Saturday, May 14, 2011

Empuknya Kerusi Di atas…

“Tuan-tuan dan puan-puan tahu tak, antara semua yang duduk di bawah ni dengan saya yang duduk di atas kerusi penceramah yang empuk ni, bahaya lagi orang yang duduk di atas ni (kerusi penceramah)” ujar guru saya, Ustaz Tarmizi Taha.

(Sumber: Mr. Google)

“Nak tahu kenapa? Sebabnya, tuan-tuan yang duduk dibawah ni sentiasa ada saya yang mengajar ni untuk menegur salah silap tuan-tuan. Bila ada perkara yang melanggar syariat, dalam kuliah sebegini lah saya akan sampaikan nasihat dan teguran. Alhamdulillah, setakat kudrat yang ada ini, Insya Allah saya konsisten menegurnya.”

“Tapi, apa yang merungsingkan, saya yang duduk atas kerusi penceramah ni, kalau salah silap saya, khilaf saya, siapa yang mahu tegur? Lebih-lebih lagi, takut untuk tegur, maklumlah, kononnya saya ni tahap USTAZ dah. Bukan macam tu!”

“Saya juga perlukan tuan-tuan untuk tegur saya, marilah sama-sama kita saling tegur menegur atas kesilapan masing-masing”. Ustaz mengakhiri kuliah beliau.

Allah, Allah, Allah…bergetar hati saya mendengarnya, bergenang air mata…Sungguh, kuliah beliau banyak menyentuh hati saya. Terima kasih ustaz!


Itu merupakan ucapan yang keluar dari bibir salah seorang ahli Majlis Fatwa Negeri Terengganu, Seorang yang mempunyai MA dalam Fiqh Perbandingan.

Puji untuk USTAZ

Dengan keilmuan yang dimiliki, menjadikan manusia kagum kepada kita. Dengan kepetahan berbicara yang hebat, menjadikan manusia terpana mendengarnya. Dengan pakaian berserban dan berjubah, menjadikan manusia menaruh siqah pada kita. Aura seorang USTAZ mampu mempengaruhi manusia sekeliling.

“Terima kasih banyak-banyak ustaz, penjelasan Ustaz sangat bagus dan jelas.”

“Kata-kata ustaz berjaya menjentik sanubari saya untuk berubah! Hebat!”

“Mantap kuliah ustaz sebentar tadi, banyak informasi yang saya dapat, Syabas!”

Benar sekali…

Apabila kita sentiasa berada di atas dan duduk di kerusi penceramah yang empuk, kita sering mudah lupa dan alpa. Ditambah lagi dengan perencah makanan Maggi jenama PUJIAN dan SANJUNGAN telah memaknakan lagi kelazatan dan keenakan duniawi.

Kita memberi sinar kebijaksanaan kepada otak-otak jahil diluar sana. Kita memperbetulkan hodoh akhlak masyarakat disekeliling kita. Alangkah mulianya tugasan kita bukan?

Kita SENTIASA dimuliakan…

Kita SENTIASA diraikan…

Kita SENTIASA dipuji-puji…

SENTIASA menerima pujian demi pujian, sanjungan demi sanjungan, sebenarnya merupakan ujian kepada tuan punya badan.

Ada yang SYUKUR, mengembalikan semua pujian hanya untukNYA. Ada juga yang KUFUR, merasakan kemegahan membuak-buak dalam dirinya. Tidak kurang juga yang hanya mengucapkan ‘Alhamdulillah’ di bibir, namun hakikat hatinya terendam dengan riya’ dan sum’ah.

EGO seorang USTAZ

“Dia tu siapa nak tegur ana? Apa kelayakannya?”

“Setakat mengaji kat surau/balai, ada hati nak betulkan aku?”

“Nta amik dari kitab mana? Rujukan mana? Alahai…jangan nak tegur ikut pandai je…nta tu kitab Arab pun tak tahu nak baca!”

Terlalu lama berada di atas, mengajar dan memperbetulkan orang lain yang hanya duduk dibawah…

Terlalu sedap menikmati kerusi empuk, mengajar dan memperbetulkan orang lain yang hanya duduk berlapikkan tikar surau…

Sehinggakan apa yang dinampak hanyalah memperbetulkan kesalahan manusia lain, sedang kekhilafan dirinya dibiarkan telanjang tanpa pakaian. Apabila ditegur, sang Ustaz mudah melenting, marah, dan tidak senang. Apabila diperbetul, sang Ustaz berdolak dalik tidak mahu mengakui kesilapannya.

Lebih parah lagi, sengaja menggunakan NAS dan DALIL yang diputarbelit untuk menutup kesalahannya.

Bahaya si Jahil yang Sombong, Bahaya lagi si ‘Alim yang Sombong!

Khilaf si Jahil itu mampu kita nasihatkan, andai hikmah dan kebenaran yang menjadi penyampainya, namun Khilaf si ‘Alim itu tentunya sukar diperbetulkan, andai hikmah dan kebenaran itu dipatahkan dengan NAS dan DALIL yang sudah diadun-adun menjadi perisai bagi melindungi kesilapannya.

Jangan mudah lupa wahai Ustaz! Kita mungkin terlepas di dunia, mungkin masih mampu mengekalkan pandang baik manusia disini, namun kita tidak mungkin terlepas di AKHIRAT, disana nanti, yang menjadi hakim adalah Allah s.w.t, Tuhan yang tiada suatu pun luput dari pengetahuanNYA.

Jangan mudah tertipu dengan kehebatan kita. Jangan mudah alpa dengan pujian. Takut nanti…seandainya kehebatan dan pujian itu dijadikan asbab yang mencampakkan diri kita ke NERAKA! Allahuma Ghfirlana… Allahumma Ghfirlana… (Ya Allah! Ampunilah kami)

Pesan Imam Ghazali

Dikarang oleh Imam Ghazali, Ihya Ulumuddin menitipkan beberapa pesanan kepada kita untuk menjadi MUSLIM yang BAIK:-

1) Minta Nasihat dari tuan guru kita

2) Minta Nasihat dari teman rapat kita. (kawan baik, isteri, dll)

3) Lihat, Hayati dan Insafi apa yang diperkatakan oleh musuh kepada kita.

4) Lihat, Hayati dan Insafi apa yang berlaku disekeliling kita.

Bukankah kesemua perkara ini mengembalikan kita kepada satu perkataan iaitu ‘MUHASABAH’? (^_^)

Nota di Hujung Jari Kaki:

1. Bukan Ustaz? Maka tukarkanlah perkataan ustaz berkenaan kepada DAI’E. Guru, Doktor, Jurutera, Peguam semuanya DAIE! Insya Allah…sama-sama kita ambil manfaat darinya.

2. Adeyh! Yela2…orang nak gi study la ni..janganla main tarik2 telinga! Tak senang tau kalau blog ni tak update =P

4 comments:

rushdan said...

Assalamualaikum...

terima kasih di atas nasihat. credit to Ustaz Tarmizi Taha.

Jarang2x kite dengar teguran dan nasihat sebegini keluar dari mulut seorang ustaz yg sedang berceramah di khalayak ramai pd zaman sekarang.

Pernah x tgk movie LASKAR PELANGI?
Dr mulut seorang guru berkata. " Hidup ini biarlah memberi sebanyak-banyaknya..."

kdg2 kita x sedar. kita senang utk memberi nasihat kpd org ramai, kita menyeru, kita mencegah org. tapi kita x pnh pikir tntg diri kita. Siapa yg nak tegur? kalo ada alhamdulillah...

kita bukan sahaja hidup utk memberi, tatp selitkan sama utk mnerima teguran dan nasihat.

syukran atas ingatan itu...

محمد حذوان بن حميدان said...

tahniah ust arif kerana dpt kluarkn post baru even dlm mood exm..

hmm..isu ni mmg akn brlaku di mane2 selagi namanya MANUSIA, semakin tggi kita mndaki smakin terdedah kta melihat smua prkara,shbt yg baik akn MENEGUR shbt2nya, shbt2 yg baik juga MAMPU dan BOLEH menerima TEGURAN..

jgn mudah mghentam dan mmperlekhkn teguran org lain ats ALASAN mgiktiraf thap ilmu kta yg trlalu tggi seolah2 melebihi ilmu rasul2..,na'uzubillah..

tanda kbrkatan ilmu,smakin tggi ilmu SEPATUTNYA smakin tawadu' dan cmrlang HORMAT kpd org..

wlau ilmu stggi gunung nmun TAK TAHU hrmat kpd mnusia tiada nilainya..muhasabah brsama~

mad'u said...

macam mana pula dengan kes bila daie menegur kesalahan mad'u, tapi mad'u merasakan daie tu tak cukup berhikmah sampai dia rebel dengan teguran daie tu.

pastu, sebagai daie yang berniat menyeru kpd kebenaran mencegah kemungkaran mesti lah dia rasa dia betul dan buat benda yang betul. tapi patut ke dia cakap macam ni?

tu la..budak2 zaman sekarang, bila orang tegur je melenting, tak nak terima. dah seronok sangat la tu dengan dunia. bertaubatlah, kalau tak neraka je tempat utk entum semua. Entum nak tunggu bala datang baru nak bertaubat? Entum nak tunggu siapa yang nasihat baru entum nak ikut? Nabi???

nahnu daie laisa ghudoh.=_='

Anonymous said...

ustaz itu kah yg berkata begitu ?