Thursday, March 24, 2011

Mu tarik…aku pun tarik, pahtu??

1…2…Tarik!!! Tarik lagi!!! Tarik!!!


Merah padam muka saya dibuatnya.


Segala kudrat otot saya kerahkan.


Sehabis daya saya henjut tali itu.


Ketika itu, hanya kerana seorang penarik tidak pandai bernafas pada waktu dan saat yang betul, maka boleh memungkinkan keseluruhan pasukannya tumpas. Mana tidaknya, saat menghembuskn nafas untuk diganti dengan nafas baru itu merupakan titik kelemahan yang ditunggu-tunggu oleh sang lawan.


Lagi!!! Tarik!!!


Perlawanan sudah mencecah 180 saat lamanya. Bukan mudah, seluruh tenaga ditumpukan pada kedua belah tangan untuk menarik . Badan sudah 90 darjah dicondongkan ke bumi bagi melawan semula beban tarik dari pihak lawan. Kaki-kaki sang badang yang sudah dipasakkan ke bumi sekukuhnya itu pun, seringkali tersadung, lalu dipasak semula agar tegar imbangan badan.


Lagii!!! Sikit lagi!!! Haaa!!! Menang!!!


Akhirnya…


Saya mencungap-cungap mencari udara, tidak sempat diraikan pun kemenangan tersebut. Jelas kedengaran sorakan dari murid sekolah dan orang kampung.


Ustaz menang!! Ustaz menang!! Beberapa orang anak murid mengerumuni saya.


Nun di sebelah sana, kelihatan pasukan lawan, JKKK Padang Tebakang yang kelihatan agak kecewa dengan kekalahan itu. Terpancar keletihan di wajah masing-masing, macam baru balik perang!


Hehe..ingat senang ke lawan JKKK Beladau Kolam? =P


Hasil perlawanan tarik tali itu?


Sehelai tuala (hadiah pemenang), jari yang luka, dan sengal badan yang berlanjutan selama 3-4 hari. Padan muka! (+_+)


Itulah ceritera saya disebalik Kejohanan Olahraga Tahunan S.K Beladau Kolam…



Betul sangatlah tu…


Pernah berada dalam situasi ini kan?


Bertelagah mengenai sesuatu perkara, tiada resolusi yang dapat dicapai, perbincangan bertukar menjadi pergaduhan. Masing-masing menggenggam kemas pendapat mereka.


“Aku betul, kau yang salah!”


“Pendapat kau betul, tapi hujah aku lagi kukuh!”


“Ahh…pendapat kau tak cukup rasionalnya!”


Menyesakkan dada...


Ibarat perlawanan tarik tali tadi, kedua-duanya berusaha untuk memenangkan pasukan masing-masing. Tali tersebut tegang, setegang-tegangnya. Terserlah kejantanan sang lelaki. Urat dawai tulang besi lah katakan~


Kadang-kadang, bukan kalah menang yang ingin dicapai, tetapi keseronokan mencabar itu yang utama.


Namun, realiti sebenar jauh dari ini.


Kerana bertegang, berapa ramai pemimpin yang difitnah?


Kerana bertegang, berapa banyak pelamin hancur dan musnah?


Kerana bertegang, berapa banyak jemaah punah dan goyah?


Hanya kerana bertegang kan?


Benar sekali, perselisihan antara kita tidak dapat dielakkan, apatah lagi Allah s.w.t menjadikan kita pelbagai rupa, bermacam ragam. “Lita’arafu..” kata Allah s.w.t dalam kitabNYA.


Lapang Dada


Mudah untuk menuturkannya, tapi, bila dah kena batang hidung sendiri…


“Senang la kau cakap, bukan kau yang kena!”


Namun, itulah penyelesaiannya bagi sebuah ketegangan, berlapang dada adalah menifestasi dari REDHA. Redha pula berkait rapat dengan taqarrub hamba dengan Tuhannya. Taqarrub itu pula kayu ukurnya adalah IMAN dan TAQWA. Mahu tahu sejauh mana kita dengan DIA, lihatlah sejauh mana pula kita berlapang dada keranaNYA.


Bukan mudah untuk berlapang dada dalam perkara yang tidak kita sukai,


Bukan mudah untuk bersabar untuk perkara yang telah lama dipendam,


Bukan mudah untuk bersetuju dalam perkara rendah nilai rasionalnya,


Bukan mudah untuk tersenyum dalam kesakitan,


Tetapi, kita nilailah sendiri, andai semuanya terpaksa. Terpaksa setuju, terpaksa redha, terpaksa tempuhi, terpaksa senyum. Maka alangkah ruginya pengorbanan kita itu!


Pesan ulama’:- Tajdid semula niat kita.


Aku bersabar, berlapang, mengalah ni untuk siapa? dia atau DIA?


Perkara Harus


Lihatlah, betapa Allah s.w.t bentangkan kita jutaan pilihan halal dan harus. Berbanding perkara makruh dan haram. Bukankah itu petanda kepada keluasan pilihan untuk kita bagi berlapang dada?


Maka, dalam banyak-banyak perkara pilihan harus dan halal, mengapa perlu kita memilih jalan yang mencederakan orang lain?


Selagi ianya bukan perkara yang bertembung antara halal dan haram secara syar’ie, mengapa kita pilih untuk berbalah?


‘Asyik mengalah je…habis perasaan aku, hati aku, siapa nak jaga?’


Biarlah Allah s.w.t yang jaga. Jangan kita biarkan urusan hidup kita diuruskan oleh diri sendiri walau sekelip mata sekalipun, melainkan Allah s.w.t sebagai walinya.


Pengorbanan kita hari ini sesama manusia, hitungannya bukan di dunia. Namun, di hadapan Allah s.w.t kelak, dek kerana rendahnya hati ini menolak kekerasan kerana DIA. Allahumma Ameen.


Dengan penuh kesedaran saya adalah manusia yang tidak layak berbicara mengenai hal pengorbanan ini, kerana hakikatnya, saya masih lagi menghidap penyakit hati bernama pentingkan diri (ananiyyah). Berdoa, dan terus berdoa agar penyakit mazmumah itu tidak membelenggu, biarpun dalam keadaan tidak sedar.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


"Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain, tidak menzaliminya dan tidak membiarkan ia dizalimi. Barang siapa yang berusaha untuk memenuhi hajat saudaranya, maka Allah akan membantu dan mempermudahkan hajatnya."

(Hadis riwayat Muslim)

5 comments:

محمد حذوان بن حميدان said...

Islam adalah satu cara hidup, apabila hanya TEORI mudah dilafazkan tanpa bersedia merasai pahit dan manis di lapangan, cukuplah cuba merasa MALU dengan Allah jika tiada pernah rasa melu berhadapan dgn manusia~ renungan bersama

Tinta Al-Murabbi said...

(^_^) a good comment akh hazwan~ tersentuh dgnnya..terima kasih~

No One said...

A post that fits my situation exactly. Sejibik ape yang tgh rase skrng. Terpaksa. Terpaksa senyum. Terpaksa tahan. Terpaksa stuju walaupun xske. Terpaksa! Sometimes, xpuas ht. Klu menyuarakan xpuas ht, niat dipersoalkan. Keikhlasan dipersoalkn. Apa yg boleh buat, cume pendam.

Tp post uzt membuka minda sya, maseh. It was a very interesting read. Please keep on writing.

Tinta Al-Murabbi said...

to Bella:-

kunci dia REDHA~ Fikir balik, tenangkn balik, letak jauh2 emosi..bkn senang, tp tula yg kita kne hadapi kan? =)

Pengorbanan yg dtg dr redha, nilaiannya Allah yg jamin tau~

Pendam, tp jgn smpi jd gunung brapi hoho~ sok2 meletus lg parah..

Mayb u can recheck the way to express the unsatisfied feeling. Kdg2, kita rasa cara kita luahkn da btol,tp sbnrnya org len xdpt trima.Terpulanglah..but the most important is communication.

Jom Muhasabah (^_^)

No One said...

hmmm btul jgak tu.. guess I don't rly have the best of communications with people. nk cba sebnyk yg boley tuk redha so I'll keep it in mind. :) Thanks for the advice. (^,^)