Sunday, November 15, 2009

Nota Cintaku kepada MU...

Air mata keinsafan
(klik sini untuk lagu)

Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi

(By: Nazrey Johani ft. Salleh Brothers)

Sekian lama saya tidak menghadiri kursus motivasi yang menyentuh jiwa SENDIRI. Sebaliknya, saya sering kali menyampaikan motivasi yang menyentuh jiwa ORANG LAIN. Sehinggakan, hati yang TAWAR ini, berterusan tawar tanpa dijumpai dimanakah kemanisannya. Ribuan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Ustaz Mizan dari TQHM Consultant & Training kerana sudi menjentik kembali diri yang sering alpa dengan kemegahan diri, kononnya sudah cukup hebat berpidato dan berceramah ke sana ke mari, mentadbir usrah orang lain sedangkan tarbiyyah hati sendiri kian malap. Realitinya, saya adalah manusia hina yang sering kali LUPA!



Sungguh, ketika lagu ini berlatarkan sesi muhasabah serta ketika diminta untuk menulis surat cinta kepada Allah s.w.t. Kaku tangan ini untuk menulisnya, saya sudah tidak termampu untuk menterjemahkan betapa bersimpang siurnya hati apabila mengenangkan dosa-dosa lalu. Saya sentiasa mendambakan untuk menjadi KEKASIH ALLAH s.w.t, namun saya seringkali mengabaikan JALAN yang menjadi amalan para kekasih Allah ini, iaitu JALAN MUHASABAH~

3 comments:

na's said...

aik....
musykil..musykil...=0

camne leh post blog..=0

solehahcerdik said...

salam sahabat...kadang-kadang kita merasakan bahwa kita inilah adalah manusia ygterbaik ketika kita dikuatkan oleh Allah Taala utk menasihati orang /anak usrah,namun hakikat dan realiti yg perlu kita lengkapkan tahap kelemahan kita kepadaNya ialah dgn sujud malam yg tidak putus-putus setiap hari dan sujud lama setia kali selepas solat,carilah kedamaian di sebalik sujud di tikar sembahyang itu,nescaya lama kelamaan kita akan jumpa dgn Allah S.W.T dan menangis tanda kekesalan atas perasaan dosa yg bertamu di hati.lihatlah keikhlasan dirimu sama ada tulen atau palsu di sisi Allah sama ada hati enta akan berzikir sendiri @ tidak.jika ya,maka enta akan dapati Allah sentiasa ada di sisi dan syaitan akan menangis kerana enta dilindungiNya daripada sebarang dosa namun,jika tidak,muhasabah kembali nilai sujud kita itu sama ada tulen atau tidak.wallahua'lam

Tinta Al-Murabbi said...

to solehahcerdik:-

Syukran ats nasihat enti..sgt menghargainya..refleksi semula ke ats nilai sebuah sujud pada yg maha ESA..mohon ianya sentiasa tulen..ameen..