Monday, August 24, 2009

Ramadhan...Bulan Tarbiyyah

“Haa..Ustaz, ustazah, kenapa ada di antara kita yang berpuasa tapi dalam waktu yang sama melakukan maksiat, tak pun puasa penuh dah sebulan, tapi bila habis je Ramadhan, buat balik maksiat? Siapa boleh tolong saya jawab?” soal En. Mazlan, Pensyarah Jabatan Matematik.

Sengaja beliau mulakan kelas pada tengah hari tersebut dengan soalan yang memerlukan pemerahan otak, mungkin beliau melihat ada di kalangan kami yang sudah mencapai tahap kemengantukan yang amat sangat.

Maka, pelbagai versi jawapan yang kami perbincangkan dan perbahaskan bersama-sama, “Eh..dah macam kelas tasawwuf pula..patutnya kelas matematik ni..” bisik hati kecil saya sambil tersenyum. Sungguh, tumpuan kami tidak lagi terarah untuk belajar dalam waktu tengah hari ditambah pula dengan perut yang sedang lapar, apatah lagi untuk menyumbat formula-formula Matematik yang memerlukan pengaktifan semula sel-sel otak kami! =)

Misi Berpuasa

Pertama sekali, bagi menjawab persoalan di atas, seharusnya kita memperjelaskan misi sebenar seorang Muslim berpuasa. Hal ini bergantung kepada ‘CARA’ kita melihat faedah puasa tersebut, setengah orang, melihat berpuasa dari sudut penurunan berat badan, setengah yang lain, menyelamatkan ‘ekonomi poket’ daripada terus kering, maka cara yang paling tepat dan betul bagi seorang Muslim untuk menentukan ‘cara pandang’ perintah berpuasa ini dengan merujuk kembali makna sebenar berpuasa iaitu dari segi bahasa bererti ‘menahan’. Semua perkara atau perlakuan yang ‘ditahan’ (haram) semasa berpuasa hakikatnya adalah bebas (halal) dilakukan jika tidak berpuasa. Semasa berpuasa umat Islam dilatih bukan sahaja meninggalkan perkara yang haram malah yang halal juga.

Baik, misi utama perintah berpuasa ialah ‘menahan diri’ dengan melawan hawa nafsu. Puasa adalah latihan ‘mengurus’ atau mengawal nafsu yang menjadi musuh dalam diri manusia. Jika solat adalah latihan menghubung hati secara langsung dengan Allah s.w.t, zakat membersihkan rasa tamak kepada harta di dalam jiwa, puasa pula adalah ibadah khusus untuk melawan nafsu. Jesteru, puasa mempunyai mekasnisme tersendiri untuk menangkis segala kejahatan nafsu demi membentuk sifat TAKWA selari dengan firman Allah s.w.t:-

“Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu berTAQWA” (Surah al-Baqarah: 83)

+ Tarbiyyah Syaitan yang kukuh

Saya berdiri bagi menjawab persoalan yang dilontarkan oleh En. Mazlan itu.

“Nafsu kita ni..dah ibarat kader bagi syaitan. Mana tidaknya, 11 bulan syaitan memberi latihan intensif dan agresif kepada nafsu kita untuk terus selesa bersama kemaksiatan. Tup tap..datang Ramadhan, dapat pula untuk orang yang tak pernah sedia untuk menyambut Ramadhan, sokmo leka je.. Kalau nak dibandingkan latihan syaitan selama 11 bulan dengan sebulan je latihan mengawal nafsu..mana nak cukup kan?” sengaja saya simpulkan jawapan dengan persoalan agar ia menjadi sebuah hujah yang boleh dicambah lagi.

+ Nafsu tetap jua dibela nasibnya

Sesetengah riwayat menyatakan bahawa syaitan ‘dirantai’ pada bulan Ramadhan. Pada masa yang sama kita dilarang makan dan minum dalam tempoh beberapa jam. Berdasarkan logiknya, nafsu sepatutunya sudah lemah. Sumber ‘tenaganya’ (makanan) disekat dan ‘mentor’nya telah dirantai.

Ini disebabkan proses ‘menyempitkan’ saluran darah (yang merupakan ‘highway’ syaitan) tidak tercapai sepenuhnya. Nafsu yang diempang pada siang hari bulan puasa telah ‘mengamuk’ sebaik sahaja masuk waktu berbuka. Dengan berbuka secara membazir, gelojoh dan banyak, nafsu bukanlah ditahan, sebaliknya cuma diempang buat seketika dan diledakkan semula semahu-mahunya semasa berbuka. Jadi, tidak hairanlah kalau nafsu bukan semakin lemah tetapi semakin kuat pada bulan puasa.

Perutusan

Maka dengan ini, perutusan Tinta Al Murabbi sempena Ramadhan al-Mubarak ini ingin mengajak seluruh siding pembaca sekalian untuk kembali bermuhasabah diri. Refleksi kembali sejauh manakah misi kita dalam menunaikan ibadah berpuasa ini tercapai. Bulan Tarbiyyah ini menjanjikan segulung ijazah yang bertemakan kesaksamaan “HabluminAllah” dan “Habluminannas” bagi seluruh umat Islam. Kerjakanlah ia dengan penuh rasa tawadhu’ kepada Allah s.w.t.

Akhir entri:-

Ramadhan al-Kareem!


9 comments:

budak sekolah said...

[Angkat tangan sunguh2 nak jawab nih~]

Saya : Sebab...walaupun syaitan dah kena ikat, tapi tanduk ngan ekor syitan tu melekat lagi kat badan depa cekgu~
[Pensyarah buat muka blur sbb baru perasan, ni bdk mane menyibuk dlm kelas nih??]

------------------------

Yups...apa2 pun bergantung pd keafahaman seseorang tu terhadap konsep sebenar berpuasa... dan sepatutnya ERTI SEBENAR berpuasa tu didedahkan sejak kecil...sikit demi sikit.

Sayangnya...kita dididik sejak kecil, bila masuk bulan ramadhan je, semua orang WAJIB puasa. tak boleh makan + minum. Pastu, kalau dapat pose penuh satu hari, dapat duit sehengget.
[huhu~ asal zaman kita x dpt pun? zaman adek2 je dapat.cesS~]

Kebanyakannya ibu bapa kata kat anak-anak spy WAJIB puasa semata-mata, tanpa menerangkan KENAPA kita wajib berpuasa...
alasan: tak pe, nanti kamu dah besar nnti, kamu tahu laa~ blajar subjek pendidikan Islam kat sekolah kan~ Sekarang ni, kamu pose je, kalau tak nanti naik kereta jenazah!!

Fuh~ membebel dibulan puasa...[tibe2 x leh nak kawal nafsu tangan dr berenti menaip~ hahah]

Tinta Al-Murabbi said...

to budak sekolah:-

(haa..sape kate komen kt TA x kluar??hoho ni ade ni~)

[Encik tu bitaw sy, len kali kanak2 ribena jgn bwk msuk kelas!huhu]

eh..me dpt je sehari singgit..30 hri dpt 30 rggit..rindu kt abh saat tu (+_+)

yup..ibu bapa kena bijak sbnrnye..mmg kdg2 susah nk terangkn kt anak2 makna tersirat disebalik sesuatu ibadah..tp tula gunanya kreativiti dlm penyampaian..huhu

haa..open Question utk sume..setgh org kate:-

'Berpuasa merupakan cara kita untuk kita merasai kelaparan yang dialami oleh org2 miskin'

ape pndpt?betul ke statement tuh??

Izzuddin Akmal said...

biler ms pulak en mazlan masuk kls ngaja math?
mne ade math da sem ni

Tinta Al-Murabbi said...

to din:-
lol~ ko ni..ni time kte sem bp tah..ak pon xigt..tp ak igt die pnah tnye soklan ni..hoho..

Baihaqi Sensei said...

Dengan puasa kita makin sihat atau makin berpenyakit? Dengan cara pemakanan mentekedarah masyarakat Malaysia, aku xrasa puasa itu x akn menyihatkan bdn.

Tgk sj time berbuka... cendol, ayam, daging, sayur nasi 2,3 pinggan... Lgpn, ms berbuka, ramai yang overdose mkn... Sape setuju angkat tangan???...............

Tinta Al-Murabbi said...

Saya2!! (erk..semalam punye buke pon ak mentekedarah cendol~~ aiseh~~ )

ayman fahym said...

toh le rip..
sem ni xdk pon mate..
ko ni...
mjur x basi
& mjur gk ko igtkn blik stuasi 2...
ehe..

Baihaqi Sensei said...

Marhaban Ya Ramadhan, Hospital diimarahkan....

aku p bazar punyala menggoda... Time mcm ni kena banyak ibadat n teguhkan iman nk lawan nafsu makan...

Klu dlu setan ada, skrg ni tinggal nafsu je.. Tp bulan rmdhn ni nafsu mkn n nafsu shoping memuncak.. xpercaya tgkla dkt nk raya nnt..

Klu kita renung, berjayakah Ramadhan sebagai bulan tarbiyyah spt yg diutarakan dlm post ini... ???

Klu tgk solat terawih, mula-mula excited nk buat...berbondong-bondong ke masjid... mklumlah bulan mulia.. azam nk berubah.. atau sekadar nk tnjk muka kt masjid.. Allah sj tau.

X caya tgk di penghujung ramadhan... ramai lg x kt masjid?
Kecuali arip jd imam... mmg ramai... trutamanya muslimat... hehehe

Maklumlah, Lelaki Ikon IPGM...
Jangan mrh.. heheh...

Tinta Al-Murabbi said...

to eman:-

hoho.ingatan ak ni alhamdulillah long term pnye!cpat igt bnda yg memberi kesan~ wee

to baihaqi:-

bg aku la kan..die dtg krn Allah or sbb nk tunjuk muka je..kte xlayak nk nilai..sbb ni prihal hati..mane taw diorng mmg ad azam tp layanan kte sbg daie x spt yg spatutnye..amacm? hak kita bukan pd menghukum tp pada memperbaiki! kan2?hehe

+ ko ni..kalo bab pangkah aku..cpat je..hehe lame da x jd imam kt balai tu..maklumla..slps dihalau duk luar ni..huhu..ces~ mane ko taw muslimat rmi?ko ngitai d sebalik tabir yee??oo..kantoi weh~