Sunday, July 25, 2010

Yatim Itu Tarbiyyah


“ Ok…hari ini kita akan belajar Sirah nabi s.a.w, dibawah tajuk ‘Kehilangan Ibu dan Bapa Tersayang’. Siapa boleh bantu ustaz, siapa nama bapa nabi s.a.w?” ujar saya kepada murid tahun 2 Bestari.


Setelah ber ‘PRAKTIKUM’ lebih kurang 3 minggu di S.K Maras, saya semakin serasi dengan telatah mereka. Ada masanya saya lebih bersifat demokratik, dan ada kalanya saya akan bersifat tegas dan garang. Inilah caranya mendidik...reaksi guru, biar kena pada tempatnya.


“Saya! Saya!” kata Faqeh, mengangkat tangan sambil menjungkit-jungkitkan kakinya.


“Ha, Faqeh…siapa?” saya memberi kebenaran untuk dia menjawab.


“Err…Abdullah kan ustaz?”


“Aik? Tanya ustaz balik pulak? Betullah jawapan kamu tu. Nama bapa nabi Abdullah. Bagus…bagus…tepuk tangan untuk Faqeh!” bergema seluruh kelas meraikan semangat Faqeh.


Faqeh tersenyum, bangga barangkali diberi penghargaan. Inilah namanya PENEGUHAN POSITIF, ianya bersifat lebih alami dengan mengiktiraf kelebihan manusia.


“Baiklah…sekarang ini…ustaz nak memperdengarkan sebuah nasyid, semua pasang telinga ye..dengar betul-betul lirik dia.”


Raihan – Nabi Anak Yatim


Muhammad Muhammad Muhammad Mustafa
Ibunya bernama Aminah
Ayahnya bernama Abdullah
Dilahirkan di Makkah Mukarramah
Ibu susunya Halimatus Sa'adiah

Ayahnya meninggal dunia
Tika nabi di dalam kandungan
Alangkah sedih pilunya
Ibunya menjaga baginda
Muhammad Mustafa

Semasa di dalam perjalanan
Pulang dari maqam suaminya
Aminah jatuh sakit di Abwa'
Kembali ke alam baqa'

Tinggallah nabi seorang diri
Hilanglah insan yang dikasihi
Tinggallah nabi seorang diri
Mengajarnya hidup berdikari

Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa

Terpadam api di biara Majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekah diterangi cahya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim

Anka yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa

Hidupnya yatim, yatim piatu
Tiada ayah tiada ibu
Namun dialah manusia agung


Sebaik sahaja nasyid tersebut didendangkan, seluruh kelas menjadi sunyi sepi, masing-masing ‘ghalit’ mendengar bait demi bait. Saya sendiri…khusyuk menghayati lagu yang popular sekitar tahun 1999 ini.


Entah dari mana ianya datang, perasaan terharu dan sedih menyelubungi diri saya. Mengenang diri nabi s.a.w yang telah pun kehilangan kedua ibu bapa baginda seawal usia kanak-kanak. Sebenarnya…lebih tepat lagi, saya terkenangkan arwah abah! Bertakung air di kelopak mata saya, tidak sempat di sapu…ianya telahpun jatuh ke bumi.


Usai sahaja lagu itu dimainkan…


“Dah dengar? Nabi s.a.w sejak kecil lagi, Allah s.w.t telah mematikan kedua-dua ibubapa baginda. Nabi sebenarnya ANAK YATIM!” ujar saya dalam nada bercerita.


“Siapa dalam kelas ini pernah kehilangan ibu atau ayah?” soal saya umum kepada seluruh kelas.


“Khadijah! Khadijah!” jawab murid sambil menunding jari ke arah orang yang dimaksudkan.


“Ok..ok..kalau kamu nak tahu, ustaz pun anak yatim juga, ayah ustaz meninggal dunia tiga tahun lalu.” Terasa dada dihurung sebak apabila membuat penyataan ini dihadapan anak murid sendiri.


“Yeke ustaz? Ayah ustaz sakit apa?” celah Alimin bersama persoalannya.


“Kanser…” jawab saya memudahkan bicara.


“Ooo..”


“Ustaz nak minta tolong boleh? Ustaz minta kamu semua sedekahkan Al Fatihah kepada abah ustaz dan ayah Khadijah, semoga roh mereka berkumpul bersama roh orang beriman, boleh?” soal saya.


“Boleh!!” sorak mereka separa menjerit.


“Terima kasih…Al Fatihah!” saya memulakan bacaan sambil menadah tangan.

Seluruh kelas bergema…


“ Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulillahi Rabbi Alamin..” sungguh…tulus doa mereka. Doa dari mereka yang belum lagi ditaklifkan sebarang tanggungan orang yang sudah Mukallaf. Harapnya, masih bersih dan suci.


Ketika ini, saya merasakan sangat bersyukur, dikurniakan Allah s.w.t anak murid yang sudi mendoakan kesejahteraan roh arwah abah disana.


“Ya Allah…andainya KAU sisihkan doaku untuk arwah Abah mungkin kerana aku bukanlah ANAK yang SOLEH, namun…aku pohon padaMU, terimalah doa mereka, terimalah doa mereka. Mereka yang masih Mulus ini..” hati saya bermonolog sendirian.


Bukan Kecacatan


Kata Dr. Said Ramadhan Al Bouti dalam karangannya, Fiqh Al-Sirah:-


“Hikmah Ilahi yang mahukan Rasulullah s.a.w hidup dalam keadaan yatim piatu. Hanya pemeliharaan dan jagaan Allah s.w.t sahaja dapat menjauhkan tangan-tangan yang cuba memanjakan baginda, menjauhkan baginda dari wang, harta kekayaan dan yang cuba memewahkan kehidupan baginda. Hal ini berlaku supaya jangan timbul di jiwanya semangat kebendaan atau gilakan pangkat”


“Oleh itu, segala-galanya (keadaan) tidak mendorongkan baginda ke arah duniawi, yang mungkin mengelirukan antara KENABIAN dengan DUNIAWI. Agar tertutup mulut manusia yang mengatakan KENABIAN itu sengaja dibuat-buat untuk mencapai tujuan DUNIAWI.”


Ya…menjadi yatim bukanlah sesuatu kekurangan, sebaliknya ia adalah sebuah PELUANG.


Sebuah PELUANG untuk merasai apa yang Rasulullah s.a.w alami bergelar si YATIM PIATU.


PELUANG untuk BERDIKARI dalam meniti apa yang disusun oleh Allah s.w.t dalam TarbiyyahNYA kepada kita..si Yatim.


Jangan menangis…


Jangan beralasan…


Jangan merungut…


Hanya kerana kita GAGAL melihat sisi baik menjadi seorang YATIM! Mari…Kita harungi kehidupan ini dengan SEMANGAT RASULULLAH s.a.w. Biarpun YATIM namun, Rasulullah s.a.w adalah manusia AGUNG sepanjang zaman!


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”


(Direkodkan oleh Bukhari)

7 comments:

Boo said...

moga dtempatkan bersama org2 yg beriman....

محمد حذوان بن حميدان said...

alfatihah..

KEHILANGAN tidak selalu mmbwa kpd KEMUSNAHAN,namun KEHILANGAN itulah pelajaran yg gantinya akan hadir tnpa kita sedari..

kuatkn smngatmu akhi.. (^_^)

Amin Rox said...

Wah! semoga akhi enta terus berjuang di jalan murabbi!
Curahan ilmu dan tarbiyah yang berterusan kpd anak bangsa. ^_^

Tinta Al-Murabbi said...

to boo:- Allahumma Ameen..

to Hazwan:- syukran..nta dan shabat2 antara penguat semngat ana =)

to Amin:- InsyaAllah..moga trus thabat pd jln ini. Ameen..

Nabila Nadia said...

al-fatihah buat ayahanda anda tersayang

Tinta Al-Murabbi said...

oh..nabila~ =)

syukran sis..

Islamic Education 2 said...

Salam ust.

Mcm penah bace pulak entry ni.
Tp, kalau tak nangis tu agk sukar jugak, sbb sedih sbb teringat kan kenangan-kenangan...
and kdg2 rindu tu ditampalkan jugak kadang2 Allah izinkan utk lihat senyumannya dlm mimpi.

Sgt-sgt rindukan arwah ayah.

Tp, Allah tak kan jadikan tiap2 perkara tu dgn sia-sia.
Betullah, atleast, dpt jugak rasa apa yang Rasulullah rasa kan.
Peluang keemasan tu. :)

THNX. Selamat maju jaya dlm exam.