Friday, March 13, 2009

Siapa Pengawas Anda?

Letihnya! Itulah satu-satunya perkataan yang dapat menggambarkan diri saya sebaik sahaja pulang dari sekolah. ‘Melempeng’ di hadapan TV membuatkan umi bertanya:-

“Ustaz Ariff oi! Penat sangat nampaknya hari ni??”

“Yolah..sekolah sesi petang..penat woo..mujur kena seminggu je!” ujar saya ‘mempertahankan’ diri.

SBE (School Based Experience) saya di Sek. Keb. Taman Keramat (1) telah pun masuk hari yang ketiga. Misi saya ke sekolah kali ini adalah untuk mengkaji aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab, maka saya terpaksa memilih untuk ber’SBE’ pada sesi petang memandangkan pada sesi ini lebih ramai guru Bahasa Arab bagi memudahkan saya menemubual mereka sebagai bukti wujudnya kolaborasi antara guru pelatih dengan guru j-QAF.

Sudahlah jatuh, kemudian di timpa tangga pula! Saya diberitakan bahawa dalam tempoh seminggu ini seluruh sekolah akan berada dalam minggu peperiksaan. Secara tidak langsung ianya telah meranapkan peluang saya bagi membuat pemerhatian di dalam kelas oleh guru Bahasa Arab yang mengajar. Minggu peperiksaan bermakna tiada proses P&P secara langsung di dalam kelas! Aii… =(

Biarlah..barang yang lepas, usah dikenang..teruskan apa yang masih tersisa dihadapan. Penyelia Petang meminta jasa baik saya untuk mengganti / relief beberapa kelas yang gurunya mempunyai urusan luar. Memandangkan tugasnya hanya sebagai pengawas peperiksaan maka saya pun bersetuju.

Jam menunjukkan pukul 3.40 petang, menandakan waktu menjawab kertas Pendidikan Islam hampir tamat. Kelihatan beberapa orang murid masih tekun menulis bait-bait jawapan, manakala mereka yang sudah pun siap menjawab mula membuat ‘onar’ mengganggu rakan mereka yang lain. Beberapa kali, saya arahkan mereka untuk duduk ‘Ontok-ontok’ (lihat kamus DBP versi loghat N9), namun tidak sampai pun 2 minit mereka kembali bermain.

Tiba-tiba muncul seorang murid perempuan beruniform serba hijau, di atas tag nama ‘Nurul Hana’ itu tertulis pula perkataan ‘PENGAWAS’. Dihulurkan sehelai kertas kepada saya sambil memberitahu “Cikgu, ini senarai nama murid yang buat bising!” Saya menggangguk sambil tersenyum, kemudian meminta dia untuk duduk semula ke tempatnya.




Format ‘aduan’ ini sama ketika zaman saya bersekolah rendah dahulu! Tidak berubah! Kertas itu telah menggali sistem memori saya ketika zaman menjadi murid sekolah rendah. Murid-murid yang bercakap, bermain, gelak malah berjalan pun akan ditulis sebagai suatu kesalahan juga! Lucu apabila memikirkannya kembali saat umur hampir menjangkau 21 tahun ini.

Hampir sama situasi ini dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim bukan? Raqib dan ‘Atid sebagai pengawas yang tidak pernah leka dari mencatat segala amal perbuatan kita. Mungkin kita punya waktu untuk tidur, rehat, makan dan minum. Namun, pengawas berpangkat ‘Malaikat’ itu tidak sekali-kali meninggalkan pejabat mereka yang berpengkalan di bahu kanan dan kiri kita. Apabila isyarat impuls yang dihantar oleh otak ke anggota badan untuk membentuk sebuah tindakan, maka Raqib dan ‘Atid ini akan bersedia untuk ‘take note’ sama ada tindakan itu merupakan amalan yang dikurnia ‘pahala’ atau mengundang ‘dosa’.

“Tidak suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir”
( Qaaf : 18)



Ganjarannya?? Cukup mudah..dijamu dengan nikmat yang maha HEBAT sebagai ahli Syurga atau diseksa dengan azab yang maha DAHSYAT sebagai ahli Neraka. Tatkala bermula episod MAHSYAR, seluruh manusia dibangkitkan setelah dimatikan… gelisah, resah, memikirkan apakah nasib diri masing-masing. Manusia beratur untuk menyerahkan ‘Record Book’ masing-masing, siapa yang menyerahkan bukunya dengan tangan kiri maka meraunglah dia dengan petanda tersebut, sebaliknya siapa yang menyerahkan bukunya dengan tangan kanan bergembiralah dia dengan riangnya.

Yaitu golongan kanan (ialah mereka yang menerima buku catatan amal dengan tangan kanan). Alangkah mulianya golongan kanan itu. Dan golongan kiri (ialah mereka yang menerima buku catatan amal dengan tangan kiri) Alangkah sengsaranya golongan kiri itu.
(Al-Waqiah 8&9)

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat apabila ditanya apakah penyelesaian bagi kerosakan aqidah dan akhlak umat Islam masa kini. Beliau menjawab “ Marilah kita menghidupkan sebuah kesedaran bahawa Allah s.w.t maha Melihat segala tindak tanduk dan gerak geri kita. Jangan dilupa Malaikat Raqib dan ‘Atid sentiasa bersama untuk mencatat segala amal perbuataan kita”. (Lihat buku ‘Telaga Budi’, keluaran terbaru dari Nufair Street Pub.)

Tapi…manusia sering lupa teori yang mudah ini bukan? Tenggelam dan alpa dengan kenikmatan duniawi yang sebenarnya menjadi ‘silent killer’ di akhirat kelak. Seakan sengaja memamah ‘makanan yang berkolestrol tinggi’ kerana sedap tanpa memikirkan ‘Serangan Jantung ’ yang bakal dihidapi di masa hadapan!

8 comments:

i'M h!zW@nI88 said...

hihi..lawak nye..teringat zaman sekolah rendah dulu..series x berubah lgsg..pelik gak mcm mn dirg bleh tiru ape yg kte wat time skolah rendah dulu kan???

Tinta Al-Murabbi said...

hmm..maybe sbb amalan turun temurun oleh guru kelas kot~~ pengawas!siapa bising tulis name die!nanti cikgu amik tindakan! hehe

Izzuddin Akmal said...

pbs tyme pekse gak?
same lahh aku wehh..x tau nak wat aper..bosan giler..

Atikah Nur Dzulkhefli said...

hurm...byk cakap eh..sometimes,picture tells more than word..nasehat:kuranghkan cakap,letak gambar byk..hehehhehe

Anonymous said...

Menarik apa yg awk ketengahkan..
idea untuk akak wat pd anak murid akak yg nakal2 tak makan saman tu...
kdg2 kita dpt belajar banyak dari budak kecil..
tahniah utk artikel yg menjentik keinsafan dlm diri ni...
syukran arif..
teruskan menyumbang utk agama..
arif boleh!
insya Allah

Tinta Al-Murabbi said...

Kak Mus: heh~ anak2 murid yg nakal?aaa..pengawalan keras yg kurang berkesan..hehe..thanx ye kak..moga doa itu terus kekal..

ika: adeyla..dlm exam la ika oi!mne leh amik pic bebyk~ nnti org kate tiru plk keh3x

Unknown said...

haha~kelakar. dulu masa jadik pengawas, itulah keejanya.

tapi, my little sis lebih horror, dia ketuk kepala a boy sampai his mother datang mengadu kat ckgu..keke~

Tinta Al-Murabbi said...

erk..itu bkn horror tp itu honour! menjalankn tugas dgn amanah dan garangnya!hehe