Sunday, October 18, 2009

Kembara Sekeping Hati...

Alhamdulillah..pada 3 dan 4 oktober yang lalu, saya bersama ibunda tercinta telah menjalani kursus haji perdana bertempat di Masjid Putra,Putrajaya. Program anjuran tabung haji ini merupakan suatu inisiatif ke arah melatih bakal haji 1430H yang mempunyai persediaan mantap sebelum melaksanakan ibadah haji. Hampir 3000 peserta hadir dari seluruh pelusuk negeri bagi mempraktikkan ilmu manasik haji yang dipelajari secara teori dalam kursus haji bersiri dan intensif sebelum ini. 5 bintang saya 'rate' kan terhadap 'kerealitian' suasana yang bukan sahaja meliputi keseronakan malah jerit payah melakukan ibadah tersebut.


Daripada syahdunya hati menghadap baitullah hinggalah barannya jiwa menunggu bas berjam lamanya dibawah terik sinar mentari. Saya kira ia merupakan suatu pendekatan yang istimewa dan amat relevan kerana hakikat perjalanan haji ialah sesuatu yang amat mencabar. Sesaknya, teriknya, lelahnya merupakan antara elemen utama pancaroba itu. Apalah gunanya jika kita mempamerkan hanya yang manis-manis sahaja sedangkan ujian sebenar yang bakal ditelan itu adalah pahit? Sesungguhnya, kesabaran merupakan aset utama yang perlu teguh dalam jiwa para tetamu Allah s.w.t ini.

Menghadapi pemikiran yang silap mengenai menjadi ‘tetamu’ Allah s.w.t boleh mengundang akibat yang buruk. Jika rumah kita diziarahi tetamu, seharusnya mereka dilayan sebaiknya, penuh hemah dan pekerti, disendukkan segala lauk pauk tatkala dijemput makan, dipersiapkan dengan bantal dan tilam yang empuk jika ingin bermalam, maka lain halnya jika kita bergelar tetamu Allah s.w.t. Berasak-asak bersama 3 juta manusia lain yang datang dari seluruh pelusuk dunia di suatu tempat yang sama, masa yang sama sudah tentunya akan menimbulkan kesulitan dalam apa jua bentuk. Bukan niat saya untuk mengatakan bahawa ibadah haji ini adalah sesuatu yang menyusahkan, namun kita perlu berpijak pada realiti bahawa ibadah ini merupakan ibadah yang menuntut pengorbanan dan kesabaran sebagai galang gantinya.


Apa yang perlu kita sedar ialah jika tetamu itu dilayan sebaiknya, segala layanan itu datang dalam bentuk luaran yang bersifat fizikal, enaknya makanan yang dihidangkan dan selesanya tidur pada bantal yang empuk itu membuatkan tetamu berasa senang dan gembira dengan layanan sedemikian rupa. Sedarkah kita bahawa, tetamu Allah s.w.t itu, selesanya, gembiranya, bukan datang dari aspek-aspek fizikal itu, namun ia dilayan pada tenang sebuah hati menghadap Ilahi. Ketenangan itu, bukan boleh dibuat-buat atau dijual beli, sebaliknya ia adalah sepenuhnya milik Allah s.w.t. Kepada siapa ia diturunkan, hanya Allah s.w.t sahaja yang layak mengurniakannya. Ramai orang cukup sifatnya, sempurna kejadiannya, bertimbun hartanya, bahagia keluarganya, namun, adakah tenang hatinya?


Hakikatnya, perjalanan haji ini adalah kembara sekeping hati seorang hamba. Dahulunya ia kudus dan mulus, namun apabila dilumur najis duniawi, ia makin nyenyak dan selesa dengannya. Kita berjalan dalam keadaan berihram yang tanpa seutas benang pun dibenarkan merentasinya untuk disambungkan. Apatah lagi pakaian-pakaian mewah yang selalunya kita jadikan sandaran untuk berbangga. Apa lagi yang tinggal pada kita selain dua helai kain itu sebagai penutup kemaluan itu? Tiada lagi haruman-haruman wangi yang menutup bau hapak badan kita, sebaliknya yang menyinggah hidung hanyalah hamis yang datangnya tetap dari BADAN kita!

Ya…apa yang tinggal ialah hati, kita membawa hati menemuiNYA kerana itulah tempat jatuh pandangan Allah s.w.t. Maka, ingin saya bertanya kepada para bakal haji sekalian (termasuk diri saya), apakah persiapan yang selayaknya mendapat sepenuh perhatian kita? Adakah beg-beg pakaian? Duit yang secukupnya untuk membeli belah? Itu semua persoalan kedua! Persiapan meng ‘hidup’ kan hati itu dengan amal ibadah merupakan tunjang utama yang sangat memerlukan 200% perhatian. Ini persoalan utama! Hayati, singkapi segala peranan hati itu, agar ia menjadi pemandu berkaliber dan berkualiti yang bakal mengenderai sebuah kenderaan bernama TUBUH!

Membawa hati yang ikhlas dengan menjadi tetamu Allah s.w.t, semoga kita memperolehi ketenangan itu!! Hajj Mabrur~


P/S:- Maafkan saya setelah sekian lama menyepikan diri, 3 minggu kebelakangan ini, adalah musim assignment + projek yang sangat dahsyat. Bertukus lumus menyiapkannya sehinggakan terabai teratak kedua saya ini. Masakan tidak! Barqiya pun saya tinggalkan sahaja dirumah. Lebih menjimatkan masa menaiki bas pada waktu malam berbanding memandu kereta pada siang hari~ =) Doakan kelapangan masa untuk kami~




3 comments:

hurin said...

salam adik. moga kembali nnti dgn fikrah yg lebih segar. please give EXTRA care to ur ummi.

bacalah Haji Muda by Ridzwan Bakar. it will helps u a lot. sekecil2 perkara pun ada nasihatnya. buku yg sgt praktikal dn mudah difahami which is lebih kpd perkongsian experiences.i do hv it if u want to borrow.

iA, smga berjaya dlm menjejaki hajj yg mbrur.

hurin said...

anda kurg mahir bercakap menyebabkan usrah kurg menarik?
sudah lama berusrah tapi makin hari makin bosan?
tiada kelainan dlm usrah?

JOM MERIAHKAN USRAH!!!

CReaTiVe SiFu(CS) ingin memperkenalkan produk terbaru kami iaitu eBook 100 permainan islami.
Dengan HANYAdengan RM10 anda akan mendapat:
- 100 modul permainan islami (yg sesuai utk usrah, LDK, kursus kefahaman islami, PnP di sekolah, etc).
- training programme percuma dikendalikan oleh pihak CS bermula Nov dan Dec ini seluruh Malaysia.
- free gift (tunggu..)

apa tunggu lagi..JOM MERIAHKAN USRAH dan GEMPAKKAN DAKWAH.
insyaallah, produk ini akan membantu anda menjadi naqib yg cemerlang. amin.

berminat? sila beri nama, emel dan no telefon anda kpda sya ke 013-3190214 atau email ke banat_md@yahoo.com. Anda dan saya punya harapan untuk memurnikan Islam dengan aktiviti2 yang menarik dan efektif. InsyaAllah. Semoga bermanfaat buat anda...

Nama :
Emel:
No Tel:

Tinta Al-Murabbi said...

to hurin:-

insya Allah..doakan perjalanan kami selamat hendaknya, dipermudahkan segala urusan..sy ingin pulang dengan hati yang lari dari segala sifat mazmumah..entahlah..baru2 ini byk benar sifat itu beranak pinak~ Allahu Rabbi T_T.

Nvm..i prefer to buy it myself bcoz suke bt collection~ huhu

neway terima kasih ye~

P/s:- Ruangan iklan yang lancarkan itu sangat bermanfaat nampaknya!hehe