Sunday, April 18, 2010

Sindrom Normalisasi...

‘ Rilek la bro…menyanyi je pun..ape ada hal? ‘ ujar Zainal kepada Hasan.


‘ Hish…memanglah menyanyi je…tapi yang menyanyi tu siapa? Perempuan tahu! Suara mereka ni aurat!’ bantah Hasan.


‘ Kenapalah kau pandang dari sisi begitu? Cuba pandang secara positif sikit! Kita nak mengembangkan bakat yang ada di kolej kita ni!’ balas Zainal, ada sedikit berbaur kemarahan .


‘ Iya nal...boleh sangat nak mencari bakat, tapi biarlah ikut syariat. Apa salahnya kita asingkan pertandingan lelaki dan perempuan? Perempuan biar sesama meraka sahaja yang menyanyi dan menonton. Kan lebih bagus begitu?’ Hasan mengusulkan alternatif lain.


‘ Sudahlah san! Kalau kita buat macam tu, kita akan rugi penonton! Mereka kena dibahagikan kepada dua tempat. Kuranglah mereka yang nak menyorak! Tak ‘Havoc’ lah begitu! Kolot betul kau ni..” Zainal menempelak Hasan lalu beredar pergi.


Hasan hanya mampu menggeleng kepala. Cadangannya ditolak mentah-mentah oleh Zainal, si Pengarah Program.


Maka, pada tarikh yang ditetapkan, berlakulah Pertandingan Nyanyian Solo di Dewan Al Biruni. Berduyun-duyun manusia datang berkunjung. Berpestalah mereka sehingga ke tengah malam. Satu lagi maksiat melata, terang lagi bersuluh terjadi di Kolej Seri Wangsa.




Kebiasaan yang membunuh

Dialog diatas menunjukkan bagaimana generasi muda hari ini sedang mengalami proses ‘Normalisasi’ saban hari. Suatu proses yang menghilangkan sensitiviti terhadap perkara-perkara mungkar. Dianggapnya semua itu NORMAL dan dilihatnya segalanya itu sebagai POSITIF biarpun ia sebenarnya bertentangan dengan nilai keISLAMan yang sebenarnya. Islam itu hanya dibuktikan pada kertas-kertas peperiksaan subjek Pengajian Islam dan TITAS, itupun kerana ianya subjek teras dan wajib.


Luput Islam pada Tindak-Tanduknya.


Jauh Islam dari Hatinya.


Anda boleh lihat sendiri di tempat pengajian anda, bagaimana kuliah Maghrib di surau atau balai Islam semakin kurang orang datang mendengarnya, manakala sambutan hangat diberikan terhadap pesta-pesta maksiat yang tiada batasnya itu. Sudahlah begitu, pihak pentadbiran pula mengambil langkah ‘pejam mata’ terhadap perkara-perkara sebegini. Kata mereka, tiada salahnya selagi tidak mengundang kerosakan harta benda dan tidak menjejaskan aktiviti pembelajaran!


Semakin saya memikirkan tentangnya, semakin ngeri saya membayangkan masa depan kita semua, para belia masakini. Islam itu bukan jenama, Islam itu cara hidup! Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Islam itu agamaku, cara hidupku…ENJOY! Muda…bukankah hanya sekali?


Ya…muda hanya sekali, namun memilih untuk ENJOY di masa muda itu adalah pilihan yang mengundang kepada azab Allah s.w.t. Dibiasakan dengan aktiviti yang merangsang ‘hormon’ Hedonisme itu telah menenggelamkan ketakutan terhadap Neraka Allah s.w.t, hanya kerana Neraka itu sifatnya GHAIB! Hanyut dengan gigs, pesta, dan lain-lain perkara lagho!


Ustaz Neutral

Saya hairan…dimana perginya para ustaz dan ustazah yang menuntut di Fakulti Pengajian Islam? Apakah tindakan mereka dalam membenteras dalam hal-hal ini? Saya bukan cuba menunding jari dan menyalahkan mana-mana pihak, saya cuma BERTANYA, dimana peranan mereka? Tiada niat langsung di hati saya untuk memburukkan golongan ini, apatah lagi, saya sendiri adalah sebahagian daripada mereka. Menjadikan ISLAM sebagai lapangan pengajian.


Setelah dikaji, dengan suasana sendiri dan beberapa suasana lain. Saya mendapati sokongan yang diberikan oleh para ustaz dan ustazah ini bagi mengekang perkara ini, TIDAK datang secara bersepadu dan menyeluruh dari segenap individu. Wujud golongan (minoriti atau majoriti, Wallahua’lam) dalam kelompok ustaz dan ustazah ini yang mengamalkan sikap atas pagar. Dengan kata lain, NEUTRAL! Lebih senang berpeluk tubuh apabila melihat kemaksiatan berleluasan di depan mata. Telaah kitab setebal dan setinggi gunung EVEREST sekalipun, nipis jadinya apabila bertembung dengan kehendak suasana BIASA di kolej walaupun sebenarnya ia bertentangan dengan isi Al-Quran dan Sunnah.


Kaya Ilmunya, Miskin Amalnya.


Malah, lebih menyedihkan ada diantara mereka menjadi penyokong dengan menghadirkan diri ke program seumpama ini. Berteriak, bertepuk tangan, dan bergelak tawa bersama-sama rakan dari opsyen lain. Labelnya USTAZ, tapi tindak tanduknya lebih didominasi oleh SINDROM NORMALISASI ini. Bukan sekadar omongan kosong, namun saya sendiri mengalaminya! Apabila ditanya hendak kemana? Jawabnya sambil tersenyum kambing, ‘Nak pergi buat DOSA, kau jangan ikut’, mahu saja saya menghadiahkan sebuah lempangan kepadanya, namun…saya tahu, itu bukan respon yang terbaik. Berdiamlah saya menahan amarah…Gurauan apatah lagi jika serius, ayat itu sepatutnya bukan terpacul dari mulut seorang USTAZ!


Makanya, proses Normalisasi ini mudah dianuti oleh mana-mana individu tidak kira lapangan pengajian!


Kepada mereka yang sebegini, ini nasihatnya…


Islam itu bukan sekadar ‘AMAR MA’RUF semata-mata, menjaja kopiah putih di kepala merata-rata, menampakkan muka sekali sekala berjemaah di surau, menjadi khalifah ketika majlis bacaan Yassin dan Tahlil, Islam itu bersamanya adalah ‘NAHI MUNGKAR’! Membenteras kemaksiatan dengan segala daya yang ada!


Tanzim (Organisasi) perlu dihidupkan semula IZZAHNYA.

MPP Islam, BADAM, BADAR atau apa sahaja nama bagi pertubuhan Islam di kolej atau universiti perlu bergerak seiring dengan kehendak pelajar tanpa melanggar perintah Allah s.w.t. Biarlah organisasi itu ‘HIDUP’ dan menonjol sebagai alternatif pilihan pelajar untuk dijadikan ikutan.


Ikut dan teliti keperluan dan kehendak pelajar setempat, laksanakan program dan isikan ia dengan pesanan Al-Quran dan Sunnah yang bermanfaat. Jangan sekali-kali mengongkong pelajar dari fitrah mereka tanpa menyediakan alternatif dari pihak kita. Hal ini ibarat ibu bapa yang memarahi bayinya dari memanjat tangga, gusar bayi itu jatuh berguling, tetapi tidak menyediakan ‘WALK CHAIR’ untuknya bagi menyempurnakan fitrah berjalan.


Pernah sekali saya berpesan kepada saudara Hazwan (Pengerusi BADAM) mengenai perkara ini dalam sebuah pertemuan:-


“ Wan, kita sebagai tanzim Islami kena ada Izzah. Sebab tenaga adik-adik kita di luar tu sedang mencari-cari tempat untuk dicurahkan segala daya, masa, dan wang mereka. Ini fitrah orang Muda, dengan semangat berkobar dan kapasiti tenaga yang banyak, mereka mencari komitmen untuk diperjuangkan. Kalau kita lambat salurkan mereka kepada komitmen Islam, nanti mereka meraba-raba perkara lain...couple, bisnes dan sebagainya!”


“ Tapi kalau kita lemau dan perlahan, mereka ini akan mudah teralih perhatian, lama kelamaan, mereka hanyut dan pergi.."


Pesan Ustaz Azizullah

Suatu masa dahulu, saya bingung memikirkan, mengapalah Ustaz Azizullah (guru tasmi’ semasa di ITQAN) asyik dan gemar memberi pesanan mengenai hati. Gelap, terang, malap dan cerah…semuanya mengenai hati. Boleh dikatakan hampir setiap hari, beliau tidak pernah lupa memberi pesanan mengenai kepentingan menjaga hati.


Hari ini, kata-kata beliau terbukti peri pentingnya. Mengharungi dunia luar bukan semudah A..B..C. Dunia hari ini sudah lali dengan aktiviti kemaksiatan, sampaikan manusia menganggap remeh perkara ini. Maksiat ibarat makan dan minum mereka. Segala-galanya NORMAL dan BIASA. Hanyut tamadun kemanusiaan ditelan arus kemodenan.


Hanya hati yang bersih menjadi takut azab akan Allah s.w.t dan akan segera lari apabila dihadapkan dengan aneka macam ujian kemaksiatan. Hanya hati yang suci dapat memberikan pilihan TIDAK kepada nafsu yang saban hari semakin menggila. Hanya hati yang cerah dapat melihat DUNIAWI ini dari sisi kepentingan UKHRAWI.


Terima Kasih Ustaz =)


Wahai syabab…wujudkan proses NORMALISASI pada diri anda berteraskan Al-Quran dan Sunnah melalui Tarbiyyah Hati. Tafsirlah perkara yang mendatang dengan IMAN, dan bukan dengan NAFSU.


" Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya (jiwanya)" al Ahzab: 4

8 comments:

Safuan Mohd Akil said...

adoi rip berbisenye ayt ko...cm kene tuang myak petrol je...hehehehe....

Tinta Al-Murabbi said...

to safuan:-

hoho~ ko terase ke??msti ko pon ustz kan?ngee~

محمد حذوان بن حميدان said...

tahniah!perkongsian yg mntap serta menjentik pemikiran dan hati pembaca..semoga kte x digolongkan dlm golongan USTAZ&USTAZAH neutral ini..amin

Tinta Al-Murabbi said...

Ameenn...perkongsian yg sekadar sebuah artikel shj..enta lg hbat!jentik pihak pentadbiran~ hehe

Noorsyahida said...

nice~
teringat pula posting ustaz hasrizal tentang keterbukaan Othamniyah..

~hurm.. adakalanya kita terlalu 'relax la bro'.. bimbang kita menghalalkan yang haram..
adakalanya kita terlalu syadid sehinggakan mengharamkan yang halal~

huhu..
kesimpulannya..back to Islam..
tul tak ustaz..hehe..

Tinta Al-Murabbi said...

syahida:-

pilih lah jalan yg selamat..bukan salah merai mad'u..tp bila bertembung dgn kehendak Al-Quran dan Sunnah.Maka, ianya bukan prihal merai lagi..tp sebaliknya menyahut seruan itu~

tol2~ huu~

Anonymous said...

hehehe...
arep....
kami sekelas dah cba lawan...
da bape kali p jumpa pensyarah yg berkenaan...
tp apakan daya....
kami perlukan skongn yg kuat dr pihak pentdbiran....
selagi xda hitam putih ttg sesuatu perkara, susah la....
inilah keadaan sekarg....
ckap guna lisan dah x diterima pakai....kena ada surat hitam putih dr pihak pentadbiran


besut_boy

Tinta Al-Murabbi said...

to besut_boy:-

hmm~ pd pndngn aku la..law against law..bia kita kukuh dgn fakta2 hujah melalui saluran yg betul..baru dia tahu kita bkn ckp kosong..sama2 la kita menandatangani memorandum itu ye~ (^_^)