘PBS’ (Pengalaman Berasaskan Sekolah). Alhamdulillah, ada yang sudi menerima kunjungan kami sekaligus menjamin tempat penginapan kami selama seminggu , rumah Saudara Fazimi di Kampung Kubang Rawa, Salor. Sengaja saya ‘lari’ sejauh ini, memandangkan 3 kali ber ‘PBS’ sebelum ini saya memilih untuk melakukannya di sekolah sekitar bandar.

“ Rip..bangun weh..nak masuk asar dah ni, syoknya hang tidur..” ujar Naim. Dia menjadi rakan se’PBS’ saya kali ini.

Saya menggosok-gosok mata bagi menghilangkan baki kemengantukan yang ada. “Pukul berapa dah ni? Nak terus gi rumah Fazimi ke?”

“A’ah..jom la, nak masuk asar ni, kita dah jama’ taqdim tadi, nanti kang..orang duk solat jemaah Asar saf depan, kita berkeruh tidur saf belakang.” Katanya sambil tersengih-sengih. Ketika itu, alunan ayat Quran sudah pun berkumandangkan sebagai muqaddimah sebelum berkumandangnya waktu Asar.

Wira Maroon milik Naim, KBR 3415 bergerak meninggalkan perkarangan masjid. Namun, baru separuh badan kereta keluar dari pintu gerbang masjid, Naim brek mengejut.

Berkerut dahi saya yang masih lagi ber’status’ MAMAI itu, “Awat hang ni?!”

“Tuu...” ujar Naim sambil memuncungkan hujung bibirnya ke arah seberang jalan.

Kelihatan seorang lelaki berumur lingkungan 50 an, berkopiah putih, berbaju Melayu, dan berkain pelekat. Dari gaya pakaiannya itu, saya jangka dia hendak menunaikan solat Asar secara berjemaah di Masjid. Apa yang menarik perhatian kami, pak cik itu kudung kaki kanannya! Dibantu dengan tongkat kaki (leg crutch) yang di apit dengan kedua-dua belah tangan kanan dan kirinya. Setelah di toleh kiri dan kanan bagi memastikan tiada kereta yang lalu lalang, maka dia memulakan langkah melintasi jalan yang jaraknya hampir 10 meter sahaja itu. Sampai di seberang jalan, dia memasuki pintu utama masjid dan berselisih dengan kami yang sedang berada dalam kereta, dia tersenyum lalu mengucapkan ‘Assalamualaikum..’


Tabah Si Tempang.

Sayu hati ini melihatkan situasi itu, ketabahan pak cik itu telah menimbang kembali kekerdilan diri ini yang terkadang acuh tidak acuh dalam menyahut seruan azan. Saya yang sempurna kedua belah kaki ini pun adakalanya tewas dalam memenuhi kehendak solat berjemaah di rumah Allah s.w.t. Ya..dengan kaki yang ada ini saya kerap bergerak ke sana ke mari menunaikan urusan dunia sehingga terlupa ia juga kaki yang dikurnia Allah s.w.t untuk bergerak ke Masjid bagi membereskan urusan akhirat!

Mungkin, kita tidak tempang di SINI, tapi jika kita sering leka dan alpa, mungkin kita akan tempang di SANA! Azan itu, bukan sekadar seruan dari Muazzin bagi memanggil makmum bagi menunaikan solat secara berjemaah tetapi kalimah suci dalam laungan itu adalah wasilah Allah s.w.t memanggil hambanya untuk sujud padaNYA. Nah..jika itu panggilan dari penciptamu wahai Manusia, mana mungkin kau terus menerus melakukan amal duniawi dan mengabaikan azan? Ibarat seorang Raja memanggil salah seorang dari kalangan rakyatnya untuk menerima darjah kebesaran, tiada langsung kemungkinan untuk si penerima itu untuk menolaknya.

Teringat suatu fakta yang saya sampaikan dalam sebuah Usrah Umum untuk adik-adik baru dalam minggu pengurusan baru-baru ini:-

“ Masjidil Aqsa kini telah disekat kemasukannya oleh pihak Zionis Israel. Yang dibenarkan untuk masuk bagi menunaikan solat berjemaah di sana hanya warga tua yang berumur 50 tahun ke atas. Namun, dalam keadaan dikepung oleh AK-47 dan M-16 serta kereta kebal ‘Abraham’ yang beratnya mencecah puluhan tan itupun, masih ada golongan muda yang tegar menyusup masuk bagi menunaikan solat berjemaah! Mereka rela bagadai nyawa demi menyahut sebuah laungan AZAN!”

Kita? Hanya berujiankan JARAK dan MASA~ Sudah tercipta ratusan alasan darinya yang naik lenguh telinga mendengarnya!

Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan salat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk." [At-Taubah: 18]

Dalam surah yang sama di ayat yang ke 108, Firman Allah: "... Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih." [At-Taubah: 108]

7 comments:

Hazwani said...

salam...lama xdatang menjenguk. macam2 cerita di TAM.

doakan perjalanan thesis akak dipermudahkan :)

care

Baihaqi Sensei said...

Salam Ziarah... Pilu hati ni bila terkenangkan pk ck tua yg tempang tadi... Nk nangis... Arip,, lps ni xpyh la pakai kereta.. dtg balai pakai tongkat je... Boleh sy masukkan crita anda dlm blog akademifisabilillah.... Insyaallah blh jd box office dgn tajuk "Arip Dan Tongkat Saktinya"... Atau "Bila Myvi Dibuang, Tongkatlah Temannya"...

Kalau boleh, entry seterusnya mcm mane nk tarik org utk solat berjemaah di surau atau masjid... Atau Balai Islam Al-Arifuddin... Sy berpendapat bahawa ramai muslimin dan muslimat yg mahu mengajak shbt2 mereka... Tp mereka xbuat. Bukan kerana mereka tiada kemahuan, tp mungkin krn tkt dimarahi, diperli, atau tkt org xska padanya... Atau dengan kata lain, mereka tidak mengetahui pendekatan mcm mane yang harus mereka gunakan untuk mengajak golongan sasaran mereka... Contoh yg berlaku baru ini kekecohan "Fenomena Ustaz/Ustazah Moden"... Jgn smpai perkara yg sma dibuat oleh org lain krn kita yg tahu tidak menyampaikan....

"BERSAMA AGRESIFKAN DAKWAH"



akademifisabilillah.blogspot.com

محمد حذوان بن حميدان said...

sedih juge mndgr cerita tntg pkck 2..
kte yg dikurniakn anggota bdn yg ckp smprna ni pun mls nk brjln utk brjmaah ke rmh ALLAH..smoga ramdhan kali ini dpt menyuntik smgt jihad d dlm dri kita..ameen..

Tinta Al-Murabbi said...

to hurin:-

insya Allah..moga segalanya di permudahkan untuk mencapai degree itu..

to baihaqi_sensei:-

ces..ko nih..sungguh pandai mencipta tajuk utk mengenakan aku ye..siap la ko blik nanti..hoho

pengalaman byk mengajar cara terbaik utk memberikan pendekatan mengikut kesesuaian masing2. Jadi..sentiasa belajar dr pengalaman~

to hazwan:-

betul2x...ana ni pon kdg2 tercuai dr gi solat jemaah.. =)

ayman fahym said...

2 la owang kte...jauh perjlnan luas pngalaman...
ni x..
dk je kt KL dy 2
bgus la klo dpt tgk ngan mata...mata hati kn?

Tinta Al-Murabbi said...

to eman:-
wah2.ko ni..sdap je ek..tu ak PBS kt klate..nk memperluaskn pengalaman la ni..hoho

taw la pengkalan kubur jd tumpuan entri ak kali ni..xyahla xcited sgt..huhu

Nur Alia Syakirah said...

kalau ada gambar sekolah kebangsaan pengkalan kubur tu, minta email pada saya. ummi_alia@yahoo.com dulu saya pernah bersekolah kat situ. dah lama tak pergi sekolah tu.. rindu rasa.