Thursday, April 7, 2011

[ 2 : 186 ]

Imam Suyuti merekodkan di dalam kitab karangannya, Asbab Nuzul mengenai kisah di sebalik penurunan ayat 186 surah Al Baqarah ini:-


Seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah s.a.w, lalu bertanya;


“Adakah Tuhan itu dekat? Sehingga (cukup sekadar) boleh kami bermunajat (berbisik) sahaja denganNYA, ataupun Tuhan itu jauh? Sehingga (memerlukan kami) seru (laung)?”


Nabi s.a.w terdiam, sehingga turunlah ayat ini, bagi menjawab persoalan Arab Badwi itu.

(Hadis Riwayat Ibnu Jarir)


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ (١٨٦)


Ertinya:- Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.


Mungkir Janji


“Dol, kau tunggu aku di stesen bas petang ni, pukul 4.30, jangan lambat tau!” pinta Karim kepada rakan baiknya,


“Ok…kau jangan risau, nanti aku sampai lah” ujar Zaidol menamatkan talian.


5.00 petang.


“ Lerr…kenapa tak sampai-sampai lagi budak ni? Pagi tadi beria-ria ingatkan aku” bebel Zaidol seorang diri.


Akhirnya, muncul juga batang hidung si Karim!


“ Sori lah…aku sakit perut lah tadi, sambal nasi lemak sarapan pedasnya tuhan jela yang tahu!” Karim menerangkan keadaan sebenarnya.


“Hmm..yelah tu, jom lah..” ada nada kesal di hujung suara Zaidol.


Soalan ikhlas untuk para pembaca dan khasnya untuk diri sendiri juga, sepanjang hidup ini kita pernah memungkiri janji tak?


“Mestilah pernah rep oi! Kita ni manusia, bukan malaikat ~”


Ok, kalau begitulah keadaannya, maka ini bermakna manusia punya kelemahannya masing-masing sehingga membuatkan dirinya terpaksa memungkiri janjinya dalam keadaan terpaksa mahupun sengaja. Kata Nabi s.a.w:- Insan tidak lari dari salah dan terlupa. Saya yakin kita semua ada sebab-sebab untuk memungkiri sesebuah janji. Contohnya, sakit, terlupa, tertidur, malas (???) dan sebagainya. Kan?


Hakikatnya, kita seringkali terlalu mengharap kepada manusia, meminta itu dan ini. Sehingga terlupa bahawa dia yang kita pinta itu sebenarnya juga manusia seperti kita. Adakalanya tersinggung dek kelemahan diri sendiri.


Bertambah aneh, apabila kita juga tanpa segan silu bergantung harap sepenuhnya pada manusia untuk memenuhi permintaan kita. Walhal, kita tahu bahawa dia yang dipinta itu juga ber’status’ hamba seperti kita. Tapi alangkah butanya dan bodohnya kita apabila, terus menerus ber’tuhan’kan manusia untuk meminta-minta.


Sedangkan kita sebagai MUSLIM, punya tempat meminta segalanya dari MAHA SEMPURNA. Ya…maha SEMPURNA! Suci dari sebarang cacat, lemah mahupun cela padaNYA. Adalah mustahil bagiNYA untuk memungkiri sebarang janji kerana padanya ada Qudrat dan punya Iradat. Juga ada padaNYA, segala kebaikan, kekuatan dan keistimewaan.


Apa pun yang kita pinta, andai cukup syarat doanya, maka telah menjadi HARUS pada Allah s.w.t untuk mengabulkannya. Janji Allah s.w.t adalah WAJIB bagi kita untuk beriman denganNYA:-


...ٱدۡعُونِىٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ...



Ertinya:- Berdoalah kepadaKU, nescaya akan KU perkenankan bagimu. ( Al Mu’min:60)


Sidang Pembaca! Al-Quran bukan macam media massa Malaysia seperti Berita Hairan, Utusan Meloya, TV3 suku, yang ada keberangkalian ada padanya penipuan dan ketirisan. Tapi Al-Quran ini kalam Allah s.w.t! Kalam dari tuhan yang MAHA SUCI. Setiap huruf yang tertulis didalamnya adalah dijamin keaslian dan keselamatannya hingga ke akhirat kelak.


MAHA SUCI ALLAH daripada MEMUNGKIRI JANJI!


Dekat dengan berdoa


Ayat 186 Surah Al Baqarah diatas memberitahu kita bahawa betapa dekatnya Allah s.w.t kepada hambaNYA yang meminta hanya kepadaNYA.


Bagaimana untuk merasakan kebersamaan Allah s.w.t (Ma’iyatullah) itu?


Dengan meletakkankan pengharapan yang sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Melalui jalan Tawakal yang tinggi dan ampuh. Merasakan bahawa Allah s.w.t adalah tempat segala-galanya untuk disandarkan, dirayukan, diharapkan, dipohonkan, diberikan sepenuh kepercayaan.


Umpama tawakal Nabi Ibrahim a.s saat diletak di dalam manjanik (alat melempar) ke arah semarak api yang menjulang tingginya…


Umpama tawakal Nabi Muhammad s.a.w tatkala dikeliling ribuan tentera Ahzab yang berpakat untuk menyembelih pemeluk agamaNYA…


Jika tidak mampu sekalipun tawakal setinggi itu, cukuplah sekadar mengambil ibrah tawakal seekor burung yang keluar paginya, tanpa tahu arah tuju rezekinya, namun pulang petangnya bersama makanan untuk anak-anaknya.


Takkanlah kita kalah dengan tawakal seekor Burung? (^_^)


Penat Berdoa


“Bilo nak dapek ni, naik berbuih mulut den doa dah ha..”


“Alahai…doa banyak-banyak bukan pernah dapat pun…”


“Allah s.w.t ni dengar ke apa yang aku doakan ni? Kenapa tak pernah dikabulkan pun?”


Jika kita terasa lelah berdoa…


Jika kita terasa putus asa meminta padaNYA…


Jika kita terasa Allah s.w.t seperti tidak mendengar…


Maka, saya cadangkan kita muhasabah semula diri kita. Tentu terselit kekhilafan kita si hamba memenuhi syarat berdoa. Sehingga tidak pula dikabulkanNYA.


(Err..dalam entri lain pula ya saya bawakan syarat berdoa, ada orang bising, entri saya panjang sangat! =P)


Maka, sesudah dihisab diri ini, diperbetulkan apa yang cela, namun masih jua tidak kesampaian hajat itu, marilah kita motivasikan diri dengan hadis ini:-


“Tidaklah seorang Muslim itu meminta sebuah permintaan keada Allah s.w.t, yang di dalamnya tidak berisi dosa dan memutus tali (silaturrahim), kecuali Allah s.w.t pasti akan memberika kepadanya salah satu dari tiga hal: Doanya segera dipenuhi, atau menjadikannya sebagai simpanan di akhirat, atau Alah akan melindunginya dari keburukan (yang akan menimpa)”. Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, kalau begitu kami akan perbanyakkan doa”. Jawab baginda, “Allah maha lebih”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad)


Lihatlah, betapa tidak sia-sianya kita berdoa! Apa lagi kurniaan yang lebih utama daripada ini? Masih adakah kemurahan lain selain ini? AllahuAkbar!!


P/S: Untuk semua dan khasnya untuk diri ini, jangan putus asa, teruskan berdoa! Kerana disitulah punca segala harapan! (^_^)

8 comments:

...wardahdiana... said...

salam...
tahniah, entry yang berjaya membuka minda utk berfikir..

kdg2, dlm kekalutan yg melanda, kite lupe utk brdoa..sbb tu kite rase susah dan buntu.. rupenya, kita tak sedar pun, Allah menunggu doa kita, utk memohon pertolongan dan bantuan dariNya.. same2 la kite memperbnykkan doa sbg tanda kesyukuran dan pengabdian kita kepada Allah...
cepat atau lambat dimakbulkan doa itu, sbg hamba,kita tak layak utk mempersoalkannya,krn hanya Dia yg tahu bila masa yang sesuai utk memperkenannya...

k, teruskan bertinta, ya akh..
wslm~

Tinta Al-Murabbi said...

Walaikumsalam

syukran atas komen ini ukhty~ really appreciate it! (^_^)

ana ingatkn entri ni xde org nk baca@komen sbb pnjg sgt hehe~

yup..ur very true, hamba statusnya tetap hamba~ semoga kesedaran berhamba ini sentiasa segar dlm hati2 kita~

Anonymous said...

salam..
saya setuju benarlah tu..bila dikatakan hamba, tak layak langsung untuk persoalkan DIA, kenapa itu,kenapa ini, kenapa aku, bukannya dia. Kerana selagi namanya hamba (means smpai bila2 la kan :)) kita layak diperlakukan apa pun oleh Dia. Tapi jangan kita lupa, sifat Dia yang Maha Sempurna dan jauh dari sifat tercela takkan pernah mengecewakan hamba. cuma kita yang selalu leka, dan makin jauh dari Dia bila kita 'rasa' Dia xdekat dengan kita. Layakkah kita buat macam tu??
-Kasih Allah itu tanpa syarat,pastinya kalau kita mampu melihat- =)
Wallahu A'lam..

Tinta Al-Murabbi said...

to anonymous:-

sgt benar~ (^_^)

Dalam sebuah hadis qudsi riwayat Muslim:-


أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني

"AKU berada diatas sangkaan hambaKU, dan AKU bersama mereka apabila mereka mengingatKU"

kata Dr. Aidh Abdullah Al Qarni di dalam 'La Tahzan'.

"Bersangka baiklah dengan Allah s.w.t dalam apa jua keadaan"

Syukran atas pencerahan (^_^)

budak U said...

di samping doa tu..perlukan usaha juga En.Ariff...

Tinta Al-Murabbi said...

bebudak U;-

ye~ Tepat skali! ^_^

محمد حذوان بن حميدان said...

selalunya lidah mudah bermadah tika TEORI dihambur, namun apabila dduk di medan mehnah seakan2 kita x prnah tahu jnji Allah itu amt besar utk kita..prjuangan itu amt manis, namun setelah kita merasai kepahitannya.. (^_^)

Tinta Al-Murabbi said...

Janji Allah s.w.t itulah yg menjadi pengharapan yg paling kuat tatkala diuji mehnah dan tribulasi, smoga TEORI yg diketahui menjadi AMALI apabila tiba saatnya~ (^_^)