Monday, December 1, 2008

Lapangkanlah HATImu seluas TASIK!!

Ariff sedang termenung di tepian tasik seorang diri, sendiri dan menyepi. Raut wajahnya mentafsirkan seribu kecelaruan yang sedang bermain di dalam hatinya. Ribuan timpaan masalah tidak berhenti-henti menjergah kotak pemikirannya.

‘Wang belanja tidak mencukupi’
‘Ibu tidak berapa sihat kebelakangan ini’
‘Abah jarang pulang ke rumah kerana sibuk’
‘Adik-adik perlukan belaian kasih sayang’
‘Rakan-rakan yang menjengkelkan’
‘Pelajaran semakin merosot’

Masalah itu seakan-akan berpakat untuk menambahkan keserabutan dan kekusutan di hatinya. Dalam tidak sedar, matanya berair, menjirus pipi lalu tumpah ke tanah. Tidak tertampung rasanya lagi untuk menahan sebak. Memikirkannya sahaja sudah tidak mampu, apatah lagi untuk menyelesaikannya!

Ustaz Azizullah mendekati muridnya yang duduk keseorangan itu. Dari tadi dia asyik memerhatikan tingkah laku anak muridnya itu. Masakan tidak, seusai kelas tasmi’ pagi tadi, dia perasan bahawa anak murid itu tidak ceria seperti biasa. Dua tiga minggu kebelakangan ini pula, muraja’ah Ariff seringkali tersangkut dan bercelaru. Sudah tidak masyi seperti dulu. Malah, dia kini sedang keciciran berbanding rakan-rakannya yang lain.

Dibelai bahagian belakang tubuh Ariff dengan lembut. Ariff berpaling dan cepat-cepat mengesat air mata apabila mendapati gurunya itu duduk bersebelahan dengannya.

‘Ustaz? Assalamualaikum’ salam sambil mencium tangan gurunya itu. Tanda hormat si penuntut ilmu.

‘Walaikumsalam, duduk sorang-sorang lepas Asar ni? Tak pergi main bola?’ Soal ustaz.

‘Tak ustaz, tiada mood pula rasanya petang ini’ jawabnya jujur.

‘Kenapa? Ustaz perhati kamu 2-3 minggu ini, lain benar fe’elnya? Ada problem?’

‘Asif ya Ustaz, bukan sengaja dibuat-buat perangai itu, banyak benda yang berselirat di otak saya sebenarnya, makin bertambah umur, makin bertambah pula masalahnya’ air mata yang cuba ditahan, tetap mengalir sedikit demi sedikit.


Ustaz Azizullah tersenyum. Jarang benar melihat anak didiknya itu bermuram durja. Ariff yang dia kenal seringkali beraut ceria bersama rakannya. Tidak sangka, raut itu sekadar tempelan untuk menyenangkan hati yang lain. Mulia sungguh jiwa anak muda ini.

‘Dah, tak macholah lelaki meleleh, nah ambil botol ni kemudian isikan dengan dua genggam garam. Pergi minta pada cik kafe, kemudian datang ke sini semula. Bersama segelas cawan ya?’ kata ustaz sambil menghulur botol yang dikutipnya dibawah kerusi.

Ariff taat menurut arahan. Selang 7 minit, dia kembali bersama bersama garam dan cawan yang diminta.



‘Ha..sekarang, ambil segenggam garam letakkan ke dalam cawan, kemudian isi dengan air hingga penuh dan kacaukan hingga larut’

Ariff melakukan seperti yang dipinta ustaz. Sambil hatinya tertanya-tanya, ‘apalah yang ustaz nak suruh aku buat ni?’

‘Ok..sekarang kamu minum air garam tu sampai habis!’ arah ustaz.

‘Ha?Ustaz ni?Betul ke?’ dalam percaya atau tidak Ariff mempersoalkannya.

‘Minum jelah..’

Adat penuntut, mesti patuh arahan guru selagi tidak bertentangan dengan syara’. Maka, minumlah si Ariff sehingga habis. Mujur cawan kecil yang dibawa, jadi kuantitinya agak sedikit kalau nak dibandingkan dengan sebuah gelas!

Kelat mukanya menahan masin. Selesai, air diminum, ustaz pinta…

‘Kamu ambil baki garam yang lagi segenggam itu, dan lemparkannya ke dalam tasik!’

Ariff melakukannya seperti yang di pinta.

‘Ok..kamu minum air tasik itu sampai hilang masin kamu itu!’

Ariff cepat-cepat menuju ke tepian tasik, minum sepuas-puasnya, rasa masin tadi tentunya telah men’cekik’ nilai deria rasanya. Mujur pula air tasik disitu jernih dan memang boleh diminum. Kalau airnya seperti sungai Kelang??

Sambil mengelap saki baki air yang masih menitik di sisir bibir. Barulah terpacul soalan kepada sang ustaz, ‘Kenapa ustaz suruh saya buat begini?’

Tenang sambil tersenyum raut wajah Ustaz Azizullah. Cukup sejuk hati melihat wajah seorang guru yang tidak ternilai kejujurannya mencurah ilmu kepada yang memerlukan.

‘Ariff…MASALAH adalah corak hidup setiap insan. Mahu atau tidak ianya tetap akan menjengah bertanya khabar setiap masa. Ketabahan kita menghadapinya merupakan kayu pengukur nilai ketaqwaan kita kepada Allah Azza Wa Jalla. Lari daripadanya bukan sikap seorang mukmin yang baik. Malah boleh memburukkan keadaan. Jadi, apa yang penting ialah bagaimana kita menghadapinya!’

Ariff terpaku diam, Ustaz Azizullah memandang anak muridnya dengan pandangan yang redup. Sambil menghela nafas yang panjang, beliau menyambung…

‘Kalaulah, masalah yang menimpa, kita sambut dengan HATI yang sempit seperti sempitnya gelas itu tadi. Maka, sudah tentu terasa kemasinan yang amat sangat bukan? Namun, jika kita terima masalah itu dengan HATI seluas tasik ini, masih terasakah kemasinannya? Itulah caranya kita menghadapi setiap masalah yang mendatang!’

Maka anakku…luaskan lah hatimu seluas tasik ini! Ingat ayat Allah ayat 216 Al Baqarah:-
كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Ertinya: Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

‘Jangan biarkan emosi membaluti rasional akal fikiran awak!’ =) Hope still keep this word!

P/S : A story dedicated for Ummi, Along, Ika dan Iyah! Not to forget to my MURABBI Ustaz Azizullah Bin Jamal Rashid

9 comments:

Anonymous said...

:)

‘Jangan biarkan emosi membaluti akal fikiran awak!’ =) Hope still keep this word!

still..insyaAllah~
[huhu~ tetibe memperasankan diri sendiri..]

Tinta Al-Murabbi said...

hmm..disebabkan 'anonymous' yg tulis me still ragu sapekah gerangan makhluk asing ini? but then..this word, pnah diberi pd sorng je..so i think i know who u r? =P

emir.abu.khalil said...

uhrm.. ini cerita rekaan ke betul-betul ni? figur-figur dalam cerita ini serta latar tempatnya sangatlah familiar...

anyhow, barakAllahu fiik ya akhi.. this is a good entry...

Tinta Al-Murabbi said...

hmm..cerita ni?main idea ambil dalam sebuah cerita pendek, tapi disebabkan dah hilang entah kemana, maka diolah menjadi versi cerita sendiri..jadi tiada kaitan sama ada yang hidup ataupun yang telah mati =)

Anonymous said...

salam alaik,
lorh, ana igt td cite btol2. leh wt cerpen ni. mm, leh diaplikasikn analogy kemasinan tu sbb ade je akhwat cite problem, tp tatau nk comfortkn camna.. syukran kathira, arigatou..

Anonymous said...

ohoh~begitukah?
kalo mcm tuh...enchek tertinggal satu perkataan..RASIONAL
=p

Anonymous said...

humm...bes cte ni..
cm cte btol pn ade..:)
de bkt ni jd novelis ni..leh bt buku..cm us hasrizal
ye dop?


knp Allah bg kite ujian??..
sbb Dia rindu nk dgr kite merintih pdNya...

ingt plk kt lgu ni...

jangan difikir derita akan berpanjangan
kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
ingatlah biasanya kabus x berpnjgan
setelah kabus berlalu
pasti cerah kembali..=)

Anonymous said...

salam...

emm, mmg bez, leh jd writer trsohor ni.

smpai kapan pun maslah kan de, Allah bg sesuatu mslh mengikut kemampuan hambanya, so lets face it, usha mngatasinya n tawakal. i.Allah smu mslah blh selesai, btulkan?

syukran, leh wat bekal n amlan hdup :)

Shukri said...

bajet anak murid kesayangan yo!
YM pun ust x nk balas!huahuahua
by the way, satu karya yg bagus