Thursday, September 10, 2009

Al Fatihah...

17 Ramadhan 1430H / 7 September 2009 (Cuti Nuzul Quran)

6.20 pagi

Mata terasa berat seusai solat subuh tadi, seawal 4.30 pagi lagi saya sudah bangun. Ada program Qiamullail di Balai Islam, sengaja saya memilih untuk beriktikaf di balai memandangkan di sini lebih banyak tenaga penggerak untuk bangun malam.

“Pukul 6.45 pagi jap lagi ada meeting MPPI, tidur sekejap lah...” bisik hati saya. Saudara Amin sudah pun terbaring merehatkan mata, beliau sangat setia menemani saya =).

Saya meraba-raba mencari telefon bimbit di bawah bantal, hajatnya, mahu bertanya khabar Umi, rindu pula rasa hati setelah lebih kurang 3 minggu tidak bertemu. Namun, apabila ditatap skrin telefon bimbit, terdapat 15 ‘miss call’ dari Along (Kakak). Banyaknya!

Saya menghubungi semula nombor tersebut. Terdengar di hujung talian suara Abang Zairil (Abang Ipar):-

“ Assalamualaikum...haa..Abg Zairil, kenapa call banyak-banyak kali ni?”

“Walaikumsalam...Kamu pergi mana tak angkat telefon ni? Tidur lagi ke?” soalan saya tidak dijawab, sebaliknya persoalan lain pula yang di ajukan.

“ Angah ada program Qiam tadi, telefon tinggal dalam pejabat, silent...memang tak dengar lah..kenapa?” saya benar-benar ingin tahu apa yang menyebabkan belasan miss call itu dibuat.

“Ohh..ingatkan kamu tidur lagi...” satu helaan nafas diambil, seakan ayat yang seterusnya teramat berat untuk dituturkan,lalu... “ Tok Abah dah tiada...meninggal dunia pagi tadi”.

Suasana sepi seketika...saya benar-benar tersentak dengan berita itu, terasa suasana gelap seketika, empangan air mata, saya tahan agar ia tidak merembes keluar, biar disimpan dahulu, cari masa dan tempat yang sesuai.

“Innalillahiwa Inna Ilaihi Raji’un...” itu sahaja yang terpancul dari bibir saya. Longlai terasa di setiap sendi tubuh ini.

*************************************************************************************

Kami tiba di tanah perkuburan jalan Mahmoudiah, Johor Bahru tepat jam 11.30 pagi, hari yang sama. Jenazah telah selamat dikebumikan, terdengar suara imam membaca talqin. Umi berpelukan erat dengan adik-adiknya, deraian air mata dan esak tangis menambahkan seusana pilu di kawasan itu. Umi sangat terkilan, kerana baru sahaja semalam dia pulang dari Johor Bahru menjaga Tok Abah, kerana pada hari ini Umi bertugas seperti biasa di sekolah.

Terkumat-kamit mulut saya menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada arwah. Inilah sahaja yang termampu dapat saya sumbangkan. Saya benar-benar berhajat untuk mengimamkan sendiri jenazah Tok Abah, namun, atas kemaslahatan tertentu, ada baiknya jenazah itu terus dikebumikan dengan segera. Terasa segar di ingatan, sebulan yang lepas, di Hospital Ampang, saya mengimamkan jenazah Mak Long Midah. Dua insan yang banyak memberi makna kepada diri ini telah pun Allah s.w.t cabut nyawanya dalam masa dua bulan sahaja. Sayu...hati ini sangat terkesan dengan pemergian mereka.


Masih berbaki lagi sendu tangis Umi, saat ini, pelukan seorang anak sudah tentunya sangat diperlukan oleh sang Ibu. Maka, Along mengambil peranan ini sambil manyapu bahagia belakang Umi. Saya hampiri Umi...

“ Kesian Tok Abah...dia pergi sorang-sorang je..tiada siapa teman dia...” tersangkut-sangkut tutur kata Umi diselangi dengan air mata yang mengalir laju.

“ Tak apa Umi...sekurang-kurangnya, kita sempat jaga dia kan? Angah yakin Atok redho dengan Umi, doa anak yang soleh, boleh buat bekal untuk dia menghadap Allah s.w.t. Dah..Umi jangan nangis lagi? Nanti, balik rumah kita buat solat jenazah ghaib untuk Atok ye..” pujuk saya, tatkala ini, saya sendiri masih belum kuat sepenuhnya untuk menampung air mata ini. Namun, tangisan umi mesti ditenangkan, biar lega hati yang gundah itu. Tambahan pula, penyakit darah tinggi Umi akan terkesan akibat tekanan perasaan yang di alami secara berlebihan.

“ Atok pun tak nak Umi sedih-sedih macam ni..dia harapkan doa Umi, biar permudah segala urusan di alam kubur” ujar saya lagi.

*************************************************************************************


Terasa berat ujian yang menimpa, tempoh 3 minggu pertama Ramadhan dilalui dengan pelbagai dugaan yang datang tanpa disangka. Sehari sebelum Tok Abah meninggalkan kami, saya sempat menyampaikan sebuah tazkirah ringkas sewaktu menjadi imam solat Terawikh di Surau Bukit Depu, Kuala Ibai, Terengganu. Apa yang menarik perhatian saya, isi tazkirah tersebut saya petik idea utamanya dari salah sebuah cerita dalam Tinta al Murabbi ini:- Wahai insan! Lapangkankan hatimu seluas tasik…

Seakan-akan, setiap butir kata yang saya sampaikan kepada jemaah surau ketika itu, telah pun Allah s.w.t rancangkan untuk dijadikan perisai penguat diri bagi menghadapi dugaanNYA pada keesokan harinya!

Moga ayat ini sedikit sebanyak dapat menenangkan hati yang berdukacita itu, biar lega dengan musabab, inilah Qada’ dan Qadar Allah

"Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"

Sidang pembaca sekalian, saya pohon jasa baik kalian, dapat kiranya disedekahkan sekalung al-Fatihah kepada Allahyarham Raja Rahmat Bin Raja Abdullah. Syukran Kathir...

P/S:- Selepas Sahur pagi tadi,saya hubungi Umi...hari ini, hari lahir beliau,10 Sept 2009. Lega rasa hati setelah mendengar suara ceria Umi di hujung talian. Ya Allah...kau teguhkanah hati ibuku ini..biar tenang hatinya dengan zikir kepadaMU..Ameen Ya Rabbal 'Alamin..

6 comments:

assyahida said...

Al-Fatihah..

bila tiba masanya, tidak dicepatkan dan tidak dilambatkan... tak kira tua mahupun muda..kematian itu satu yang pasti..

salam takziah..semoga kuat dan tabah menghadapinya...moga Ruh Arwah dicucuri rahmat-Nya..amin..

Endofday said...

al-fatihah
inna lillah...
sabo la ye... doakan beliau di kalangan org2 soleh, lg2 dipanggil time bulan ramadhan ni..ameen

ayman fahym said...

innalillah...
stiap yg hdup psti akn pergi...pergi yg x akn kmbali...

pengalaman lampau kan dh da arep,kte sme2 merasainya kn?
bercerai sms hdup x sme ngn berpisah sms tiada..
khlngan e2 lbh drasai..
pe pon..
tabahkan hati krn kita jua psti akn prgi mengiringi..
cuma yg mmbezakan antara kita smua masa, tempat dan keadaan kita kmbali padaNya...

AL-FATIHAH buat smua yg tlah prgi mndhului kite...
doa smoga roh mrka dtmpatkan dlm klgan hambaNya yg terpilih dan dirahmati...
ameen...

Tinta Al-Murabbi said...

assyahida + endofday + ayman =

syukran~ nasihat kalian akan ditempelkan selalu di hati, agar diri mudah kembali berlari~ =)

Atikah Nur Dzulkhefli said...

innalillah..setiap yg idop pasti akan mati...kite yg hidop pastikan sedekah kepada rawah sentiasa dibekalkan

hurin said...

salam...adik, maaf lama xdatang menjenguk. kekangan asgmnet sbgai student final semester ni betul2 berat. salam takziah dari kami sekeluarga. raya nanti jemputlah datang.let us know dulu, nnti boleh masakkan sumthing and alang2 dah datang sila makan tanpa rasa segan. kalau tak berulanglah kejadian lama.

send my birthday wish to ur lovely umi. salamalaik