Tuesday, December 28, 2010

Simpan sedikit perasaan itu...

Tahun 2010 bakal berlalu pergi, 2011 pula yang menjelang. Mungkin antara kita yang sudah pun mula merangka langkah segar untuk dilaksanakan sebaik sahaja munculnya tahun baru ini. Tidak kurang juga mereka yang berusaha melangsaikan saki baki perkara yang tertunda tahun 2010, tidak sempat meraut hasil benih tahun ini, mungkin boleh diraut pada tahun depan. Insya Allah. Apa pun kondisinya, jangan sekali-kali dicicirkan matlamat Allah s.w.t dan RasulNYA dalam perencanaan kalian.


Saya menjangkakan ada sedikit sepi dalam usrah kami yang akan datang. Tiada lagi taujihat dan gelak mesra dari akhi-akhi semester 8 yang telah pun menamatkan pengajian mereka tahun ini. Sesuatu yang ingin saya akui adalah betapa rapatnya jiwa ini bersama mereka. Kami menabur benih perjuangan ini bersama, susah payah yang ditempuhi merupakan suatu lakaran khas yang tidak mungkin terpadam.


Jalan dakwah saya di IPG banyak diwarnai bersama mereka...


Akhi...


Bohonglah diri ini jika dikatakan usrah kita tetap ‘meriah’ dengan ada atau tiadanya kalian di sisi. Hakikatnya, ketiadaan kalian telah merencatkan ‘mood’ usrah yang selalunya dihiasi dengan lontaran idea bernas dan gurauan lucu menggelikan hati.


Tipulah diri ini jika dikatakan gerak kerja dakwah masih lancar dengan ada atau tiadanya kalian di sisi. Hakikatnya, tenaga dan kemahiran kalian sangat diperlukan bagi melebarkan lagi sayap tarbiyyah untuk seluruh warga IPG.


Namun...


Ketiadaan mereka bukan untuk dihibakan berpanjangan. Jauh sekali untuk dijadikan alasan untuk futur dalam perjuangan. Saya percaya mereka juga tidak mahu pemergian mereka membantutkan rencana dakwah kita dek kerana terlalu bersedihan.


Langkah yang mereka tinggalkan, adalah jejak-jejak yang perlu kita contohi. Disambung...kemudian diperjuangkan. Bukannya dibalas dengan rasa lemah dan tidak bermaya kerana kehilangan khidmat TUAN PUNYA JEJAK.


Wajarlah kita bersedih kerana kita MANUSIA, namun tiada ruang untuk kita beralasan melembapkan perjuangan kerana kita adalah HAMBANYA.


Saya yakin tali yang menghubungkan hati saya dan mereka adalah tali yang terjalin atas kalimah LailahaillAllah. Andai ada diantara kami yang mengkhianati kalimah itu, ketahuilah persaudaraan ini telah pun putus dengan sendirinya.


Ya...saya juga manusia yang punyai EQ (emotional quotient) untuk rasa sedih, hiba, kecewa dan sebagainya. Saya manusia biasa, bukan patung tanpa perasaan. Tetapi saya tidak mahu membiarkan diri ini diselubungi perasaan itu berpanjangan, apatah lagi apabila ianya merencatkan gerak kerja saya.


Mungkin kedengaran seperti berhati ‘kering’, tetapi realitinya, itulah yang sedang cuba saya tegakkan dalam diri sendiri ketika ini. Jujurnya, saya sendiri sedang diuji untuk menerima kebenaran ini.


Saya tidak mahu diulit dengan perasaan-perasaan yang sengaja dibisikkan oleh syaitan untuk menipu supaya futur dan pergi jauh dari perjuangan. Berlebih-lebihan secara melampau, itu bukan sifat muslim.


"Cintailah kekasihmu dengan sederhana saja, boleh jadi kelak dia akan menjadi musuhmu, dan bencilah musuhmu dengan sederhana saja, boleh jadi suatu saat dia akan menjadi kekasihmu


(Hadis ini dishahihkan oleh Imam al Muhaddits Al Albani (lihat Shahih at Tarmizi lil Albani, hal. 1997 dan Ghayatul Maram fi takhrij hadits Al Haram wal Haram hal. 472)


Simpan sedikit perasaan itu agar mudah menghadapi saat perpisahan seperti ini. Mungkin kegunaan perasaan itu akan berbakti saat menelan pahit rakan seperjuangan kita dahulu telah berpaling tadah, bertukar menjadi musuh!


Benci dan Sayang kita kerana Allah s.w.t. Itulah nilai ukhuwah yang dijamin kemanisannya sehingga ke syurga. Insya Allah...


Akhi...


Titipkan doa untuk keseinambungan dakwah di bumi IPG ini dalam sujud kalian yang panjang.


Akhi...


Teruslah berkhidmat untuk ISLAM dimana jua kalian berpijak.


Akhi...


Dari hati yang tulus...saya akan merindui kalian~


5 comments:

Anonymous said...

Ya Akhi, teruskanlah perjuangan di IPG dengan lebih 'ganas' lagi..jgn biarkan obor dakwah di IPG menjadi malap dan padam..Semoga kita semua bertemu kembali di medan juang yang sama suatu hari nanti insyaAllah...i'ii miss u all 4ever :~)

Anonymous said...

Salam.
Tersentuh dengan artikel ni.
Apapun, teringat kata-kata; pertemuan dihargai, perpisahan mungkin ditangisi tapi bukan diratapi.
Semoga 'persaraan' mereka dari IPG ni menjadi pembakar semangat buat adik-adik yang masih 'menetap' di bumi IPG ni.Insya Allah.

Tinta Al-Murabbi said...

Anonymous 1:-
Insya Allah..kami akan berkerja lebih kuat drpd biasa. Tapak-tapak kosong kalian sangat perlu diisi dgn tenaga muda yang baru. Syukran~

Anonymous 2:-
Yup..mungkin mereka bersara di persada IPG, namun diluar sana adalah medan sebenarnya. Bro n Sis~ Silelah luangkan masa utk sentiasa mem'bakar' kami dgn nasihat dan taujihat yang berguna.~

محمد حذوان بن حميدان said...

entry kli ni punya sense nya yg lain dri yg lain..he3

ana stuju, amt TIPU bin BOHONG la skiranya shbt yg disayangi sdh tiada dcc kta lg, tautan ukhuwh yg diizinkn oleh Allah utk trjlin amt2 pnuh brmkna,bknlh smata2 TEMPOH mnjd ukurn ssbuah ukhuwh,nmun..soal keringat yg dkgsi brsme adlh ukurnnya..

moga yg pergi trskn dgn agenda prjuangnnya, mnakala yg tggl trsknlh dgn pymbungn grk kja d titi2 yg tlh trbina.. (^_tzedu^)

banat said...

salam. adik, akak perasan la bnyk yg dh berubah dgn IPGKDRI ni. biah dia dh xterasa. yesterdy google n tjumpa a few jr punya website. sgt2 tkejut dgn sgla aktiviti they all di mktb. mksudnya aktiviti dorg sendiri la. which i think xpatut ntuk seorg pendidik buat mcm tu.

akak pcaya they all semua baik2, cuma xtahu yg mereka buat tu salah. i was one of them once. cuma, Allah beri peuang tuntut ilmu akhirat yg lebih di bumi terengganu.

tunjukkan mereka jalan dik.
semoga bumi ipgkdri selamat dri pkara yg tidak-tidak. peiharalah!


banatly.com