Saturday, July 3, 2010

TARBIYYAH…suatu PROSES, bukannya SISTEM


Saban hari, para du’at perlu memikirkan bagaimana mahu meneruskan kelangsungan perjuangan dakwah mereka. Sinergi ini penting bagi memastikan tidak terjadinya KEMANDULAN dalam medan ini. Dakwah ini memerlukan kepada suatu usaha yang berpanjangan dan berterusan, ISTIQAMAH…itu kata kuncinya.


Mungkin ISLAM itu tidak tertegak pada hayat kita…Namun pada HAYAT pejuang-pejuang akan datang…


Mungkin ianya MEGAH pada HAYAT GENERASI akan datang, ketika itu...HAYAT GENERASI kita sudah lama dimamah ulat...


Mungkin SYIAR itu TIDAK berkibar pada tahun ini, mungkin 5 tahun akan datang, 10 tahun akan datang, 35 tahun? 50 tahun? 100 tahun mungkin?


Bila? Biarlah ia terus berada dalam lipatan Takdir yang mana ianya berada luar dari pengetahuan kita.


Tempoh itu bukan persoalan, kerana MENANG itu haknya hanya pada ALLAH s.w.t. Kita ditaklifkan untuk BERUSAHA pada kadar yang sewajarnya.


(Al Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Hasan Shukri yang telah pulang ke rahmatullah baru-baru ini. Semoga titis peluh generasi mereka yang telah pergi dihitung Allah s.w.t atas segala perjuangan menegakkan SYIAR-NYA)


Proses membentuk generasi dakwah ini dinamakan oleh sesetengah jemaah sebagai PENGKADERAN, wasilahnya pelbagai…usrah, seminar, kem dan sebagainya. Kesenioran yang ada pada generasi terdahulu akan digunakan untuk membina generasi baru yang lebih segar untuk memikul amanah ini. Adik-adik akan ditarbiyyah mengikut silibus yang telah ditentukan dalam pelbagai caranya.


Abang dan kakak akan dijadikan mentor rujukan adik dalam perkara baru yang ditempuhi di alam pengajian tinggi ini. Oleh kerana itu, amat penting untuk menjadikan kita para daie sebagai Qudwah (figure) yang boleh dicontohi oleh mereka. Sekurang-kurangnya melalui peribadi kita, tiada sebarang syak bagi mereka untuk menjadikan ianya sebagai ikutan.


Alhamdulillah…Allah s.w.t telah melorongkan diri saya sebagai salah seorang yang terlibat secara langsung untuk membentuk Jundullah (askar Allah s.w.t) segar ini. Beberapa kumpulan usrah yang diamanahkan, akan sedaya upaya saya tunaikan hak pentarbiyahan mereka melalui lisan saya.


Membina ukhuwwah…


Bercerita kisah suka dan duka…


Berkongsi ilmu dan pengalaman…


Mengisi segenap Muwasoffat Tarbiyyah (ciri-ciri tarbiyyah)…


Produk yang GAGAL


“Hish…diorang ni tak macam kita dulu, sikit-sikit dah mengadu, merungut, lembik! Takkan kita nak keluarkan da’ie yang lemah?”


“Mereka ini susah benar mahu faham…semuanya mahu disuap belaka, kurang membacalah ni! Tanya sikit dah ternganga...“


“Ana nak mereka jadi macam ana…ana dulu, rela je berkorban (tadhiyyah) segalanya, duit, masa…tapi kecewa betul ana dengan adik-adik ni..semua tak bolehlah, tak sempatlah, tak laratlah…GAGAL!”


Bukan sekali dua saya mendengar ‘rintihan’ dan ‘aduan’ serupa ini. Ianya seringkali terkeluar dari mulut-mulut abang-kakak yang tidak dapat menutup rasa kecewa terhadap ‘kegagalan’ adik-adik yang tidak dapat mengikut jejak langkah serupa dengan mereka. Bagi mereka, jalan yang dia tempuhi dahulu, mestilah dilalui oleh adik-adik itu sebagai suatu syarat untuk menjadi seorang DAIE.


Sungguh…saya tidak menafikan langsung peranan PENGALAMAN dalam pentarbiyahan. Faktor pengalaman jika diabaikan dalam pentarbiyahan maka ianya adalah sebuah tarbiyyahan yang longgar dan cuai. Cuma apa yang ingin dipersoalkan…sejauh manakah pengalaman itu mengkaji waqi’ (realiti) adik-adik kita? Adakah kapasiti mereka, sama dengan kapasiti kita suatu masa dahulu? Atas dasar apa kita melabelkan generasi mereka sebagai GAGAL? Hanya semata-mata kerana mereka tidak melalui apa yang telah kita lalui?


Di dalam silibus Pendidikan IPG timbul suatu kesedaran yang dinamakan ‘Kepelbagaian Budaya’. Setiap Guru diminta untuk meraikan dan menghormati kepelbagaian budaya dan latar belakang yang ada pada setiap murid. Ambillah konsep yang sama, mengapa tidak kita aplikasikan ia pada mad’u/adik kita?


Kewangan mereka…


Latar belakang ibu bapa mereka…


Rakan-rakan mereka…


Pernahkah kita mempertimbangkan ini sebelum kita mengeluh?


Pesan guru saya, Ustaz Amir Syarifuddin dalam hal ini:-


“Kita perlu tahu dan sedar bahawa Tarbiyyah itu adalah sebuah PROSES. Apabila dikatakan proses, maka ianya adalah pendidikan yang berterusan sepanjang masa. Mereka pasti akan menempuhi apa yang ditempuhi oleh para pejuang agama Allah s.w.t, cuma yang membezakannya adalah tempoh. Tempoh untuk matang, tempoh untuk faham, dan tempoh untuk sedar. Berikan ruang…”


“Tarbiyyah itu bukan sebuah SISTEM/FORMULA yang mesti mempunyai PRODUK WAJIB begini dan begitu. Tarbiyyah bukan 1 + 1 = mesti 2, sebaliknya ia berbeza mengikut kapasiti individu. Setengah orang banyak kelebihannya, setengah orang banyak pula kelemahannya. ”


Saya bukan bermaksud menjadikan kelemahan itu untuk sebagai alasan untuk longlai dalam gerak kerja. Namun, dengan kelemahan itu kita sebagai abang/kakak perlu faham bahawa manusia itu perlu tempoh untuk mengatasi kelemahan itu. Inilah Tarbiyyah, proses untuk da’ie untuk berKEMBANG, bukan untuk terus menJADI.


Jangan kerana kita telah sampai ke satu marhalah (peringkat) harakiyah yang agak tinggi, kita lupa akan kepentingan TEMPOH untuk mencapai tahap ini. Akhirnya, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Akibat kecewa kita mengabaikan terus peranan kita sebagai naqib adik-adik.


Kita bukan PENGHUKUM! Kita adalah PENGISLAH!


Rasulullah s.a.w pernah bersabda:-


“ Manusia yang berkualiti adalah seperti unta, Daripada seratus unta, hanya seekor sahaja daripadanya yang dapat digunakan untuk perjalanan yang jauh”

(Riwayat Bukhari)

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,
saya setuju dengan penulis dan sedikit penambahan yang ingin saya katakan, kalaupun kita sedar akan kelemahan adik2 atau para mad'u kita, kita sendiri operlu berperanan dalam membantu mereka mengatasi dan menghadapai kelemahan mereka dan bukannya sekadar melabelkan mereka sebagai golongan atau generasi yang lemah, tak tahan ujian, dan sebagainya.
atas kesedraan itu, barulah kita sebenarnya dapat membantu memebina generasi yang mungkin sama seperti kita atau jauh lebih hebat dan mampu daripada kita.
satu lagi, kalau seorang dai'e atau kakak/abang yang berfikiran dan telah melabelkan adik2 atau mad'u kita sebagai lemah dan gagal, kita sebenarnya meletakkan satu pandanagn yang negatif pada mad'u kita. patutkah kita? fikir2 kan.
dan sebenarnya secara tak sedar, kita meletakkan persepsi 'GAGAL' dan 'LEMAH' itu pada diri kita sendiri sebagai dai'e. kenapa?sebab kita terlbat dalam mentarbiyyah mereka. sebagai dai'e, jangan sering dilihat apa tak kena dengan adik2ku, tapi lihat apa yang tak kena denganku.
wallahu a'lam.

محمد حذوان بن حميدان said...

entry yg mmbuatkn pembaca merenung dan terus brmuhasabah..moga entry ini dpt mmbuka jiwa dan mta hati para du'at dan generasi mahasiswa mahasiswi semua.. (^_^)

Tinta Al-Murabbi said...

anonymous:-

syukran diatas tambahan pencerahan minda anda. Timbul suatu pnyakit dikalangan da'ie kini yg bersikap DEFENSIVE semata-mata. Sering menunding jari ke atas kesalahan orang lain, lupa mengkaji kesilapan diri.

hazwan:-

Akhi!! =)
insya Allah..moga entri ini untuk menilai diri sendiri juga =)