Wednesday, July 22, 2009

Abang MAU ka???

Sengaja saya singgah sebentar ke pasar malam di kawasan stesen LRT Jelatek, sebaik sahaja selesai membeli tiket bas untuk pulang ke Terengganu pada esok hari. Hajat di hati, mahu mencari vcd @ dvd filem ‘Syurga Cinta’ . Tergerak rasa hati untuk menontonnya selepas membaca komentar Ustaz Hasrizal mengenai filem ini dalam blog beliau. Kata beliau, ada nilai dakwah dalam keseluruhan jalan cerita ini, maka saya sangat berkeinginan untuk mengetahui tahap keberkesanan dakwah itu? Mungkin boleh diaplikasi dalam ruang lingkup mad’u saya sendiri? Entahlah..baru-baru ini, ramai pula yang datang bertanya pendapat mengenai ‘Kisah Cinta’ mereka kepada saya. BUNTU saya jadinya! =P

Saya tidak terus kepada tujuan sebenar, sebaliknya saya mengambil kesempatan ini untuk berjalan-jalan (merayau-rayau) bagi melihat gelagat warga Kuala Lumpur di malam hari. Teriakan para penjual bercampur baur, masing-masing ligat mempromosikan jualan mereka. Ditambah dengan limpahan lampu neon yang mewarnai suasana pasar malam, membuatkan ianya tidak ubah seperti sebuah pesta jalanan. Saya sedikit terhibur dengan suasana begini. ‘Happening’ bahasa Inggerisnya.

Gambar Hiasan

Apa yang lebih menarik perhatian saya ialah para pembeli juga berebut-rebut mem’promosi’kan diri mereka. Ada yang bertindik bibirnya, ketat seluarnya, merah rambutnya, juga senteng bajunya. Saya hanya mampu menggeleng di dalam hati, kerana kalau digeleng secara fizikal/zahir menggunakan tengkuk ini ke kiri dan kanan, mahu patah jadinya leher saya! Terlalu ramai untuk digelengkan, sehingga gelengan yang sepatutnya berperanan di tengkuk, turun sekadar ke hati.

Mungkin inilah erti ISLAM dalam perspektif pengamalan kerohanian semata-mata. Hanya Solat, Zakat, Haji, Puasa sahaja yang bermain dalam minda mereka apabila diminta menterjemahkan apakah kaitan ISLAM dengan dirimu? Sedangkan, ISLAM itu prihal kehidupan seorang MUSLIM, tidur MUSLIM, makan MUSLIM, pakaian MUSLIM, berniaga MUSLIM, pendek kata segala-galanya adalah ISLAM. Ia sebuah lingkungan peraturan dalam kehidupan di dunia ini untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak. Gagal disini maka bererti GAGAL juga di SANA!

Saya singgah di sebuah gerai menjual VCD (cetak rompak atau original? Entahlah.. =). Mata saya mencari-cari kalau ada filem yang saya inginkan itu. Dalam kekhusyukan mencari itu, lalu...

“Abang..Mau ka? Baik punya!” kata seorang lelaki berbangsa Cina kepada saya. Terus, dia menghulurkan sekeping VCD kepada saya.

Tersentak saya, apabila dihulurkan VCD itu. Ianya ber’cover’kan gambar perempuan separuh bogel! VCD Lucah ni!! Jerit saya dalam hati.

Lalu, saya pandang wajah lelaki itu dengan seribu tanda tanya. Dengan selamba dan sambil mengenyitkan sebelah matanya, dia berkata “Mau lain ka? Korea? Jepun? Melayu takda la boss!”

Merah telinga saya menahan marah! Terus saya beredar meninggalkan gerai itu...mahu saja saya maki lelaki itu, tapi saya tahu..lelaki itu bukan berseorangan, sudah pun ‘ standby’ kaki-kaki pukul di luar sana untuk membalas dendam.

Usaha pencarian diteruskan, saya singgah di gerai yang lain..

Langkah saya terhenti di sebuah lagi gerai VCD, kali ini seorang lelaki Melayu, berumur lingkungan 40 an mungkin. Mata saya meliar mencari jikalau ada VCD ‘Syurga Cinta’ itu. ‘Takde pun...’ saya mengomel sendirian. Setelah lebih kurang 5 minit saya berdiri di situ, terasa bahu saya ditepuk..

‘Dik..cari yang XX punya ke?’ tanya lelaki Melayu itu. ‘Tunggu kejap boleh? Abang gi ambil stok dalam van..’ sambungnya lagi.

Geramnya! Lain yang dicari, lain pula yang ditanya! Saya genggam buku lima erat-erat. Secebis Iman yang masih ada itu dijadikan kekuatan untuk tidak melayangkan ia ke muka manusia yang boleh saya gelarkan ‘Pak Cik’ itu.

‘Ape ni bang? Melayu pun nak rosakkan Melayu ke?? Baik keje jadi pencacai tahi je dari jual benda haram!’ lancang mulut saya menyembur. Kali ini, saya betul-betul hilang sabar. (Biarpun jauh di sudut hati saya mengatakan:- ‘Mungkin dia ingat saya berbangsa Cina kot!?)’

Terus, saya beredar dan meninggalkan ‘Pak Cik’ itu terpinga-pinga. Ada raut kesal di wajahnya. Hilang niat asal saya untuk mencari filem itu. ‘Barqiya’ di hidupkan dan saya terus memacu ia pulang ke rumah.

Gambar Hiasan

Ya...saya akui, mungkin cara saya itu tidak betul. Setelah direfleksikan, maka saya katakan ia adalah sebuah tindakan yang bersandarkan emosi semata-mata, sepatutnya ia perlu melalui proses menenangkan diri untuk memilih reaksi terbaik, sungguh..terbit rasa sesal setelah difikirkan semula. Namun, jika dibandingkan, marahnya saya, geramnya saya, sedihnya saya, kecewanya saya dengan ‘pelawaan’ 2 kali itu, adakah ia masih punya nilai dengan rosaknya akhlak seorang MUSLIM jika menonton filem itu? Demi Allah s.w.t...tanyalah soalan yang sama pada diri kalian!

Bayangkan, berapakah harganya nilai AKHLAK seorang MUSLIM yang telah rosak akibat menonton filem LUCAH yang dijual di pasar malam dengan harga sekitar RM 5 sahaja?! Menitis air mata saya apabila terkenangkan perkara ini. Sidang pembaca, ingin sekali saya bertanya apakah reaksi kalian andai berada di tempat saya, ditawar untuk ‘menikmati’ maksiat mata yang mampu meransang syahwat sebanyak 2 kali?




9 comments:

budak sekolah said...

satu - download la kat torrent. kite dah tengok lame dah~ :P

dua - tu la hang..orang dah suruh berjemur kasi hitam sket. takde la nampak cam cina sangat. tapi hang tuh manje..nak jage sangat kulit yang putih gebu tu lagi..ishk2, kan dah kena sekali!!!

tiga - sedih yer. Orang kita sendiri dah sama2 tolong org kafir sebarkan dakyah 'perang saraf' ni...dasyat kesannya nanti. hari tu, ada sorang aka fc ni cakap, musuh yang nyata tu lebih mudah untuk kita lawan berbanding musuh yang berada dalam golongan kita sendiri.

empat - uishh!! bleh tahan garang yer..

lima - nape la gi membazir RM5 beli menda tak leh makan tu. Bek beli choki2. dapat la due peket stengah. Lebih baik lagi kalau choki2 tu blanje bagi kat orang [yang jauh]..kan??? huhu~

Tinta Al-Murabbi said...

to budak sekolah:-

1.Hoho..saya sungguh tidak suka membazir masa utk mendownload cite yg memakan masa berjam2 + line intenet sgt susah utk didapati skang ni.

2.Oh..me da cuba berjemur, mula2 kulitku merah2..pastu lelame putih blik..cmne ye?haha

3.Yup!!ibarat musuh dalam selimut~ sgguh sukar untuk di'sental'!

4.huii..kegarangan i2 jgn ditiru..ia adalah tanda lemah diri ini. =(

5.Choki2?hmmm..(xrase ape2 pon?? lalalala..hihi) + CHOKI2 berharga RM1 la 1..aa bulih 5 la kan cik?

6.Eh..anda x menjwb soalan sy dlm artikel i2!apa anda akn lakukan sekiranya berada dtmpt saya ketika i2??hoho~~ (^_^)

budak sekolah said...

satu - mane de lame.. skejap je la..

dua - hang memang belagak!!!

lima - eh..dah naik harga ke?? mahalnye...uisshh, mahal2 ni lagi bertambah sedap la kalo ada orang belanja...

enam - senang je... cakap ngan pakcik tuh camni :
"pakcik!! pakcik dah puas hidup ke???" [hoho]

tak pun.. buat muka ala2 mulia sambil bercakap dengan nada yang tenang.. "saya badan pencegah maksiat...bleh tengok ic pakcik???" [err..boleh kan?]

Tinta Al-Murabbi said...

1. Yeke sekejap??alah..masa jugak~ kn??hoho

2. Lol..berlagak hape nye??realiti la~~ adoiyai~~

5. Erk~ oi..org kate sepeket RM1 la..aish..misunderstanding~~

6. Peh..lagi garang hang ni ye??kui3x..kalo bdn pencegah maksiat..mesti die mintak tgk kad kn??nk jwap ape time tu??

Izzuddin Akmal said...

ehem2..berbalas2 mesej dalam 'abang mau ka??'..
boleh r wat pasni abang MAU ka The Movie..
amacam,ade bran?
huhu

budak sekolah said...

satu - ekeleh..download pastu tiggalkan je la...bukan susah sgt pun??

dua - yelah2...[kite yg kulit gelap ni mane la tahu perasaan org yg kulit cerah putih melepak kan~]

lima - ohh begitukah..lagi bagus!!!

enam - senang cite...awak terus peluk pakcik tu erat2..sambil menangis teresak-esak. Pastu tadah tangan doa sungguh2.." Ya Allah, berilah pakcik ini hidayah Mu" sambil mengesat air mata yang meleleh.
Hidayah Allah tu datang macam2 cara sekalipun kan? siapa tahu?? lagipun, awk yg cakap, sentuhan penuh kasih sayang ni sangat berkesan kan?? huhu~ cuba la :P

Tinta Al-Murabbi said...

izzuddin - The Movie??hoho..jap2 nnti ak pikir jalan cite nye~~ ko jgn din..laen jdnye!huhu

budak sekolah
- lol..kalo tggal cmtu je..xke ia membazir elektrik??oh tuhan..jauhkanlah aku drpd sifat membazir itu~ wee~ =P

- aa..cadangan yg baik!sy akn cube praktikkan pendekatan itu..cumenye..takut xsempat dipeluk..die dah hempuk dlu!!hoho

ayman fahym said...

amboi2...
pe mksudnyer g cr cd cetak rmpak kt paso??
amacam bro?
nk bt bek,tp....

lu jawab la sdrik...

=p

Tinta Al-Murabbi said...

to ayman fahym:-
hoho..anda sungguh yakin mengatakan bahawa di pasar malam ad jual VCD cetak rompak shj..mungkin jgk ad jual CD ori??hoho

LU pon pikir la sndiri eman oi!huhu