Wednesday, April 14, 2010

Saya cinta DIA! =)

Enjin dihidupkan, ‘Barqiya’ sudah siap dipanaskan enjinnya, bersedia untuk ke Sekolah Kebangsaan Pagar Besi. Jam di tangan menunjukkan pukul 9.55 pagi. Masih berbaki 5 minit sebelum saya dan Amir menandatangani buku rekod kehadiran guru yang sepatutnya diisi setiap hari tepat jam 10.00 pagi. Selalunya 5 minit itu tidak menjadi masalah untuk sampai selagi mana bukan Polis dan JPJ yang cuba menghalang saya. =P


Seperti biasa, punat ON radio ditekan, berkumandanglah slot ‘Hayya Bil ‘Arabiah’ di radio IKIM. Dikelolakan oleh Ust Hj Majdi dan Pn. Mona Jasman, saya gemar mendengar rancangan ini memandangkan penyampaiannya yang terus kepada bahasa perbualan harian menggunakan bahasa Arab. Ianya sangat bermanfaat terutamanya untuk mereka yang tidak menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa utama (Ghair Natiq) seperti saya.


Usai slot itu, deejay radio memutarkan pula sebuah lagu yang sudah lama tidak menyinggah di halwa telinga. Terus saya kuatkan Volume’ radio, dan…


Saya menyanyi dengan sekuat-kuatnya! Amir mempamerkan mimik muka penuh kehairanan, akhirnya dia tersenyum sahaja melihat telatah saya. Maaflah sahabat, ini hobi saya di dalam kereta! =)


Mari! Kita sama-sama hayati lagu ini…. (^_^)


Cintailah Ilahi – Inteam

(klik disini untuk lagu)


Rasa cinta

Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya

Dan kerananya manusia sanggup apa saja

Asalkan dia memiliki apa yang dicita

Kerna cinta

Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa

Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta

Ingin bersama sepanjang masa

Tetapi pastikah cintamu dihargai

Mungkinkah si diakan tetap setia
Setelah kau serahkan jiwa dan ragamu

Mungkinkah kau pastikan tidakkan dihancurkan

Jika kau mencintai bunga

Sedarlah engkau bunga itu akan layu

Jika kau cintakan manusia

Sedarlah suatu hari dia akan pergi

Jika kau mencintai harta

Harta itu nanti kau akan tinggalkan

Jika kau mencintai Ilahi

Hanya Dia yang akan kekal abadi

Cintailah Ilahi


Saya sangat menyukai lagu-lagu yang sangat santai dan simple tetapi membawa mesej yang jelas seperti ini. Mudah dinyanyikan dan mudah dihayati. Unsur lagu ini tanpa sedar telah menghuraikan konsep cinta yang begitu ABSTRAK. Mengembalikan cinta kepada Tuan Empunya Segala Cinta.


Hairan juga saya melihat ramai orang hari ini meletakkan CINTA ini bukan pada tempatnya. Zalim! Bekas untuk diisikan cinta itu sepatutnya BERSIH, SUCI dan MULUS bukannya disalut DOSA dan NODA. Apabila manusia bertuhankan CINTA NAFSU itu, maka terjadilah seperti apa yang kita lihat hari ini. Penzinaan merata-rata, sumbang mahram, pembuangan anak dan sebagainya. Itu baru ceritera CINTA NAFSU, belum lagi dikembang biakkan menjadi CINTA HARTA dan CINTA PANGKAT. Pelbagai sudah bukti ditunjukkan terpapar jelas dalam media massa. Sungguh..hina bukan manusia tanpa cinta yang terbimbing?




Sekadar berkongsi rasa mengenai erti sebenar sebuah CINTA yang ALLAH s.w.t turunkan kepada manusia sebagai sebahagian daripada rahimNYA. Semoga saya dan anda semua, terus bangkit menyegarkan CINTA ALLAH s.w.t yang semakin layu dari siraman ibadahnya.


P/S:- Selamat sampai di S.K Pagar Besi…120 km/h itu bukankah kelajuan biasa di jalan kampung? =P

10 comments:

Noorsyahida said...

wow! kelajuan biasa yg dikatakan oleh penulis niii?????

....Engkau~Satu cinta.. yang selamanya aku cari, tiada waktu ku tinggalkan, demi cintaku kepadaMu, walau seribu rintangan kan menghadang dalam diri, ku teguhkan hati ini..hanya padaMu kupasrahkan..

Tinta Al-Murabbi said...

aa..biasela 120..kalo 160 br luar biasa ;P

semoga terus mencintai ILAHI~

budakUniversiti said...

Allah.. 120km/h...biasa sangat tu...Yang luar biasa tu kalau orang bawa 20-30km/h maintain sepanjang perjalanan~ [shhh~kalau tahu orang tu siapa, senyap2 je.hoho~]

Cinta tanpa pegangan boleh mengubah manusia yang malaikat menjadi syaitan...tapi dengan cinta bermatlamatkan TUHAN, mungkin saja si hina mampu menjadi mulia~

Kuasa cinta itu terlalu luar biasa kan~ Bermula dari sesuatu yang sangat kecil tapi akhirnya memberi impak yang sangat besar pada diri...

محمد حذوان بن حميدان said...

lagu ini amat mendalam maksudnya.. (^_^)

Anonymous said...

yeye je ko dgr lgu nsyid rip...kekeke
tkut dgr lgu lady gaga je trus 120 naik meter...hehe..

syahir said...

saya pun cinta Dia..:)

Tinta Al-Murabbi said...

budakUniversiti:-

hoo~ walaupon anda tukar nama ratusan kali..sy bleh knal siapa anda!ngeh2..

erk??20-30 km/h??bek nek basikal je..

yup2..Cinta adalah kekuatan,yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah sedih jadi riang,mengubah amarah jadi ramah,mengubah musibah jadi muhibbah,itulah cinta. =)

hazwan:-
tula..yg ana suka psl lagu ni..mendalam maksud tapi laras bahasa mudah, lagu sgt simple~ beskan??

anonymous:-

lady gaga?HOHO..sy punyai pengetahuan tntg lagu2 genre begitu..tp xmahu dijadikan amalan telinga!wee~

syahir:-

huu~ seniorku!

budakUniversiti said...

hoho. takde unsur2 nak menyembunyikan identiti pun. saja nak tukar. kasi up sket...lumrah kan, level manusia tu berubah-rubah mengikut masa. Sampai bila nak jadi budak sekolah je kan~~~

huh~ petikan kata2 dr filem KCB~

Anonymous said...

haha..nk sedut lgu kt ko nnt....

Tinta Al-Murabbi said...

to budakUniversiti:-

hoho~ hakikatnya..anda masih kebudak sekolahan..ngee~

hehe..xtaw nk petik syair dr mane lg dah..hoo~

to anonymous:-
bereh2..meh la dtg umah..ko nk sedut ape??siput sedut adelah heee~