Saturday, December 6, 2008

Lihatlah dengan Mata Hatimu...

Pulang sahaja dari surau pagi ini, Buletin Pagi TV3 menjadi hidangan mata saya sementara menunggu masa untuk sarapan. Namun, pagi ini terasa agak berbeza banding pagi sebelumnya. Tidak sunyi seperti biasa, tapi ummi dan saya ditemani dengan bunyi helikopter. Bukan sekali, malah seperti punyai lalu lintas helikopter pula di udara. ‘Buat apa pula helikopter ni merayap pagi-pagi buta sebegini?’

Sedang persoalan itu bermain di kepala, saya tersentak apabila Buletin Pagi itu menceritakan mengenai kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Ampang! Hampir tersedak air teh yang sedang dihirup, baru minggu lepas saya berulang dari sana, menghadiri kelas B.Arab di Madrasah Ad Diniyyah. Menurut Ustaz Yazid, kawasan kejadian hanya 300 meter sahaja dengan madrasah itu.

Terus, menguatkan lagi ‘volume’ bagi mendengar berita lanjut. Lebih 14 banglo tertimbus dek tanah runtuh kira-kira pukul 4 pagi tadi. Sehingga kini, dianggarkan 6 orang lagi yang masih terperangkap dan angka korban yang ditemui mencecah 4 orang! Terkini, 4 orang daripada yang terperangkap itu telah dikenalpasti lokasinya.

Cepat-cepat keluar menuju ke balkoni untuk melihat, mungkin boleh dilihat kawasan kejadian ini dari balkoni rumah saya. Mengecewakan, tidak nampak..kawasan kejadian jauh ke dalam barangkali. Tidak seperti peristiwa Highland Tower tahun 1993 dahulu. Boleh dilihat jelas, blok itu yang asalnya 3 berkurang menjadi 2! Runtuh…Mengikut perkiraan, hanya 5 hari lagi, tanggal tragedi ini akan mencukupkan usia 15 tahun peristiwa Highland Tower.



Bergetar hati ini membayangkan perasaan ahli keluarga yang baru kehilangan ahlinya secara tiba-tiba. Mungkin semalam baru mereka makan malam bersama, mungkin semalam mereka melakukan solat Isya’ berjemaah, mungkin semalam mereka mengerjakan Qiyamulaill bersama! Sudah tentunya berkecai hati ini kerana tidak menyangka makan malam itulah, makan malam yang terakhir, solat Isya’ itulah solat yang terakhir dan Qiyamulaill itu, Qiyamulaill yang terakhir secara bersama.

Saya petik kata-kata Dato’ Shaharudin Adnan (Bapa kepada salah seorang mangsa, Shaiful Khas) dalam usaha mengesan anaknya:-

"Saya menggunakan telefon bimbit untuk mengesan anak saya yang tertimbus. Shaiful kemudiannya ditemui dengan tangannya yang sejuk dan masih memegang telefon bimbit, dan dia disahkan telah meninggal dunia,"

Allah…tidak termampu rasanya hati ini meletakkan rasa empati andai saya berada di tempat ayahnya! Tentu, longlai kaki yang melangkah, terkulai tangan yang digenggam. Sedihnya saya hanya dapat diterjemahkan dengan untaian doa untuk arwah dan juga keluarga, agar tabah mengharungi ujian yang meniup kencang.

Wahai hamba Allah, kamu sentiasa layak diuji! Kerana itulah hakikat hamba kepada Allah, diuji agar ditambah maqam darjatmu di Akhirat kelak. Jangan dipersoalkan mengapa kamu yang diuji, mengapa bukan insan lain? Sesungguhnya, inilah hakikat kita sebagai manusia, hanya dapat melihat dan mempelajari hikmah setiap ujian, bukan dipersoalkan Allah atas dasar jahilnya kita si ‘Insan Lupa’, seolah kita lupa Allah itu Maha Mengetahui, Maha Bijaksana. Buruknya ‘ujian’ itu atas pandangan mata kasar kita yang melihat apa yang zahir, gunalah mata hatimu untuk ‘melihat’, nescaya tersingkaplah hikmah, terbentanglah apa batin. Tabahkan hati, kuatkan dirimu..

Moga ayat ini sedikit sebanyak dapat menenangkan hati yang berdukacita itu, biar lega dengan musabab, inilah Qada’ dan Qadar Allah:-

Ertinya: Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Al Ankabut: 2

5 comments:

Anonymous said...

saya tak tahu nak komen apa~
yang pasti..saya jeles dengan kamu... saya jeles baca cerita kamu tunggu sarapan dari ummi kamu...sbb saya rindu nak sarapan kat mesia ngan mama gak...waaaa~

---------------------------------

ujian itu pelbagai..ujian datang tiba-tiba tanpa disangka...ujian juga adalah tarbiyah buat diri..
bagi mereka yang menyedari hakikat diuji,
ujian itu pasti menambahkan ketaqwaan pada Ilahi..dan ujian itu sebenarnya akan lebih mendekatkan hati dengan rabbul IZZATI...
kesabaran di atas kesabaran..teruskan bersabar..teruskan berdoa.. (^^,)

Tinta Al-Murabbi said...

ark..jeles?heh~ sdapnye mee goreng yg umi masak pg tu~ nak ke??

Anonymous said...

hang memang kejam!!!KEJAM!!!
K.E.J.A.M!!!!!

makcik!!! sy xmo mee goreng..tapi saya nak telur pindang.. boleh yer~ [ngeh3]

nurul_marina said...

sama2 muhasabah diri..mungkin i2 adalah salah stu peringatan buat penghuni2 yg menghuni dikwsan mewah..adakah mereka melupakn Allah..malah org yg soleh terkena bala..sama2 muhasabah diri..moga kita tidak lalai..dan jauh dr Allah..

moga mangsa2 yg kehilngan ahli keluarga mereka tabah..sungguhnya ini adalah cabaran yg hebat..mga tempuhi..
sm2 kita muhasabahnya jg...

Tinta Al-Murabbi said...

Apabila Allah menurunkan balaNYA, tiada yang terkecuali..kesemuanya akan terkana timpaan Bala Allah itu, Ustaz, alim ulama' skali pun..pasti akan terkena..seperti yang terjadi di Acheh..ambillah iktibar~