Monday, May 30, 2011

Masih dan Terus untuk Mencuba...

Maafkan saya…

Jika perkara yang membuatkan kamu rasa sensitif , tidak membuatkan saya sentitif…

Jika perkara yang membuatkan kamu marah, tidak pun membuatkan saya marah…

Jika perkara yang membuatkan kamu rasa segan, tidak langsung membuatkan saya rasa segan…

Maafkan saya...

Jika apa yang syadid pada kamu, hanyalah harus bagi saya…

Jika apa yang keras pada kamu, hanyalah lembut pada saya…

Jika apa yang emosi bagi kamu, hanyalah tenang bagi saya…

Hakikatnya, semuanya ini kerana kita berbeza.

Kenapa?

Kerana kita dibesarkan dalam persekitaran (biah) yang berbeza…

Kerana kita lahir dari latar belakang keluarga/jemaah yang berbeza…

Kerana kita mempelajari kehidupan dari kacamata berbeza…

Kerana kita menempuh pengalaman yang berbeza…

Salahkah perbezaan ini?

Tidak, inilah keunikan yang Allah s.w.t turunkan kepada kita. Mempunyai sisi kuat dan lemah masing-masing. Apo ghoman eh kalau sumo manusio ni sepesen (sejenis) yo? =P

Namun, apa yang salah, apabila kita menjadikan perbezaan ini titik untuk menimbulkan perbalahan, bukan titik membentuk kebersamaan.

Sepatutnya perbezaan ini saling bertindan menutup lubang kelemahan. Kita memang takkan pernah menjadi insan sempurna, namun dengan adanya saya dan kamu, kita perlu menjadi jemaah yang sempurna demi menongkah pancaroba dunia yang menggila. Namun, adakah kita sedang begitu?

Faham dan Mengerti

Membina keserasian pada kesemua perbezaan ini bukan senang, melainkan kita sanggup memahami antara satu sama lain. Memahami dan mengerti, bukan mudah, tetapi perlu!


Ia memerlukan rasa empati yang tinggi. Meletakkan diri, serupa pada keadaan dirinya. Jika dihayati dengan baik, barulah kita faham mengapa dia bertindak begini dan begitu.

Lalu, apabila sudah faham, cukupkah sekadar itu? Kau ikut cara kau, dan aku ikut cara aku… Bolehkah begitu?

Menerima dan Memberi

Tak boleh sama sekali, kerana matlamat kita adalah sama, menuju keredhaanNYA, mahu tidak mahu, nak tak nak, kita perlu bergerak bersama-sama, seiring dan sejalan. Apabila berlari, kita lari bersama-sama, bila jatuh, kita jatuh bersama-sama.

Kemudian, apabila sudah faham dan mengerti, maka terimalah seadanya. Kekuatan dan kebaikannya, Kelemahan dan keburukannya, Kesempurnaan dan kecatatannya.

Selagi mana tidak mahu menerima, maka usahlah bermimpi untuk memberi. Kerana percayalah…jika memberi tanpa rasa untuk menerima, pemberian itu hanya ‘plastik’ semata-mata. Entah dimanakah keikhlasannya. Segala-galanya bagai dipaksa. Bimbang…andai semuanya itu sia-sia sahaja.

Tanyalah pada diri, sudahkah kita bersedia menerima dan memberi?

Menerima bahawa dia…

Bukan dari persekitaran seperti kita…

Bukan dari latar belakang seperti kita..

Bukan punya pengalaman seperti kita…

Pada saya, samaada untuk menerima dan memberi, itu hanyalah retorik semata-mata, andai kita tidak pernah ada rasa untuk berkorban. Apa pun jenis perhubungan manusia, persahabatan, rumah tangga, kesemuanya memerlukan pengorbanan. (Tadhiyyah)

Tanpa pengorbanan, siapalah kita?

High Expectation

Namun, janganlah hanya kerana saya seorang Ustaz. Anda mengharapkan saya sudah faham segala-galanya, tahu segala-galanya, sanggup berkorban semuanya…

‘High Expectation’ seperti ini akan membuatkan saya mudah berasa ‘Infriority Complex’. Melepasi peringkat memahami dan mengerti itu pun masih sukar, apatah lagi untuk menerima dan memberi?

Adakalanya, kerana perbezaan kita, saya juga tersalah dan terkhilaf. Tersilap dalam memahami, tersalah dalam mengerti.

Saya mohon, jika ada apa-apa yang saya masih jahil dan belum faham, bantulah…jangan dibiarkan saya begini. Jika tidak, sampai bila-bila pun saya akan terus blur.

Maafkan saya jika apa yang saya beri, tidak sama dengan apa yang kamu mahu. Ketahuilah bahawa saya sebenarnya sedang cuba untuk mengerti. Sesungguhnya saya sedang cuba untuk menerima. Sebab itulah masa merupakan elemen penting untuk sebuah kesefahaman.

Bersama-sama kita…

Belajar untuk memahami dan mengerti…

Belajar untuk menerima dan memberi…

Belajar untuk membentuk langkah penuh erti…

Demi kebaikan bersama, demi cita-cita Ukhrawi yang kudus itu.

Nabi s.a.w pernah ajar kita bahawa belajar itu bukan bersifat sementara. Sebaliknya ia adalah sepanjang hidup. Selama-lamanya. So, it’s a life time learning process~

P/S:

1) Sesungguhnya…kesemua pesanan ini adalah untuk diri sendiri pada asalnya. Sengaja dikongsi agar ada manfaat bersama.
2) Entri kali ini merupakan sebuah coretan hati semata-mata…layan jiwa sekali sekala boleh kan? (^_^)

6 comments:

tulip said...

.....
..........
.....

Kita sama sahaja
Bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan

..
....
.....
..

Insan - Yantzen
http://www.4shared.com/audio/YADSwc1K/Yantzen_-_Insan.html

"Sebab perbezaan itu adalah titik permulaan sebuah keserasian" [quote-kamu!]

Tinta Al-Murabbi said...

to tulip;

syukran~ siap ada lagu tema lg utk entri ni?haha~

Yantzen rawks! =P

Terima kasih krn mengingatkn sy kembali kpd quote yg sy sndiri mengucapkannya.

P/S: oh ya..jika pun mahu menggunakn nama samarn sperti tulip, mohon ianya dikekalkn dlm entri2 yg lain spaya mudah sy mmbuat pngecaman.Lg mudah,jika mnggunakn smaran yg sudah sy knal~

Anonymous said...

salam ziarah....

" Membina keserasian pada kesemua perbezaan ini bukan senang, melainkan kita sanggup memahami antara satu sama lain. Memahami dan mengerti, bukan mudah, tetapi perlu!"
(thumbs up 4 dis quote!!)

betul..
bukan mudah utk fhm dan mengerti antra stu sma lain..
apatah lg,jika kita hnya meraikan pndgn dan pndpat kite semata2..
bukan mudah juga,jika kita merasakan pndgn org lain sekadr omongan kosong yang tak berfakta...
apa yg perlu adalah, hormati dan meraikan semua org..
krn...
pd setiap manusia,ada hikmah yg tersembunyi,kurniaan Allah,rahsia Allah,yg kdg2 kite sndri tak menyangka hikmah itu ada pd drinya..(hmmm,leh bce solusi,isu no.32,sal hikmah tidak mengenal usia,m/s 28)

-semoga bermanfaat-

Anonymous said...

assalamualaikum..
mmg takde yang salahnye pada perbezaan..perbezaan tu wajib kan? pegila ceruk manapun, kita pasti akan jumpa perbezaan..tapi untuk setiap individu perlu ada rasa meraikan perbezaan tu..dalam erti kata lain, toleransi dan saling memahami, menerima..kalau semua org boleh wat camtu..IAllah sume beres..=)

Noorsyahida said...

"mencari titik persamaan dalam perbezaan"

sebanyak 100% saya sangat menyukai entry ini... (menggunakan angka kerana demam AR belum habis)

Tinta Al-Murabbi said...

Anonymous 1:-

Thumbs to Allah sbb ilhamkn sy quote itu. Alhamdulillah! (^_^)

trima kasih ats cdangan majalah solusi.itu..insya Allah cuba mencarinya~

Anonymous 2:-

Yup stiap manusia tu mesti ad perbezaan~ kalau kita sekadar meraikan shj xcukup kalo kita xbtol2 berlapang dada..sbb manusia ni kt ats bibir je kate meRAIkan, tp kt hati @ kt blakang rs xikhlas pon. So, sebaiknya biarlah rasa meraikan tu dtg dr bibir, hati dan perbuatan. (^_^)

Syahida:-

Aiwah~ Entry biasa2 shj dr org yg biasa2..cume sumber ilahm itu drNYA yg luar biasa. Udah2 le tu AR! Da jawap da pon =P