Monday, November 2, 2009

Ku bertandang lagi Ya Allah!



Labbaik Allahumma Labaik,
Hambamu datang menyahut panggilanmu, Ya Allah, Hambamu datang menyahut panggilanmu

Labbaikala Syarikala Kalabaik,
Hambamu datang menyahut panggilanmu, Tidak ada sekutu bagimu, Hambamu datang menyahut panggilanmu

Innal Hamda,
Sesungguhnya segala pujian


Wanni’mata,
Dan nikmat

Laka Wal Mulk,
Dan pemerintahan adalah kepunyaanmu

La Syarikalak.
Tidak ada sekutu bagimu

Menghayati makna Talbiah ini membuatkan hati ini sering tenang. Jiwa ini seringkali merindui panggilan menghadap Baitullah. Alhamdulillah…tahun ini sekali lagi saya dikurniakan Allh s.w.t menjadi tetamuNYA. Insya Allah saya bersama ibunda akan berangkat menunaikan haji pada 7hb November 2009. Bertolak jam 10.35 pagi dari Kuala Lumpur International Airport dan akan terus Jeddah. Dijangkakan kami akan mengerjakan Haji Tamattu’. Ya Allah…hati ini benar-benar merindui MU. Terharu benar rasanya hati, tatkala menerima panggilan dari Tabung Haji mengenai makluman jadual penerbangan.

Saya memohon dengan penuh rasa rendah diri, kepada pembaca sekalian untuk mendoakan keselamatan saya dan umi serta dipermudahkan urusan kami disana. Dikurniakan oleh Allah s.w.t haji yang Mabrur. Membawa bertemuNYA hati yang sudahpun tercemar akibat diisi dengan sifat Mazmumah, sejujurnya, saya rasa amat malu bertandang dengan keadaan begini. Namun, saya tahu, malu itu tidak sepatutnya menghalang diri saya untuk MEMBERSIHKANNYA, kerana hakikat manusia memang begitu, tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Saya cuba sedaya upaya dengan izinNYA untuk melakukan pembantaian besar besaran terhadap titik hitam yang masih mengulit hati ini.

Ramai yang mengirimkan doa kepada saya untuk dibawa ke sana. Insya Allah…saya akan berusaha untuk mendoakan kalian kelak. Seorang teman baik berbicara “ Doa yang biasa-biasa, dari seorang yang luar biasa, di tempat yang luar biasa” (walaupun kita sama-sama tahu bahawa saya adalah biasa-biasa sahaja =). Kalau tiada aral yang melintang, saya tidak akan hampakan kiriman doa-doa itu. Segalanya dengan izin Allah s.w.t.

Sesungguhnya Rumah Ibadat Yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah Yang di Makkah Yang BERKAT dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia. (Ali Imran:96)


7 comments:

Tinta Al-Murabbi said...

Erk~ ok2..sori2..sidang pembaca..dia lah 'teman baik' yg dimaksudkan..baik kannnn??

na's said...

ha...da leh komen...

nk komen pe ek...
~slamat brangkat ke tanh sci mekah.."

-lame jugak ko kat sane ek..ho2
da la xkna msuk exm...zaci...

Anonymous said...

slamat brangkat ke tanah suci...

budak sekolah said...

chop2!!!
hang ni perli ke puji???
konpius. hahahaha~

Tinta Al-Murabbi said...

to na:-
hoho~ nk bt cmne..korng amek exam sem ni~ ak menderita jwp sem dpan~ thanx weh! =)

to anonymous:-
terima kasih~ =)

to budak sekolah:-
hehe hang nilai lah sendiri perli kah?atau pujikah?erk~ sila kawal gelak tawa anda~~ hormati pengunjung laen keh3x =P

budak sekolah said...

erk..nak nilai sendiri???
[ingat ni ujian penilaian sekolah ke ape??]

xpe la...anggap diperli.

tp kalo sbenarnya hang memuji...satu benda je nk ckp : "aii~ dah x sayang member ke???" hehe [serius. x syok langsung gelak camni. cam org sakit mulut je~]

lina said...

yup...2 la...mst ko lag ssh dr kteorg smua sb rsnyer xde soklan spot...

hehe2...xpe best s2dent KDRI...idup arepuden!!! ho,,,=p kodding~